Pihak kastam masih menyiasat video 'Awek Kastam'
Sekalipun video pegawai kastam Arina Razif tular dalam laman sosial dan aplikasi whatapps Jabatan Kastam Diraja Malaysia masih menyiasat video yang memaparkan aksi lucah membabitkan anggota sejak beberapa hari lalu.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abdul Halim berkata pihaknya ada menerima maklumat mengenai penyebaran video tersebut yang dipercayai dirakam tahun lepas.
“Pihak Kastam sedang menyiasat perkara tersebut.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan video berkenaan demi menjaga dan menutup aib pihak terbabit,” katanya ketika dihubungi.
Beberapa hari lalu sebanyak sembilan klip video memaparkan aksi lucah seorang pegawai yang berpakaian seragam sebuah agensi penguatkuasaan mula tersebar menerusi aplikasi Whatsapp sebelum tular di laman sosial.
Malah tinjauan Sabahkini2 dalam laman porno terkenal seperti pornhub, xhamster dan xvideos beberapa pihak telah memuat turun video itu atas tajuk ‘Awek Kastam- Arina Razif’