Kini Pegawai Imigresen pula sindiket passport warga asing
15:09 Sep 18, 2019  |  By SabahKini2
Kini Pegawai Imigresen pula sindiket passport warga asing

Anggota polis yang menjalankan pemeriksaan kemudian menemui tiga pasport asing iaitu dua pasport China dan sekeping pasport Indonesia, sekeping kad pengenalan merah serta sejumlah wang tunai dalam kenderaan terbabit.

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai imigresen Mohd Afandi Ariffin antara dua ditahan selepas polis menemui sejumlah pasport asing, pelekat dan cop milik Jabatan Imigresen Malaysia dalam sebuah kereta di bangunan terminal utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini, semalam.

Kedua-duanya ditahan selepas sepasukan anggota polis peronda (MPV) yang sedang membuat rondaan di situ menahan sebuah kereta dipandu seorang wanita dalam keadaan mencurigakan, kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Sumber berkata, anggota polis yang menjalankan pemeriksaan kemudian menemui tiga pasport asing iaitu dua pasport China dan sekeping pasport Indonesia, sekeping kad pengenalan merah serta sejumlah wang tunai dalam kenderaan terbabit.

“Menerusi pemeriksaan itu, polis turut menemui lebih 100 keping pelekat bertulis Jabatan Imigresen Malaysia dan pelbagai cop jabatan berkenaan untuk urusan keluar masuk negara ini.

“Ketika anggota polis membuat pemeriksaan, datang seorang lelaki mengaku pegawai imigresen dan memberitahu kenderaan dipandu wanita itu serta barangan diperiksa polis itu adalah miliknya,” katanya.

Sumber berkata, wanita berusia 45 tahun itu mendakwa tiga pasport asing itu milik kenalannya yang kini berada di luar negara dan akan masuk ke negara ini.

“Wanita terbabit dan pegawai imigresen berusia 40 tahun itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner, Zulkifli Adamsah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu, namun enggan mengulas lanjut dan hanya memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan.


LAPORAN PENUH

Balai Diambil: IPD KLIA

Daerah: KLIA

Kontinjen: SELANGOR

Tarikh: 16/09/2019

No Repot: MTB/719119

Masa: 1652 Hrs


NAMA PENGADU : ABD KARIM BIN OTHMAN
ALAMAT : PEJABAT MPV,IPD KLIA,64000 KLIA SEPANG.
PEKERJAAN : POLIS
UMUR : 30 Tahun 9 Bulan
NO.TELEFON : 011XXXXXXXX

RINGKASAN KES

Pada 16/9/2019 jam lebih kurang 1330hrs,saya bersama konst 207559 menjalankan tugas ronda Mpv sektor 1 hingga 2 menggunakan call sign SL 1506 dengan bantuan SL 1269 LK 197968 dan LK 198835 saya telah tahan 1 M/kar jenis Hyundai sonata warna silver no pendaftaran BHC 2920 dalam keadaan mencurigakan di aras 1 MTB KLIA lorong kanan bersebelahan parking blok C/D . Semasa pemeriksaan dijalankan didapati kenderaan di pandu oleh seorang perempuan cina:

(1) NAMA:TAN CHOO HOON
NO KP: 740514-06-5340
ALAMAT : 59 & 60 LORONG PELANGKAH 5 TAMAN PELANGKAH 26600 PEKAN PAHANG
PEKERJAAN: PERUNDING SYARIKAT
UMUR:45 TAHUN

