Perbicaraan Kes Zahid: Saksi mengaku SPRM sediakan kenyataan bertulisnya di mahkamah
03:11 Nov 22, 2019  |  By SabahKini2
Perbicaraan Kes Zahid: Saksi mengaku SPRM sediakan kenyataan bertulisnya di mahkamah

Tiada liputan media namun saksi mengaku tidak menyediakan sendiri kenyataan bertulis saksinya di mahkamah.

Pihak media yang memberikan liputan di dalam kes Dato Seri Zahid Hamidi( DSZ) semalam jelas tidak memberikan gambaran sebenar berkenaan perjalanan kes beliau. Sebanyak tiga orang saksi yang di panggil dan pihak media melaporkan perkara yang tidak relevan dengan pertuduhan, pick and choose fakta-fakta yang memburukkan DSZ seolah2 beliau memaksa saksi-saksi ini untuk letak jawatan, gunakan Yayasan seperti miliknya sendiri dan lain-lain.

Berikut antara fakta-fakta yang tidak diketengahkan media semalam (tidak menjadi headline)

1. Bahawa Zulkifli Senteri mengesahkan bahawa bagi mendapatkan sumber kewangan sumbangan untuk Program Bakti Siswa UKM, dia telah memohon Co Trusteenya iaitu DSZ di dalam Yayasan Akal Budi untuk menghulurkan bantuan.

Berikut antara petikan soalan balas oleh peguam di mahkamah semalam terhadap Zul Senteri

S: JADI BERADA DI BAWAH APA?
J: KAMI MEMOHON KERAJAAN PADA WAKTU ITU SEBAB DSZH ADALAH SEBAGAI PENGERUSI BSN, JADI PERMOHONAN KAMI ADALAH ATAS KAPASITI DSZH SEBAGAI PENGERUSI BSN.
S: JADI ITU PERMINTAAN DR. ZUL KEPADA DSZH?
J: YA.
S: TAPI DR. ZUL TAHU ATAU TIDAK PROGRAM BAKTI SISWA INI ACTUALLY DI BAWAH NAUNGAN YAYASAN AKAL BUDI?

S: DARIPADA PENGETAHUAN DR. ZUL, BERAPA BELANJA YANG TELAH DIKELUARKAN UNTUK PROGRAM INI?
J: TIDAK SEMUA TIAP TAHUN DIBIAYAI OLEH DSZH, ADA KETIKA DSZH DALAM TAHANAN, KAMI GUNAKAN DUIT KAMI SENDIRI.
S: ITU YANG SAYA TANYA TADI, BERAPA BIAYA YANG DIKELUARKAN?
J: DALAM RM10 RIBU.
S: RM10 RIBU, UNTUK THE WHOLE 8 YEARS?
J: BUKAN, UNTUK SETIAP TAHUN.
S: RM10 RIBU SAHAJA?
J: YA.

Saksi kes SPRM berbaju Bersatu: Dr Zulkifli Senteri ini hanya menjadi Pengarah Yayasan Akalbudi sehingga 2012.

2. Bahawa Zul Senteri adalah orang yang sangat tidak konsisten dalam memberi keterangannya di mahkamah semalam

S: PARA KE 5 JUGA DR. ZUL KATA TIDAK TAHU PERANAN SAYA SEBAGAI PENGARAH MAHUPUN, THIS IS KEYWORDS YANG SAYA NAK TEKANKAN, MAHUPUN FUNGSI DAN PERANAN YAYASAN AKAL BUDI? DR. ZUL MASIH BERPEGANG PADA JAWAPAN INI?
J: YA.
S: KITA RUJUK PADA PERENGGAN SELEPAS ITU, PADA PARA 6, SAYA BACAKAN, SAYA DIMAKLUMKAN OLEH DSZH YAYASAN AKAL BUDI TERSEBUT DITUBUHKAN UNTUK MEMBANTU KEBAJIKAN PENDUDUK DI BAGAN DATUK DAN ITU ADALAH SEBAB UTAMA SAYA TERIMA PELAWAAN DATO UNTUK MENJADI PENGARAH. COMPARE JAWAPAN DI PARA 6 DENGAN AYAT TERAKHIR DI PARA 5, ADA PERCANGGGAHAN SEDIKIT KAN? MULANYA KATA SAYA TAK TAHU PERANAN YAYASAN AKAL BUDI TAPI DI PARA KE 6, DR. ZUL KATA UNTUK MEMBANTU KEBAJIKAN PENDUDUK DI BAGAN DATUK. ADA PERCANGGAHAN DI SINI.
J: OK.
S: JADI SEBENARNYA DR. ZUL TAHU LAH PERANAN DAN FUNGSI YAYASAN AKAL BUDI INI?
J: APABILA SAYA DITAWARKAN SEBAGAI PENGARAH, BERDASARKAN PERSEPSI SAYA BAHAWA IA ADA KAITAN DENGAN KEBAJIKAN. DAN SEBENARNYA BUDI ITU DIAMBIL DARIPADA B DAN DI IAITU BAGAN DATUK. SO, OLEH KERANA SAYA BERASAL DARI BAGAN DATUK, MAKA SAYA MERASAKAN INILAH PELUANG SAYA UNTUK BERBAKTI DAN SAYA MENGANGGAP ITU ADALAH PERSEPSI SAYA IALAH UNTUK KEBAJIKAN MASYARAKAT BAGAN DATUK.
S: ITU BETUL SETAKAT ITU, SOALAN SAYA, APABILA KITA BACA PARA 6 INI BERCANGGAH DEGAN AYAT TERAKHIR PARA 5, SEBAB PADA PARA KE 5, DR. ZUL BERKATA BAHAWA SAYA TIDAK TAHU FUNGSI DAN PERANAN YAYASAN AKAL BUDI. BUT RIGHT AFTER THAT, DR. ZUL MENGAKU TAHU FUNGSI DAN PERANAN YAYASAN AKALBUDI, IN A WAY, BETUL? JADI SEDIKIT SAHAJALAH PERCANGGAHAN.
J: BETUL.

