Shafie Menteri KKLW 2009-2015, peruntukan RM38.8B, Sabah RM14.6B, Apa Shafie buat untuk Sabah, Kimanis?
04:01 Jan 05, 2020  |  By SabahKini2
Shafie Menteri KKLW 2009-2015, peruntukan RM38.8B, Sabah RM14.6B, Apa Shafie buat untuk Sabah, Kimanis?

Shafie bongkak mengecam BN atau menyindir diri sendiri. Dia Menteri KKLW paling banyak peruntukan. RM14.6b untuk Sabah! Apa dia buat? Songlap RM1.5b, bagi projek adik beradik, keluarga kroni..dan kini dia salahkan orang lain?

KIMANIS- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas tindakan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal sewaktu berucap dalam majlis pengumuman calon Warisan untuk PRK Kimanis beberapa hari yang lepas  yang terus menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai punca kenapa Kimanis dan Sabah masih lagi mundur.

Mengimbas kembali peranan dan jawatan Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (Kini KPLB) yang dilantik oleh Dato’ Sri Najib sebagai Menteri penting untuk menyelesaikan masalah pembangunan luar bandar terutamanya di negeri Sabah.

Kenyataan Shafie Apdal hanyalah menyindir dan perli diri sendiri.

Rahman berkata Shafie juga diberi keistimewaan dan keutamaan lebih dari kebanyakkan kementerian-kementerian yang lain oleh Datuk Seri Najib dalam mengendalikan proses kelulusan dan agihan bajet.

“Aduan yang disebut dalam ucapan beliau itu sebenarnya boleh saja diselesaikan dalam tempoh tujuh tahun beliau menjadi menteri KKLW tetapi beliau tidak melakukannya.

“Beliau pernah memberi alasan kononnya bajet KKLW tidak mencukupi. Namun realitinya dengan bajet pembangunan berpuluh-puluh bilion ringgit selama beliau menjadi menteri KKLW, Sabah boleh saja menjadi keutamaan nombor satu semasa beliau menerajui KKLW”, katanya dalam hantaran di facebooknya

Begitu juga isu Warisan menuntut 20% royalti minyak dengan harapan tambahan 15% royalti dapat digunakan untuk membangunkan negeri Sabah, sedangkan semasa memegang portfolio KKLW, dengan bajet pembangunan berpuluh-puluh bilion yang sudah pun tersedia, KKLW masih tidak dapat mengutamakan penyelesaian pembangunan Sabah.

“Kalau Warisan dengan lantang boleh menuntut 20% royalti minyak yang belum tentu dapat ditunaikan oleh kerajaan pusat, kenapa tidak mahu menyelesaikan pembangunan infrastruktur Sabah semasa menjadi menerajui KKLW yang sudah ada bajet tersedia berjumlah berpuluh-puluh bilion ringgit? Janganlah menuding jari.

“Sebagai rujukan, Datuk Seri Shafie menjadi Menteri KKLW dari tahun 2009 hingga 2015. Jumlah perbelanjaan pembangunan KKLW (2009-2015) ialah RM34,818,000,000 (RM34,818 bilion). Jumlah bajet pembangunan KKLW adalah kedua terbesar selepas Jabatan Perdana Menteri dari tahun 2012 hingga tahun 2015”, ujarnya.

Apa Shafie Apdal buat peruntukan berbilion ringgit itu?

Sabahkini2 sejak beberapa tahun lalu secara konsisten mendedahkan penyelewengan Shafie Apdal ketika menjadi Menteri KKLW. Semakan menunjukkan Sabah sahaja dalam Rancangan Malaysia ke 9 dan RMK10 mendapat peruntukan RM14.6 bilion. Apa Sabah dapat?  Apa Shafie Apdal buat? Apa yang dapat di Kimanis? Yang kenyang adalah syarikat adik beradik Shafie Apdal dan syarikat kroni.

Ada projek yang dibina seperti Jalan Luar Bandar (JALB), Elektrik Luar Bandar (BELB), Air Luar Bandar (BALB) dan lain-lain 'asal bikin' untuk komisen bukan keperluan rakyat. Ada projek terbengkalai dan tidak mencapai spesifikasi ditetapkan. Sebab itu tidak hairan projek yang dibina kadang memakan masa bertahun digunakan. Paip ada tapi air tiada, tiang elektrik ada tapi elektrik tiada, Jalan dibina tapi 'Jalan monyet' ke kebun dan bermacam-macam lagi projek RM14.6B itu

Tidak menghairankan Shafie ditahan SPRM kerana penyelewengan RM1.5b KKLW yang menjadi isu tahun 2017.


Apa yang rakyat Sabah dapat? yang dapat Shafie, keluarga dan kroni sahaja.
Sekarang Shafie dan Warisan dua tahun memerintah apa janji dia tunai? semua pun hanya meneruskan apa yang telah dirancang BN sebelum ini

Laporan projek sedemikian boleh dibaca dalam link portal Sabahkini2.com. Artikel berkaitan;

 Angkara Projek Kroni Penduduk Kg Kapulu Tenom Menunggu Dalam Gelap 

Laporan Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

(VIDEO) Paip ada air tiada : 5 tahun rakyat derita kerana projek kroni Shafie 

(VIDEO JALAN MONYET) RAKYAT DERITA SHAFIE APDAL KRONI KAYA JALAN TENOM RM22.5 JUTA

Laporan Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

6 tahun tiang elektrik ‘Projek Shafie KKLW’ terpacak Kg Rungus Baru Beluran terus bergelap

RM100 juta lesap projek air Pulau Gaya:Junz Wong patut desak SPRM dedah siasatan kes Shafie Apdal!

