KSU MOA Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan tahu beliau akan dipindahkan minggu depan. Mungkinkah strategi KSU mendedah maklumat kerana ditekan Menteri dan pemimpin Amanah?
Seorang pemimpin Amanah yang juga adalah Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mendedahkan dalam facebook Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Asas Tani Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan mensabotaj Menteri MOA Dato’ Seri Salahuddin Ayub berkaitan isu tender tender pertanian padi bernilai RM1.4 bilion.
“KSU bawa naik tender baja tanpa pengetahuan menteri, lepas tu bila dapat ke syarikat Cina, Nafas merayu kepada menteri MOA dan MOF untuk dapatkan tender baja tu kerana jika tak dapat, ianya beri kesan besar kepada perjalanan Nafas sebagai induk pertubuhan peladang yang punya 900,000 ahli.
“Menteri MOA pun tulis surat kepada PM mohon supaya tender diberi pada Nafas. Tapi sampai sekarang Nafas tak dapat pun surat tawaran tender yang dikatakan RM1.4 bilion tu,” tulisnya di Facebook.
Seperti KSU MOTAC Datuk Isham Ishak yang hanya 9 bulan di MOTAC dan kini dipindahkan ke Kementerian Pengangkutan bermula 25 November, Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan juga dilaporkan bakal dipindahkan minggu depan.
Bagaimanapun belum sempat beliau dipindahkan tiba-tiba isu RM1.4Bilion meletup dan mengheret Menteri Pertanian berhubung surat sokongan kepada Nafas permohonan rundingan terus terhadap tender yang dibuka oleh KSU sebelum ini.
Hubungan Menteri dan KSU rupanya selama ini sentiasa dingin. Akhirnya KSU melakukan kejutan
Apakah dengan pendedahan oleh Ahli Jemaah Lembaga Pengarah Nafas itu menunjukkan KSU adalah dalang utama kepada terdedahnya maklumat serta surat sokongan Menteri Pertanian kepada Perdana Menteri?
Mungkinkah ini strategi KSU untuk mengkucar-kacirkan Menteri dan juga pemimpin-pemimpin Parti Amanah?
Sebelum ini, media melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mendakwa terdapat cubaan sabotaj dalam kalangan pegawai kementerian dengan menganugerah dan cubaan membatalkan tender tanpa pengetahuan Salahuddin.
Semakan portal Sabahkini2 tender itu dikeluarkan oleh MOA bertarikh 24 julai 2019 dan tarikh tutup tawaran ialah 29 Ogos 2019. Antara item yang didedahkan dijadikan isu ialah Kerja-kerja Pengapuran Bagi Kapur Di Bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) untuk tempoh tiga (3) tahun dengan tawaran berjumlah RM52,484,585.95 (RM52.4 juta). Kontraktor dilantik katanya dibelakang adalah syarikat dari China.
Dilaporkan dua hari selepas tender itu dibuka Pengerusi Nafas Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi telah merayu kepada kementerian agar tender itu dibatal atau diberi terus kepada Nafas atas alasan akan menjejaskan perniagaan Nafas dan 920,000 petani dan peladang yang menjadi pemegang saham di pertubuhan itu.
Atas alasan itu Salahuddin menyokong syor itu dan memohon kepada Perdana Menteri tender itu diberi kepada Nafas.
Bagaimanapun sehingga kini surat sokongan Salahuddin kepada Perdana Menteri itu belum terdedah di mana-mana laman sosial.
Apapun perang Menteri dan KSU MOA sudah terjadi secara terbuka. Kedua-dua tiada pilihan melainkan perlu menyerang antara satu sama lain. Cara terbaik KSU perlu mendedahkan segala dokumen atau beri kepada pihak berkaitan manakala Menteri Salahuddin pula hanya perlu menyalahkan KSU sebagai 'kambing hitam' dan semua pemimpin PAN akan menyerangnya sebagai sabotaj. Naratif ini lebih selamat.
Tiada jalan menyelesaikan perkara ini memandangkan kesan perangnya sama ada KSU dilempar ke tempat lain atau Menteri tercalar sebagai Menteri yang tidak pandai menggunakan kuasa. "Menang jadi Arang, Kalah jadi Abu".