Mesin slot: Warisan tidak peduli 15,000 terjejas itu masalah majikan
01:10 Oct 13, 2019  |  By SabahKini2
Mesin slot: Warisan tidak peduli 15,000 terjejas itu masalah majikan

Keputusan kabinet Sabah adalah muktamad.Demontrasi oleh pekerja kelab rekreasi dengan dakwaan 3000 atau 15 ribu terjejas itu masalah majikan. Bukan kerajaan Warisan.

KOTA KINABALU: Susulan demontrasi pekerja dan ahli keluarga kelab rekreasi 7 oktober lalu Kerajaan Warisan berkata Kebajikan pekerja-pekerja kelab rekreasi yang terjejas dengan keputusan Kerajaan Sabah untuk melarang mesin slot adalah tanggungjawab majikan.

3000 atau 15,000 orang Warisan kata tak kisah.. tak kuat

Penegasan ini dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Jaujan Sambakong apabila ditanya pendirian kerajaan berhubung kebajikan pekerja rekreasi.

“Kami hanya melarang mesin slot. Perniagaan lain dalam kelab, sama ada ia restoran, penjagaan kesihatan dan gim masih berterusan,” katanya dalam sidang media selepas Konvensyen Antarabangsa Bandar Hijau Borneo baru-baru ini.

Menurutnya kerajaan tidak peduli dengan tunjuk perasaan itu kerana kerajaan tetap tegas dengan keputusannya untuk berhenti mengeluarkan lesen operasi bagi mesin slot. 

“Ia adalah keputusan kabinet,” katanya, menambah banyak perkara dipertimbangkan dalam keputusan itu, khususnya bahawa ia tidak baik kepada masyarakat.

Jaujan dilaporkan sebagai berkata larangan itu dibuat selepas beberapa kajian dan maklum balas awam dibuat bahawa aktiviti perjudian menyumbang kepada gejala sosial dalam masyarakat tempatan.

Presiden Persatuan Kebajikan Pekerja Kelab Rekreasi Sabah (PKPKRS) Yap How Nam mendakwa 3,000 pekerja dan 15,000 tanggungan mereka akan terjejas dengan keputusan itu.

Semakan menunjukkan anggaran hasil cukai Kerajaan negeri bagi cukai jualan pertaruhan mesin slot hanyalah RM12.5 juta setahun berbanding kutipan cukai hasil jualan loteri iaitu RM70 juta setahun.

Oleh itu tindakan kerajaan Warisan menolak rundingan dengan Persatuan Kebajikan Pekerja Kelab Rekreasi Sabah (PKPKRS) Yap How Nam yang punya 3,000 pekerja serta tanggungan 15,000 orang itu tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada Warisan.

Kerana RM20 juta: Gengster dan Taikun Balak Sarawak dilantik Presiden MPSBeranikah Datuk Jaujan ganggu taikun Sports Toto Sabah? siap lantik Presiden MPS lagi

Sementara itu perniagaan premis nombor ramalan banyak dimiliki oleh pemimpin DAP dan proksi Warisan dilihat lebih menguntungkan kerajaan. Satu daripadanya milik Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik.

[ARTIKEL BERKAITAN- Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri, Shafie arahkan? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Presiden MPS mengaku salahguna kuasa, SPRM jangan tunggu lagi.Tangkap! ]

Presiden MPS Luluskan lesen judi SPORTS TOTO Sandakan milik sendiri, Shafie arahkan?

Setakat ini tiada usaha bantuan dari kerajaan bagi penyelesaian pekerja tempatan Sabah yang dibuang di Kelab Rekreasi itu. Pertemuan Persatuan Kebajikan Pekerja Kelab Rekreasi Sabah (PKPKRS) dengan pemimpin Kerajaan Warisan termasuk Ketua Menteri Sabah juga ditolak. Mungkin buat masa ini lebih penting Kerajaan Negeri membeli Mercedes-Benz E350 berharga RM399,888 untuk Menteri Kabinet Negeri dahulu

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan Negeri belanja RM11.6 juta beli Mercedes-Benz E 350 untuk kabinet negeri? ]

http://sabahkini2.com/en/news/2274/kerajaan-negeri-belanja-rm116-juta-beli-mercedes-benz-e-350-untuk-kabinet-negeri/view

Kerajaan Negeri belanja RM11.6 juta beli Mercedes-Benz E 350 untuk kabinet negeri?

 

 

Comment