3 dalang utama krisis MPM:Syed Saddiq perlu tukar KP, pegawai MSN, PPS!
11:09 Sep 30, 2019  |  By SabahKini2
3 dalang utama krisis MPM:Syed Saddiq perlu tukar KP, pegawai MSN, PPS!

Sejak jun lalu krisis MPM terus bergolak. Selain dalang dari AJK MPM yang lama ia turut didalangi oleh pegawai kerajaan. Selepas mediasi kes ini sepatutnya telah selesai sama ada keputusan Syed Saddiq atau Mahkamah Timbang Tara Sukan!

Jun lalu Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menafikan dakwaan beliau menjadi dalang mengarahkan pegawai badan induk itu mengesahkan kelayakan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai calon Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).


Syed Saddiq wajar menukar KP MSN yang tidak setia

Ahmad Shapawi menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MPM yang tertangguh hingga kini.Namun pendedahan beberapa portal serta penglibatan beberapa pegawai kanannya sangat memusykilkan kerana ia kelihatan diarahkan oleh pihak atasan berbuat demikian.

Kebocoran emel Presiden MPM SM Nasarudin SM Nasimuddin mengarahkan Timbalan Presiden MPM John Ng Keng Chuan dan exconya mencadangkan pegawai KBS daripada MSN menguatkan lagi campur tangan MSN dalam pemilihan MPM.  Arahannya mudah iaitu mencatur kemenangan KJ sekalipun KJ dan pasukannya tersilap lewat menghantar borang pencalonan.

Sejak awal Kem KJ merancang menyusup masuk di MPM. 

Bukan lagi rahsia KJ disahkan layak bertanding MPM melalui bantuan para pegawai MSN seperti Safrushahar Yusoff, Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan MSN dan beberapa lagi pegawai KBS/MSN.

Malah menurut sumber tiada siapa berani menentang Safrushahar Yusoff, Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan MSN. Peruntukan dana NGO ditangannya. Beliau akan mengugut atau memboikot mana-mana persatuan sukan menentangnya. Masalah MPM tidak selesai pun sebahagiannya dari tangan-tangan Safrushahar Yusoff ini.

Safrushahar Yusoff, Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan MSN sebagai wakil Ketua Pengarah MSN yang mengugut badan-badan sukan.
Mahu peruntukan ikut mereka tak mahu akan disusahkan

Sekalipun Ahmad Shapawi mengugut mengambil tindakan undang-undang dan membuat laporan polis kepada sesiapa yang menyerangnya supaya siasatan berhubung dakwaan itu boleh dijalankan namun sehingga kini beliau terus berdiam diri.

Dilaporkan Ahmad Shapawi tidak begitu selesa dengan artikel-artikel media perdana yang mengkritik KJ secara terbuka. Untuk apa beliau perlu merasa tertekan dengan kritikan media terhadap KJ? KJ bukan bosnya lagi. Sekalipun Shapawi yang dilantik oleh KJ sebelum ini merasa terhutang budi beliau perlu ingat bos baru beliau ialah YB Syed Saddiq bukan KJ lagi.

Beliau sepatutnya memberi cadangan dan memudahkan kerja Menteri KBS bukan memberi tekanan sehingga semakin sukar menyelesaikan masalah dalam MPM. KJ sepatutnya Cakap serupa bikin sama seperti ketika beliau menjadi Menteri KBS dulu.

Menarik membaca artikel ini

 

Budak Shapawi dalam Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS)

Selepas proses mediasi menemui kegagalan 13 Ogos lalu, kini hanya dua cara yang tinggal buat Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan kemelut dalaman badan induk berkenaan.

Pertama dengan meminta kata putus daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman manakala kedua, memanjangkan isu kelewatan borang pencalonan beberapa calon ke Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Kini hanya Syed Saddiq serta Mahkamah Timbang Tara Sukan namun pegawai Pesuruhjaya Sukan Malaysia bernama Hazli Izwan Amir Hassan (Budak Shapawi) memberi nasihat yang salah kepada Asmadi Mohamad dan Menterinya Syed Saddiq.


Hanya seorang Penolong Gred 44 membantu Asmadi bagi bahagian Pindaan Perlembagaan.
Asmadi Mohamad perlu membuat keputusan sebagai ketua tidak perlu menunggu ulasan Hazli Izwan lagi


Penolong Pesuruhjaya - Hazli Izwan Amir Hassan

Kenapa perlu berlembut lagi? Tidak penatkah PPS mengutus surat memberi amaran? Sekarang adalah masa bertindak. PPS sudah membuat keputusan kesalahan MPM, malah KJ tidak layak bertanding, mediasi telah gagal dan keputusan sekarang hanya menteri atau bawa ke Mahkamah Timbang Tara. Mengapa PPS  gagal menguatkuasakan arahan mereka sendiri dengan ‘memberi muka dan berlembut’?

Asmadi sebagai Pengarah Gred 48 disarankan tidak perlu lagi mengguna pakai nasihat pegawai Gred 44 Hazli Izwan Amir Hassan dalam kemelut yang memalukan sekarang. Beliau sebagai bos perlu membuat keputusan yang tepat buat Syed Saddiq.

Syed Saddiq juga tidak perlu bergantung dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang kini dinaikkan Gred Jusa B. Ketaatan beliau bukan pada Syed Saddiq tetapi Menteri KBS lagi Khairy Jamaluddin. Tak tahu apa rahsia yang KJ pegang sehingga Datuk Ahmad Shapawi Ismail akur arahan KJ dari luar. 

1 Comment