Video Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal menyamakan ‘Bersatu adalah UMNO’ mencetuskan polemik baru politik Sabah apabila Datuk Seri Hajiji berkata perbandingan antara Bersatu dan Umno itu salah.
"Bersatu adalah Bersatu, Umno adalah Umno. Ia parti berlainan, dengan kepimpinan dan perjuangan yang berlainan. Menyamakan Bersatu dengan Umno menunjukkan Shafie tidak faham perjuangan Bersatu...," katanya
Hajiji berkata beliau akan membincangkan isu berkenaan rakaman itu dengan Shafie jika ada keperluan untuk berbuat demikian.
[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Bersatu itu UMNO! siapa memerintah si Hajiikah atau saya kata Shafie Apdal ]
Netizen dan penyokong Bersatu Sabah menganggap kenyataan Mohd Shafie Apdal itu menunjukkan sikap sebenar Shafie yang berdendam dengan Bersatu walaupun sebelum ini ia sudah dijelaskan banyak kali oleh Tun Dr Mahathir Pengerusi Bersatu tidak bermaksud mencabar kedudukan Warisan.
Dalam video itu Shafie Apdal secara bersahaja berkata "Ini Bersatu adalah Umno”.
"Siapa memerintah? Hajiji atau saya yang memerintah?" katanya.
“Kalau saya masuk Bersatu, saya adalah Timbalan Presiden, Hajiji tu bawah saya saja”. katanya
Menurut sumber Shafie Apdal dijangka memberi maklum balas berhubung penularan video itu esok.
Kenyataan menyamakan Bersatu adalah UMNO bukan sahaja memberi kesan kepada politik Sabah tetapi Bersatu di Semenanjung Malaysia. Ia satu tuduhan yang berat.
Sudah tentu yang lebih terasa ialah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor Pengerusi Parti Pribumi Bersatu negeri Sabah kerana namanya disebut berulang kali memperlekehkannya sebagai Pengerusi tiada kuasa.