3. Zul Senteri juga mengaku tidak menyediakan sendiri kenyataan bertulis saksinya di mahkamah, dia menyatakan SPRM yang menyediakan pernyataan bertulisnya di mahkamah!! Ini berlaku apabila terdapat ayat yang-ayat yang 100% sama di antara pernyataan bertulis Zul Senteri dan Shamsuri Tun!

S: ITU PEMAHAMAN DR. ZUL. SAYA PERGI PADA BASIC, PENYATAAN SAKSI INI DI DEPAN DR. ZUL, SIAPA YANG SEDIAKAN SEBENARNYA?
J: DISEDIAKAN OLEH INTERVIEW YANG DIJALANKAN KE ATAS SAYA
S: SIAPA YANG TAIP SEMUA DOKUMEN INI?
J: BUKAN SAYA
S: SIAPA YANG SEDIAKAN?
J: SAYA RASA PIHAK SPRM.

S: CUBA BACA PARA 23 STATEMENT DARIPADA SAMSURI TUN DAN DIBANDINGKAN DENGAN PARA 19 STATEMENT DR ZUL. KALAU SAYA KATAKAN KEDUA-DUA PARA INI SAMA TO THE EXACT WORDS AND SPELLING, SETIAP PATAH PERKATAAN ARE EXACTLY THE SAME, BETUL?
J: BETUL
S: KITA PERGI PADA PARA 22 SAMSURI DAN PARA 28 DR. ZUL, SOALAN SAYA, KEDUA-DUA STATEMENT INI WALAUPUN BERLAINAN NOMBOR, TAPI SAMA SEHINGGA EXACT WORDS AND SPELLING, SETUJU?
J: YA
S: TEGOK PARA 36 SAMSURI TUN DIBANDINGKAN DENGAN PARA 29 DR. ZUL, SOALAN SAMA, SAYA KATAKAN SAMA TO THE EXACT WORDS?
J: BETUL
S: SETERUSNYA, PARA 37 STATEMENT SAMSURI TUN DENGAN PADRA 33 DR ZUL, SAYA JUGA KATAKAN EXACTLY SAMA WORDS BY WORDS. BETUL?
S:
J: BETUL.
S: AKHIR SEKALI, PARA 40 SAMSURI DENGAN PARA 32 DR. ZUL, BETUL?
J: BETUL.

4. Bahawa setiap Tahun DSZ juga memberikan sumbangan kepada pelajar-pelajar UPSR PMR SPM STPM kepada pelajar-pelajar cemerlang berbagai kaum. Ini disahkan oleh saksi ke 8 iaitu Nabil bin Salleh satu lagi Board of Trustee Yayasan Akal Budi yang menggantikan Zul Senteri (keterangan Nabil adalah lebih relevan berbanding Zul Senteri dan Shamsuri Tun yang menjadi BOT dari 1997-2012, kerana tiada satu pun pertuduhan di bawah 2012 ke atas DSZ)

