Isu pemilikan Sabah Forest Industries (SFI) yang sepatutnya diselesaikan dengan lancar pada tahun lepas, malangnya kini berlarutan sehingga bulan Oktober tahun ini. Itu pun tiada jaminan jika krisis ini boleh diselesaikan dalam masa terdekat.
Semua ini bermula kerana kegagalan kerajaan Sabah untuk menuruti perjanjian jual beli (SPA) yang telah dimeterai pada April 2018. Sebaliknya, kerajaan memperkenalkan terma-terma baru yang berlainan dengan perjanjian asal.
Hasilnya, isu ini dibawa ke mahkamah dan berada dalam perbicaraan yang terlalu memakan masa.
Dan apa yang lebih menyedihkan ialah, sewaktu krisis ini sedang berlaku dan menanti perbicaraan mahkamah, para pekerja SFI sendiri yang menderita kerana operasi syarikat itu yang masih tergendala sejak dua tahun lalu.
Terkini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan untuk menangguhkan keputusan berkaitan sebuah restraining order yang dikenakan terhadap pihak administrasi (Receiver & Manager, R&M) SFI, Grand Thorton Consulting Sdn Bhd (GTC).
Menurut laporan The Edge, Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) telah mengeluarkan sebuah injunksi terhadap R&M syarikat Grant Thornton Consulting (GTC) kerana mereka mendapati SPA mereka untuk membeli SFI telah dihalang oleh kerajaan negeri Sabah, yang juga bersekongkol dengan R&M.
Perbicaraan berkenaan restraining order tersebut sudah pun ditangguh sebanyak TIGA kali! Pada mulanya ia dibicarakan pada 27 Ogos, kemudian 3 September, kemudian 11 Oktober, dan sekarang ditangguh lagi ke 22 Oktober!!
Itu pun tiada jaminan jika ia boleh diselesaikan pada hari tersebut. Entah-entah akan ditangguhkan lagi.
Belum cerita lagi perbicaraan judicial review tentang legality pemilikan SFI, yang sepatutnya dibicarakan pada 23 Ogos, kini ditangguh kepada bulan Januari tahun depan. TAHUN DEPAN!!
Pihak mahkamah memang tidak boleh disalahkan atas penangguhan-penangguhan ini, kerana memang pihak juri dan mahkamah perlu membahagikan masa untuk ribuan perbicaraan kes lain.
Cuma yang dijadikan persoalan di sini ialah, mengapakah kerajaan Sabah tidak menghormati SPA yang telah ditandatangani pada tahun lepas?
PPSB sudah pun memenuhi terma-terma yang terdapat dalam perjanjian tersebut, maka hairan jika kita fikirkan mengapa kerajaan Sabah enggan menepati SPA.
Malah, yang lebih meragukan adalah keputusan kerajaan untuk ‘mempelawa’ sebuah syarikat dari China, Lee & Man Paper Manufacturing Ltd (L&M), untuk membeli SFI. Ini secara terang telah menyalahi SPA yang ditandatangani antara PPSB dan kerajaan Sabah pada tahun lepas.
[ARTIKEL BERKAITAN- Demi syarikat China, Lee Man Paper beli SFI, Shafie ke Sipitang berjanji lagi bayar gaji!]
Sewaktu kes ini dibicarakan, kilang-kilang SFI langsung diam dan tidak beroperasi, menyebabkan para pekerja SFI yang menderita kerana tidak mendapat gaji yang cukup untuk menyara hidup.
[ARTIKEL BERKAITAN-1000 pekerja SFI sengsara: Komplot Kerajaan Warisan, GTC, syarikat China singkir syarikat Bumiputera PPSB!]
Jika kerajaan Sabah bertindak secara gentleman dan menuruti SPA, sudah pastinya seluruh isu perbicaraan yang sangat melecehkan ini dapat dielakkan.
Sumber asal- Sabahkita.com