Kini Ketua Warisan Sepanggar sembunyikan Land Cruiser plat palsu KW171 di PPNS guna pelekat Istana?
07:10 Oct 04, 2019  |  By SabahKini2
Kini Ketua Warisan Sepanggar sembunyikan Land Cruiser plat palsu KW171 di PPNS guna pelekat Istana?

Selepas kantoi dan tular Land Cruiser plat palsu KW171, Kenderaan itu kini dikatakan disembunyikan di PPNS dengan pelekat Istana Negeri Sabah. Tiada cukai jalan. Mengapa Ketua Wira Warisan Sepanggar sanggup menipu plat palsu? sedangkan ia kesalahan besar.

SUSULAN pendedahan portal Sabahkini2 terhadap  Ketua Wira Warisan Sepanggar yang menipu plat pendaftaran kenderaan Toyota Land Cruiser KW171 milik motosikal kini menurut sumber kenderaan itu disembunyikan bagi mengelak daripada disita.

[ARTIKEL BERKAITAN - Memalukan! Ketua Wira Warisan 'PTI' menipu plat kenderaan mewah Toyota Land Cruiser KW171 ]

Memalukan! Ketua Wira Warisan 'PTI' menipu plat kenderaan mewah Toyota Land Cruiser KW171

Kenderaan Toyota Land Cruiser KW171 yang sering digunakan oleh Jumardie Lokman di kawasan Sepanggar jelas melakukan kesalahan serius di bawah Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Selain Seksyen 7 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 memiliki kenderaan tidak berdaftar. Termasuk tiada cukai jalan

Warganet turut menularkan Land Cruiser KW171 itu yang kini disembunyikan di ruang parking pejabat Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS). Ada juga berpendapat disembunyikan di sebuah kondominium.

Tiada pelekat cukai jalan dicermin. Hanya pelekat Istana Negeri untuk mengaburi orang ramai

Apa motif pelekat istana? Kebal ke?

Warganet turut mengambil gambar kenderaan itu dan terbukti tiada pelekat cukai jalan dicermin kereta, hanya ada pelekat Istana Negeri bagi tujuan mengaburi orang ramai.

KW171 masih didaftarkan atas motosikal kepunyaan Ridzuan bin Ayob beralamat Kg Alor Melintang MK Anak Bukit Alor Setar Kedah.

 

Sehingga kini Jumardie Lokman Ketua Wira Warisan Sepanggar ini terus berdiam diri tidak menafikan penipuannya yang terkantoi. SPRM, PDRM dan JPJ wajar menyiasat individu ini. Bagaimanakah beliau terlalu berani menggunakan plat palsu. Bagi SPPRM pula siasat sumber kewangan bagaimana hanya seorang Juruukur Bahan (QS) di Fakulti Kejuruteraan UMS boleh semewah itu. 

18 Comments