Selepas kes rogol Adun DAP di Perak kini beberapa ADUN DAP terlibat dengan pengganas LTTE ditahan Polis. Dijangka P. Ramasamy Timbalan Ketua Menteri P.Pinang pejuang LTTE juga bakal ditahan polis?
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan ditahan pihak polis selepas terbabit dalam upacara perjuangan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Mereka disiasat kerana dipercayai ada hubungan dengan LTTE, kumpulan pemisah yang terbabit dalam perang saudara lebih tiga dekad di Sri Lanka.
G Saminathan, Exco Kerajaan Negeri Melaka yang bertanggungjawab kepada portfolio sumber manusia dan ADUN kawasan Gadek ditahan dan digari di pejabatnya di Seri Negeri sekitar jam 8.45 pagi ini.
Manakala ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaren, ditahan Bukit Aman pada pagi ini, bersama seorang pemimpin NGO India dari Perak.
Difahamkan kedua-dua Adun DAP itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Laporan penahanan Exco Melaka itu disahkan sendiri Ketua Menterinya, Adly Zahari.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy Ketua LTTE Malaysia juga dilaporkan mengesahkan penahanan mereka.
LTTE adalah kumpulan pengganas di Sri Lanka. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menyenaraikan mereka sebagai kumpulan pengganas dan selaras itu, ia diharamkan di Malaysia dan diikuti 32 negara lain.
Keganasan LTTE- pasukan pengebom berani mati yang membunuh ribuan tak bersalah
Sejarah telah merakamkan bahawa LTTE telah melaksanakan beberapa pembunuhan yang mensasarkan individu yang terkenal, antaranya termasuklah pembunuhan Presiden Sri Lanka, Ranasinghe Premadasa pada tahun 1993 dan bekas Perdana Menteri India Rajiv Ghandi pada tahun 1991.
LTTE telah dibubarkan pada tahun 2009 selepas mereka dikalahkan oleh Kerajaan Sri Lanka. Beribu orang terkorban dan sekitar 6000 ahli LTTE telah menjalani proses rehabilitasi dan reintergrasi.
Lihat video ini. Kekejaman Pengganas LTTE
Namun terdapat usaha bukan sahaja di Sri Lanka, LTTE cuba dihidupkan di Malaysia oleh beberapa pemimpin DAP. Ia terbukti melalui beberapa gambar dan video penglibatan mereka dalam pengganas LTTE secara terang-terangan. Malah sejak 2009 LTTE ditangkap di Malaysia.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, beberapa Adun dan pemimpin DAP ditahan dalam operasi yang dilancarkan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Kedah.
Menurut Ayob Khan, mereka disyaki mempromosi, menyokong, menghasut, mengalakkan dan mencari dana serta mempunyai item berkaitan dengan kumpulan pemberontak itu.
Dalam laman facebook Pusat Kajian Ancaman Pengganas & Misionari Di Malaysia menunjukan wajah sebenar pengganas LTTE. Jangan biarkan LTTE berkembang di negara ini.