S: SAYA SENARAIKAN SATU-PERSATU. NOMBOR SATU, SUMBANGAN SEBANYAK RM200,000 SETIAP TAHUN UNTUK BELANJA TUISYEN PELAJAR-PELAJAR UPSR, PMR, SPM, DAN STPM KEPADA PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG KEPADA PELBAGAI KAUM DAN BUKAN SAHAJA YANG BERBANGSA MELAYU DAN ISLAM? TAHU ATAU TIDAK?
J: YA TAHU
S: DAN INI DARI SUMBANGAN YAYASAN DAN DSZH?
J: YA
S: YAYASAN DAN DSZH JUGA TELAH MENYUMBANG KEPADA KURSUS-KURSUS MOTIVASI BAGI PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG PADA SETIAP TAHUN YANG TINGGAL DI KOLEJ KAJAI UKM DENGAN BELANJA SEBANYAK RM50,000 SETIAP TAHUN, TAHU ATAU TIDAK?
J: TAK TAHU
S: SETERUSNYA, KELAS-KELAS TAMBAHAN UNTUK PELAJAR MISKIN CINA DAN INDIA UNTUK SELURUH BAHAGIAN BAGAN DATO ADALAH SUMBANGAN DARI YAYASAN DAN DSZH?
J: YA
S: SETERUSNYA, MEMBERIKAN DERMASISIWA UNTUK PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG 5A UPSR, 3A KE ATAS PMR, 5A KE ATAS SPM, DAN 2 PRINCIPLE A UNTUK STPM ADALAH JUGA DISUMBANGKAN OLEH YAYASAN DAN DSZH? TAHU ATAU TIDAK
J: TAHU
S: SETERUSNYA, YAYASAN DAN DSZH JUGA MEMBIAYAI KOS KEMASUKAN PELAJAR-PELAJAR MELAYU, CINA DAN INDIA KE ASRAMA PENUH PADA SETIAP TAHUN, TAHU?
J: TAHU
S: YAYASAN DAN DSZH JUGA TELAH MEMBAYAR ATAU MEMBIAYAI KOS-KOS KEMASUKAN PELAJAR DARI PELBAGAI KAUM KE UNIVERSITI SETIAP TAHUN, TAHU KE TIDAK?
J: YA, TAHU

5. Fakta bahawa wang di dalam Yayasan Akal Budi memang milik 100% DSZ (ini bukan sahaja disahkan oleh Nabil malah Shamsuri Tun juga pada hari selasa perbicaraan kes)

S: JADI KALAU SAYA KATAKAN ENCIK SETUJU SEPENUHNYA SEBAGAI BOARD OF TRUSTEE, DENGAN APA-APA PERBELANJAAN SEKALIPUN YANG DIBUAT OLEH YAYASAN ATAU DSZH DARIPADA DANA YAYASAN?
J: SAYA SETUJU

S: SAYA SENTUH SEKALI LAGI BERKENAAN DENGAN SUMBANGAN ATAU PUNCA KEWANGAN ATAU PUNCA DANA YAYASAN, SAYA KATAKAN BAHAWA SEGALA SUMBANGAN DAN DANA UNTUK YAYASAN ADALAH BERPUNCA DARI DSZH, SETUJU?
J: SETUJU

6. Fakta bahawa
- Masjid Terapung Durian Daun Melaka
- Yayasan Al Falah
- Yayasan Restu Wakaf Al Quran
- Pembinaan Beberapa Rumah Anak Yatim
- Pemberian Biasiswa dan Sumbangan Pendidikan Melanjutkan Pelajaran
- Sumbangan kepada Fakir Miskin, Ibu Tunggal, Anak Yatim dan Golongan Asnaf
- Pembinaan Masjid Di Thailand
- Pembinaan Rumah Anak Yatum Rohingya di Seberang Prai
- Percetakan Al Quran, di edarkan kepada Negara Minoriti Islam Seperti Cambodia, China dan Korea
- Naiktaraf Surau An Nur di Country Heights
- Sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak PDRM
- Sek Men Imtiyaz Ulul Albab di Melaka

Adalah ditaja sepenuhnya oleh DSZ melalui Yayasan Akal Budi.

S: SAYA AKAN SENARAIKAN PROJEK-PROJEK ATAU AKTIVITI-AKTIVITI YAYASAN, YANG MANA ENCIK TAHU ENCIK JAWAB ACCORDINGLY. SAYA MULAKAN DENGAN PERTAMANYA, MASJID TERAPUNG DURIAN DAUN MELAKA
J: SAYA TAHU
S: TAHU MAKSUDNYA IALAH IA SUMBANGAN DARI YAYASAN AKALBUDI?
J: SAYA MENGANGGAP ITU DARI DSZH
S: YANG KEDUANYA, YAYASAN AL FALAH?
J: SAYA TAHU
S: ADAKAH INI SUMBANGAN DARI DSZH ATAU YAYASAN AKALBUDI?
J: YAYASAN AL-FALAH IALAH SATU YAYASAN SETELAH SAYA RESIGN, BARU SAYA TAHU. KALAU MERUJUK PADA PENGETAHUAN SAYA, MEMANG SAYA TAHU LA. ITU MEMANG DARI DSZH.