Buat pemeriksaan lanjut telah menjumpai (1) kotak plastik peralatan berwarna kelabu di bawah tempat duduk penumpang hadapan, (1) beg galas warna hitam di serahkan oleh perempuan tersebut. Hasil pemeriksaan ke atas kotak plastik peralatan tersebut terdapat wang tunai ringgit Malaysia jenis RM 50 bernilai RM6000.00 ringgit, (120 keping), wang syiling perlbagai nilai yang berjumlah RM 16.00, (2) keping passport republic of china atas nama : LI,LAOSAN no passport EG3651494, HOU, YAOZONG no passport : EF7658735 dan (1) keping passport repulik Indonesia atas nama UDAYANDANI no passport : C0889328, (1) keping kad pengenalan warna merah atas nama : RICARDO CABANGAAN. NO KAD PENGENALAN 610902-71-5549, (152) keping pelekat sticker yang bertulis MALAYSIA IMMIGRATION DEPARTMENT berwarna hijau muda ,dan mempunyai pelbagai no siri, (12) keping pelbagai cop imegresen keluar masuk negara Malaysia, (2) keping stamp pad warna hitam dan merah, ( 1) beg kecil berwarna biru hitam,berada di dalam beg galas warna hitam di dapati wang tunai berjumlah RM2702.85 pelbagai nilai (RM100.00 x24 keping) ( RM 50.00 x 6 keping) dan wang syiling pelbagai nilai,(1) SD card warna hitam,(3) telefon bimbit jenis xioami,Huawei jenis MATE 20 PRO warna hitam no siri : IMEI1:86910304947515,NOVA 2 I warna hitam. Kemudian datang (1) (L) melayu di tempat kejadian nama :

(2) NAMA: MOHD AFFANDI BIN ARIFFIN
NO KP: 790130-02-5521
ALAMAT: NO 20 JALAN 5/1D TIMUR @ ENSTEK 71760 BANDAR BARU ENSTEK NEGERI SEMBILAN
PEKERJAAN: PEGAWAI IMEGRESEN
UMUR: 40 TAHUN

Penama (2) mengaku seorang pegawai imegresen dan bukan dalam tugas semasa kejadian dan dia mengaku kereta jenis Hyundai Sonata no pendaftran BHC 2920 yang di bawa oleh subjek (1) adalah kepunyaan beliau dan termasuk (1) kotak plastik peralatan berwarna kelabu di bawah tempat duduk penumpang hadapan.

Hasil pemeriksaan ke atas kotak plastik peralatan tersebut terdapat wang tunai ringgit Malaysia jenis RM 50 bernilai RM6000.00 ringgit, (120 keping), wang syiling perlbagai nilai yang berjumlah RM 16.00, (2) keping passport republic of china atas nama : LI,LAOSAN no passport EG3651494, HOU, YAOZONG no passport : EF7658735 dan (1) keeping passport repulik Indonesia atas nama UDAYANDANI no passport : C0889328, (1) keping kad pengenalan warna merah atas nama : RICARDO CABANGAAN. NO KAD PENGENALAN 610902-71-5549, (152) keping pelekat sticker yang bertulis MALYSIA IMMGRATION DEPARTMENT berwarna hijau muda, dan mempunyai pelbagai no siri, (12) keping pebagai cop imegresen keluar masuk negara Malaysia, (2)keping stamp pad warna hitam dan merah, ( 1) beg kecil berwarna biru hitam,berada di dalam beg galas warna hitam di dapati wang tunai berjumlah RM2702.85 pelbagai nilai (RM100.00 x24 keping) ( RM 50.00 x 6 keping) dan wang syiling pelbagai nilai,(1) SD card warna hitam. Penama (1) mengaku bahawa (3) keping passport milik rakan kenalan beliau yang kini berada di luar Malaysia dan akan masuk ke Malaysia .

Saya tahan kedua -dua subjek tersebut kerana disyaki melakukan kesalahan untuk siasatan. Semakan rekod didapati penama (1) dan penama (2) tidak dikehendaki. Semakan pada kenderaan M/Kar BHC 2920 jenis Hyundai Sonata didapati nombor casis dan nombor enjin tidak sama dengan nombor pendaftaran asal kenderaan no casis asal MHE03T500525 dan no enjin G4JA2500527. No casis dan no enjin M/Kar yang di pandu oleh subjek (1) no casis MHE03T500027 dan no enjin 500029. Saya bawa balik ke Balai Aeropolis untuk tindakan selanjutnya. :

Comment