Laporan  Audit Negara bukti Projek Elektrik KKLW Shafie gagal kerana rasuah!

Laporan Audit Negara membuktikan Projek Elektrik KKLW Shafie gagal. Siapa yang kenyang? Kroni yang diadu oleh Tian Chua seperti Ternama Tabah Sdn Bhd, Bumi Handal Sdn Bhd, Usaha Serimas Sdn Bhd, L&L ME Contruction dan Leadshine Sdn Bhd seperti dalam kenyataan Tian Chua sebelum ini. SPRM berani ke siasat semula?

Kes Rasuah Shafie Apdal dan Peter Anthony

Bukan itu sahaja kes-kes rasuah Risda apabila RM15.5 juta lesap, Peguam Michael P Ubu proksi Peter Anthony lari ke luar negara tetapi tidak diburu SPRM, kes KKLW RM1.5 b yang ditutup hanya di dalam dewan negara bukan di mahkamah dan banyak lagi. Rakyat boleh membaca semua link artikel yang diserta di sini.

ARTIKEL BERKAITAN

14 Syarikat adik Shafie Apdal beri wang RM48 juta dikenal pasti

Shafie Apdal dedah syarikat projek KKLW yang 'adiknya' terima rasuah projek

Sokong Siasatan SPRM terhadap bekas Menteri KKLW khianati rakyat Sabah

Bukti Terbongkar Memang Shafie dan Peter Anthony Rompak Wang RISDA!

RM15.5 Juta dicuri Peter : Peguam Negara benarkan pendakwaan kes RISDA

Tahniah Utusan Malaysia lapor skandal rasuah RISDA Shafie dan Peter Anthony

Skandal curi deposit wang RISDA RM15.5 juta memalukan KDM

 

 

Kehilangan Peguam Peter Anthony Michael P Ubu yang juga Naib Presiden KDM selepas mencuri wang RM15.5 juta wang RISDA kekal misteri sehingga sekarang. Kes ini mempunyai pendakwaan yang kukuh namun sengaja ditutup. SPRM sengaja tidak memburu Michael sebagaimana mereka memburu Jho Low. 

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesahkan memburu 21 peguam termasuk Michael P Ubu yang disyaki terbabit dalam 39 kes penipuan dan pecah amanah dengan kerugian berjumlah RM30.4 juta

[ARTIKEL BERKAITAN- Peguam Menteri Warisan Sabah, Michael P Ubu antara 21 peguam diburu polis kes pecah amanah]

Peguam Menteri Warisan Sabah, Michael P Ubu antara 21 peguam diburu polis kes pecah amanah

Datuk Peter Anthony sebenarnya melindungi  Michael Ubu.
Dihantar keluar negara dan segala kos ditanggung Datuk Peter

Pelbagai pihak menggesa kes Peguam Michael Ubu disiasat semula dan pendakwaan perlu disegerakan. Jika tidak ia hanya membuktikan Shafie Apdal dan Peter Anthony bersalah. SPRM tidak berminat lagi ke dengan kes Michael P Ubu ini?

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM digesa buru Peguam Michael Ubu skandal tanah Risda libatkan Peter Anthony]

[ARTIKEL BERKAITAN-Kitingan gesa SPRM perlu adil siasat kes rasuah Risda, Shafie, Peter, Michael P Ubu]

Kitingan gesa SPRM perlu adil siasat kes rasuah Risda, Shafie, Peter, Michael P Ubu

Kes yang tidak kurang popular dan misteri hingga kini ialah hubungan skandal Zahida Rafik dan Shafie Apdal yang mengkayakan Zahida ketika Shafie sebagai Menteri. Khabarnya telah berkahwin namun Shafie Apdal dikatakan seorang yang takut bini. Aduan skandal Zahida dan Shafie dibuat oleh Zuraida Kamaruddin yang sekarang Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


Kes ini wang haram dicuri ini dimenangi oleh Zahida Rafik dan membuktikan Zahida menerima wang haram daripada Shafie Apdal

ARTIKEL BERKAITAN - Mengapa Shafie Apdal Kayakan Zahida Rafik Berbanding Rakyat Sabah? Kini Terjawab PRU-14

ARTIKEL BERKAITAN - Mahkamah sahkan 'wang haram' Zahida, Shafie seperti dilapor Menteri Perumahan

Mengapa Shafie Apdal Kayakan Zahida Rafik Berbanding Rakyat Sabah? Kini Terjawab PRU-14

Mahkamah sahkan 'wang haram' Zahida, Shafie seperti dilapor Menteri Perumahan

 

Alangkah ganjilnya dakwaan Shafie Apdal menuduh mengapa Sabah dan Kimanis mundur serta menyalahkan BN? Dia Menteri KKLW Sabah pertama dengan peruntukan berbillion ringgit tetapi tidak menyelesaikannya. Yang dia kejar adalah kantung poket sendiri, keluarga dan kroni. Sekarang dia Ketua Menteri anda boleh bayangkan seperti biasa adik beradiknya dan kroni terus kaya. Sudah dua tahun kebanggaan Shafie hanyalah mahu mengadakan Projek Pass Sementara Sabah (PSS) demi warga asing dan PTI dari Filipina. Apa dia buat selama dua tahun? Hanyalah untuk mendaulatkan PTI di negeri Sabah. 

[ARTIKEL BERKAITAN- 8 Bukti Warisan pembela PTI di Sabah sehingga beri PSS: Fakta! Mengapa Warisan marah Annuar Musa? ]

 

 

7 Comments