Tiga nelayan warga Indonesia dipercayai diculik di perairan Geem Reef, Tambisan, Tungku dekat Lahad Datu, petang semalam
Difahamkan kejadian itu dilakukan oleh tujuh lelaki bersenjata antara 2 hingga 3 petang semalam
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan berlaku kejadian penculikan di Tambisan membabitkan warga Indonesia.
Bagaimanapun, katanya, polis masih menunggu laporan lanjut.
"Setakat ini belum ada laporan polis dibuat," katanya.
- Bernama