KUALA LUMPUR – Satu pasukan petugas telah ditubuhkan bagi menyiasat sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan kepada warga asing.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut mengenai pasukan itu, beliau berkata pasukan petugas berkenaan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen.
“Pembentukan pasukan petugas ini telah mendapat persetujuan daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Alwi Ibrahim.
“PDRM, JPN dan Imigresen akan bekerjasama dalam pasukan petugas ini bagi membanteras sindiket sedemikian,” katanya.
Fasa kedua-tangkapan baru
Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beberapa lagi kakitangan JPN Pulau Pinang akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan kepada warga asing.
Selain itu, beberapa pegawai dipercayai terlibat dalam sindiket itu telah dikenal pasti dan mereka akan ditahan dalam tangkapan fasa kedua.
Pada 11 Sept lepas, polis menahan 20 individu termasuk seorang pegawai JPN yang disyaki terlibat dengan kegiatan pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan secara tidak sah.
Pada hari berikutnya enam lelaki termasuk seorang Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang berumur antara 34 dan 66 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen atas 32 pertuduhan berhubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan kepada warga asing
Setakat ini Pengarah JPN P.Pinang Zulfa tidak ditahan.Bermakna beliau tidak terlibat dengan sindiket jual MyKad
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang Nur Zulfa Ibrahim ditanya mengenai sindiket jual MyKad berkata akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bagaimanapun beliau berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut berhubung kes itu memandangkan kes berkenaan sedang dibicarakan di mahkamah.
Kejutan DAP- Jadi Peguam Bela kepada pengkhianat negara jual MyKad
Terbaru terbukti Datuk Lai Chin Wah yang terlibat sindiket menjual Mykad didalangi DAP Pulau Pinang itu dibela oleh Ahli Parlimen Jelutong DAP, RSN Rayer. Ada sesuatu yang DAP mahu tutup melindungi Datuk Lai Chin Wah itu.
Netizen mempersoalkan tindakan MP DAP ini mengapa seorang pengkhianat perlu dibela oleh DAP.
Pasukan peguam DAP itu baru-baru ini mengemukakan bantahan tidak memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
[ARTIKEL BERKAITAN- MP DAP jadi Peguam Bela Datuk Lai Chin Wah 'Dalang DAP' jual MyKad ]
Rakyat musykil dengan tindakan DAP ini. Seperti ada agenda besar mereka sembunyikan di Pulau Pinang