Selepas tangkapan pegawai JPN, Datuk Lai Chin Wah dan beberapa cina Pulau Pinang menjadi dalang sindiket jual MyKad sehingga RM600k kepada warga China kini terbongkar lagi bukan 8 tetapi 1000 MyKad.
Nampaknya bukan 8 tetapi 1000 MyKad. Harian Metro melaporkan lebih 1,000 warga asing memiliki MyKad sah dipercayai masih berada di dalam negara ini selepas gagal memiliki pasport untuk keluar ke negara asal masing-masing.
Sumber berkata, lebih mengejutkan, jumlah itu direkodkan hanya bagi tempoh Januari hingga Mei dan tidak bagi tahun sebelumnya. Begitulah gambaran pengkhianat pegawai JPN dalam negara ini.
Katanya, pihak berkuasa menerima maklumat bahawa semua lelaki dan wanita warga asing ini datang dari beberapa negara dan memiliki MyKad sah yang dikeluarkan segelintir individu pengkhianat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bersubahat dengan sindiket.
“Berdasarkan siasatan beberapa jabatan berkaitan susulan penahanan 20 individu sejak dua bulan lalu, ribuan MyKad sah ini bukan saja dikeluarkan di Pulau Pinang, malah di beberapa negeri lain.
“Sindiket ini bijak beroperasi dan mempunyai langkah keselamatan sekiranya operasi mereka gagal atau penipuan mereka dikesan,” katanya.
Menurutnya, dalam kejadian pada 16 Mei lalu seorang wanita warga China yang memiliki MyKad mahu memohon pasport negara namun gagal kerana tidak dapat berbahasa Melayu.
Sumber berkata, wanita berkenaan tidak datang ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri berseorangan, malah bersama beberapa wanita warga asing lain yang memiliki MyKad sah.
“Selepas wanita warga China berkenaan gagal memperdaya anggota dan pegawai yang bertugas bagi mendapatkan pasport, semua wanita yang datang bersamanya melarikan diri.
“Kumpulan wanita yang melarikan diri ini adalah antara 1,000 warga asing yang masih berada di dalam negara dan sedang mencari jalan untuk keluar atau terus bersembunyi di negara ini,” katanya.
Menurutnya, kumpulan wanita yang berjaya melarikan diri ini akan mencuba nasib memohon pasport di cawangan JIM lain seluruh negara.
Sumber berkata, sindiket akan menyediakan runner bagi membantu memberi tunjuk ajar atau perantara antara mereka dengan pihak berkuasa.
Menurutnya, kejayaan memberkas 20 individu termasuk seorang pegawai di JPN Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit dengan penjualan MyKad sah dan dokumen kelahiran baru-baru ini adalah permulaan kepada pendedahan yang lebih besar sindiket jenayah terancang ini.
Menurutnya, semua warga asing yang membeli MyKad sah ini bukan individu biasa, ia kerana wanita warga asing yang diberkas pada 16 Mei lalu mampu menyewa sebuah pangsapuri dengan harga hampir RM100,000 satu malam.
“Mereka mempunyai niat tidak baik di negara ini dan menjadikan Malaysia sebagai tempat menjalankan operasi haram.
“Selepas memiliki MyKad dan pasport Malaysia mereka bebas bergerak dan melarikan diri jika diburu pihak berkuasa menggunakan identiti lain,” katanya.
Harian Metro semalam turut melaporkan seorang Datuk berketurunan cina iaitu Datuk Lai Chin Wah, 56 bersama Faizul pegawai JPN dan beberapa cina Pulau Pinang lain iaitu Mohd Faizal Tan Abdullah, 66; Yap Cheng Wah, 44, Chien Guan Chai, 36; dan Loh Chan Cheong, 34 mendalangi projek jual MyKad itu didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown
[ARTIKEL BERKAITAN- Faizul Pegawai JPN, Datuk Lai Chin Wah dan 4 lagi dalang ‘Cina Penang’ didakwa sindiket jual MyKad ]