S: SETERUSNYA YAYASAN RESTU WAKAF AL-QURAN?
J: YA, TAHU.
S: DARI SUMBANGAN DSZH SENDIRI ATAU YAYASAN?
J: YA, BETUL
S: PEMBINAAN RUMAH-RUMAH ANAK-ANAK YATIM?
J: YA, TERUTAMA DI BAGAN DATO
S: SUMBANGAN DARI DSZH DAN YAYASAN AKALBUDI?
J: YA.
S: SETERUSNYA, PEMBINAAN DEWAN-DEWAN KEMUDAHAN AWAM, TAHU ATAU TIDAK?
J: TIDAK TAHU
S: SETERUSNYA, PEMBERIAN BIASISWA DAN SUMBANGAN PENDIDIKAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN?
J: YA.
S: DARIPADA DSZH DAN YAYASAN AKALBUDI?
J: YA
S: SETERUSNYA, SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN, IBU TUNGGAL, ANAK-ANAK YATIM, GOLONGAN ASNAF, DAN JUGA BAPA TUNGGAL?
J: YA
S: TADI SAYA DAH TANYA PADA SAKSI-SAKSI LAIN TAPI SAYA NAK DENGAR DARI ENCIK SENDIRI APA MAKSUD ASNAF?
J: ASNAF PADA PENGETAHUAN SAYA IALAH FAKIR MISKIN, ANAK YATIM, GOLONGAN YANG MEMERLUKAN BANTUAN.
S: SETERUSNYA, PEMBINAAN RUMAH ANAK YATIM HAMIDIAH DI BAGAN DATO, KELANTAN, JOHOR DAN MELAKA? ADAKAH ENCIK TAHU INI SUMBANGAN DSZH DAN YAYASAN?
J: YANG SAYA TAHU HANYA DI BAGAN DATO
S: SETERUSNYA, PEMBINAAN MASJID-MASJID DI YUNAN, CHINA, CAPETOWN, SOUTH AFRICA, PERTH AUSTRALIA, NARATHIWAT DAN PATANI DI SELATAN THAILAND?
J: YANG DI THAILAND SAYA ADA PENGETAHUAN.
S: INI JUGA ADALAH SUMBANGAN DARI DSZH DAN YAYASAN?
J: YA
S: SETERUSNYA, PROJEK MENAIKTARAF MASJID-MASJID DI SEMENANJUNG LEBIH KURANG 20 BUAH MASJID DAN 5 DI SABAH DAN 3 DI SARAWAK. SUMBANGAN DSZH DAN YAYASAN, ENCIK TAHU?
J: SAYA MENGETAHUI MEMANG ADA SUMBANGAN UNTUK MASJID TETAPI SAYA TIDAK MENGETAHUI DIMANA.
S: JUMLAH BOLEH BERITAHU BERAPA?
J: JUMLAH SAYA TIDAK TAHU
S: SETERUSNYA, PEMBINAAN RUMAH ANAK YATIM DI RAWANG, SELANGOR?
J: SAYA TIADA PENGETAHUAN
S: SETERUSNYA, PEMBINAAN RUMAH ANAK YATIM ROHINGYA DI SEBERANG PRAI?
J: YA ADA PENGETAHUAN
S: INI JUGA SUMBANGAN DARI DSZH DAN YAYASAN?
J: YA
S: SETERUSNYA, PERCETAKAN AL-QURAN DIEDARKAN KEPADA NEGARA-NEGARA MINORITI ISLAM SEPERTI CAMBODIA, CHINA, KOREA DAN BEBERAPA LAGI NEGARA LAIN? TAHU ATAU TIDAK
J: TAHU
S: INI JUGA SUMBANGAN DSZH DAN YAYASAN?
J: YA
S: SETERUSNYA, NAIKTARAF MASJID, SURAU TERUTAMA SURAU AN-NUR DI COUNTRY HEIGHTS, KAJANG? ENCIK TAHU ITU ADALAH SUMBANGAN DSZH DAN YAYASAN?
J: SAYA TAHU.

Panjang Artikel ini, namun kita boleh lihat Mass Media yang memilih jalan mudah dengan mendapatkan pernyataan bertulis setiap saksi dan hanya membuat liputan berdasarkan itu sahaja. Namun ada juga yang cover dari segi cross examination, tetapi sekali lagi pick and choose hanya fakta-fakta yang sensasi dan menyebelahi mereka.

Namun saya sajikan pembaca-pembaca saya dengan kenyataan-kenyataan yang di sebelah sini pula bagi membantu pembaca saya boleh membuat penilaian yang adil.

Wallahualam.

- Didy Putra

5 Comments