Wartawan pro pembangkang Harian Metro tipu laporan KLIA
00:12 Dec 19, 2017  |  By SabahKini2
Wartawan pro pembangkang Harian Metro tipu laporan KLIA

Pasukan khas wartawan Harian Metro diketuai Firdaus di bawah seliaan Tuan Mohd Asri Tuan Hussein Penulis Khas Kanan (seorang pro pembangkang) bukan kali pertama melakukan laporan palsu populis dan kontroversi seperti ini. Firdaus sendiri pernah digantung

Laporan palsu wartawan Harian Metro minta maaf. Kerana salahlah minta maaf

Kuala Lumpur: Gara-gara laporan palsu wartawan harian metro 8 disember lalu mengenai “Empat Bangla kuasai KLIA” yang dikenali sebagai Rasel, Mutalab, Nil Chan dan Maasom paling aktif menyeludup migran melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak 2010 telah menggemparkan negara.

Timbul persepsi kononnya penguatkuasa di KLIA seperti PDRM, kastam dan Jabatan Imigresen terlibat dengan rasuah sehingga berjaya menyeludung pendatang asing Bangladesh.

Laporan wartawan yang mencetuskan kontroversi di KLIA. Laporan ala-ala 'betul ke tak'tapi berani disiarkan. Kelihatan berlebih-lebihan

Pasukan khas wartawan Harian Metro diketuai Firdaus di bawah seliaan Tuan Mohd Asri Tuan Hussein Penulis Khas Kanan (seorang pro pembangkang) bukan kali pertama melakukan laporan palsu populis dan kontroversi seperti ini. Firdaus sendiri pernah digantung selama 6 bulan atas laporan berlagak pandainya dalam jenayah mengenai restoran yang kononnya ada menyediakan  khidmat pelacuran.

Terbaru untuk isu KLIA Firdaus bersama rakan pasukannya meminta maaf kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM dan penguatkuasaan di KLIA. 

Laporan palsu mereka tidak wajar dimaafkan. Kerosakan dari laporan mereka sangat teruk malah sehingga sekarang video online TV itu tidak dikeluarkan. KDN wajar mengambil tindakan tegas dengan penipuan wartawan harian metro itu supaya tidak kembali berulang.

Pihak Harian Metro wajar membuat permohonan maaf secara terbuka akibat laporan buruk itu termasuk tindakan tegas menggantung tugas wartawannya dan ketua editornya.

 

 

11 Comments