Datuk Mohamaddin Ketapi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, berkata beliau tidak risau jika berlakunya rombakan kabinet. Beliau amat yakin dengan prestasi cemerlangnya.
“Yang saya tahu saya punya prestasi itu hampir 100 peratus,” katanya menjawab soalan pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Mohamaddin merujuk kepada pencapaian indeks prestasi utama (KPI) untuk separuh pertama tahun lalu yang cemerlang.
Semalam, Menteri Pendidikan Maszlee Malik sebenarnya diarahkan meletakkan jawatan selepas beberapa isu yang melanda Dr Maszlee namun faktor terbesar ialah penyingkiran syarikat Taikun YTL 1Bestari.net.
[ARTIKEL BERKAITAN- Tamatkan projek taikun YTL 1BestariNet isu utama Dr Maszlee diarah letak jawatan Menteri KPM ]
Tinjauan portal Malaysiakini terhadap pilihan pembaca sebelum mendapati Maszlee kedudukan 27 terbawah manakala Mohamaddin ke 26. Namun Mohammadin tidak melihatkan sebagai sesuatu yang serius.
Mohammadin juga adalah Menteri yang bergelut dengan sokongan KSU kementerian sebelum ini namun berjaya menyingkirkannya KSUnya.
[ARTIKEL BERKAITAN- Hanya 9 bulan di MOTAC, kini KSU 'Ditendang' lagi ke MOT ]
Katanya kedudukan rombakan kabinet adalah kuasa Tun Dr Mahathir Perdana Menteri dan beliau tidak mahu mengulas peletakan jawatan Dr Maszlee.