17 Januari lalu portal Malaysia Gazette melaporkan NGO Pertubuhan Kesejahteraan dan Hak Rakyat (Power) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan sebuah kenderaan mewah tertera perkataan “Menteri” pada nombor pendaftaran di lokasi serbuan polis di “private parti” di Jalan Puchong 13 Januari lalu.
[ARTIKEL- Kantoi! Adun Selangor, 3 Pegawai Khas Menteri antara 17 ditahan anjur pesta dadah, GRO ]
NGO Power turut meminta SPRM Selangor menyiasat Kau Git Kaur pemilik premis GK Sport & Recreation Sdn Bhd yang menganjurkan pesta dadah itu melibatkan Adun Dengkil YB Adhif Syan Abdullah yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Selangor serta tiga Pegawai Khas Menteri iaitu Pizi Jihat, Pegawai Khas Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Yassin, Muhammad Fadzil Mohd Ahmad pegawai Khas Setiausaha Politik Perdana Menteri (Datuk Mohamad Nuhairi) dan Ahmad Redzuan Mohamed Shafi, Pegawai Khas Menteri Belia & Sukan
Pengerusi Power, S. Gobi Krishnan berkata, beliau mendapat tahu ada kereta milik menteri di lokasi kejadian, iaitu sebelum anggota polis menyerbu premis persendirian itu, daripada seorang saksi yang kebetulan pulang ke rumahnya di kondominium berkenaan.
“Kami telah dihubungi seorang saksi, iaitu individu yang melaporkan kejadian private parti di sebuah kondominium itu yang melihat ada sebuah kereta MPV Toyota Alphard tertera perkataan “Menteri” pada nombor pendaftaran di lokasi.
Bagaimanapun Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan laporan media itu dan mengingatkan media beliau akan mengambil tindakan undang-undang mengenainya.
Syed Saddiq tidak berada di Pesta Dadah
Semakan menunjukkan Syed Saddiq memang tidak berada di Kuala Lumpur atau Selangor kerana beliau mempunyai program Rapat Umum Armada Kelantan.Ia disahkan sendiri oleh Asran Alias Ketua Armada Kelantan dalam facebooknya.
Oleh itu siapakah pemilik Alphard atau Vellfire yang dilihat saksi itu?
Kereta mewah itu milik Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah yang punya hubungan rapat dengan Kau Git Kaur kerana sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Selangor Kau Git Kaur banyak mendapat projek daripada Majlis Sukan Negara termasuk MSN Selangor.
Adun Dengkil- Mewah. Baru 20 bulan dah kaya
Hanya seorang Ketua Armada Negeri sudah kaya-raya memiliki kenderaan mewah. Sudah pasti semua ini melalui hasil rasuah sepanjang bergelar sebagai Adun dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Selangor
Menurut sumber Kau Git Kaur adalah proksi sekian lama Datuk Ahmad Shapawi Ketua Pengarah MSN. Lobi projek Kau Git Kaur GK Sport Group membawa Adun Dengkil dan para pegawai khas hanyalah satu proses untuk melobi pihak atasan.
[ARTIKEL - Mengejutkan! Dalang Pesta Dadah lobi projek lumayan KBS, Kau Git Kaur GK Sport ‘Kroni KP MSN’? ]
Sikap berlagak Adhif Syan Abdullah dan beberapa pegawai khas Menteri yang langsi terhadap anggota keselamatan telah menyebabkan kes tangkapan mereka cepat tular. Mereka cuba menggunakan jawatan mereka untuk melepaskan diri namun polis bertegas mengambil tindakan kepada mereka.
Insiden penularan kes pesta dadah ini turut dikaitkan dengan pemilihan parti Bersatu yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Adhif Syan Abdullah yang dibenci pemimpin Bersatu Selangor akhirnya menerima kesan termasuk jawatan sebagai Ketua Armada Selangor digantung serta-merta.
Kau Git Kaur adalah taikun perniagaan yang bijak. Beliau mengawal projek di KBS dan juga MSN. Penganjuran pesta dadah bersama dengan GRO seksi adalah perkara biasa dalam urusan lobi projek lumayan ini. Oleh tidak menghairankan GK Sport Group banyak dianugerahkan projek KBS dan MSN.
Sepatutnya Siasatan harus dilakukan terhadap taikun Kau Git Kaur yang menyediakan semua dadah dan wanita. Manakalah SPRM wajar menyiasat Siapa Kau Git Kaur dan hubungannya dengan pegawai atasan KBS/ MSN.