KOTA KINABALU: Seperti dijangka dalam pemilihan Bersatu Sabah, hampir semua Ketua Bahagian termasuk Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengekalkan jawatan Ketua Bahagian Bersatu Tuaran apabila tidak dicabar sehingga pencalonan ditutup pada Ahad lalu.
Begitu juga Timbalan Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menang tanpa bertanding sebagai Ketua Bahagian Bersatu Ranau.
Turut menang tanpa bertanding jawatan Ketua Bahagian ialah Setiausaha Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran), Ketua Penerangan Bersatu Negeri, Khairul Firdaus Akbar Khan (Libaran) dan Bendahari Bersatu Negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Kimanis).
Empat belas lagi Ketua Bahagian lain juga memang tanpa bertanding ialah Datuk Rahim Bakri (Kudat), Datuk Wetron Bahanda (Kota Marudu), Datuk Japlin Akim (Kota Belud), Encik Mohamed Razali Mohamed Razi (Sepanggar), Datuk Faisyal Yusof Hamdan Diego (Kota Kinabalu), Senator Datuk John Ambrose (Penampang).
Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (Papar), Datuk Isnin Alisnih (Beaufort), Matbali Musah (Sipitang), Datuk Rubin Balang (Tenom), Azman Ruslan (Keningau), Senator Datuk Abdul Ghani Yassin (Pensiangan), Datuk Awang Kadin Tang (Sandakan) dan Aksyah Nasrah (Kinabatangan).
Enam lagi bahagian lain kebanyakannya menyaksikan pertandingan dua penjuru, kecuali Bahagian Putatan pertempuran Ketua Bahagian 3 penjuru antara Dato' Seri Haji Arsit Bin Haji Sedi, Mohd Shariff Abdullah dan Datuk Hj. Tiyunin Jeman
Bahagian Putatan Bergolak!
Pemilihan Bahagian Putatan antara bahagian yang panas kali ini melibatkan laporan polis oleh Mohd Hussien Zakaria terhadap Dato’ Seri Arsit Ketua Penaja Bahagian Putatan sekarang yang dikatakan tidak mengikut garis panduan JPP Pusat diPengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar
Laporan polis itu menyebut Dato’ Seri Arsit dengan nada keras memaki Mohd Hussien Zakaria.
“Pukimak” Tiada guna, kalau kau orang Beaufort Jangan ganggu kami di sini Petagas. Sedangkan saya ini orang Petagas
Pada masa sama seorang penyokong Dato’ Seri Arsit cuba menyerang dan mencederakan saya tetapi dihalang oleh Pegawai RELA ketika itu”. Kata Mohd Hussien dalam laporannya kepada polis.
Bantahan terhadap Dato' Seri Asit sebelum ini.
Calon Ketua Bahagian Datuk Tiyunin Jeman juga menentang Dato' Seri Arsit
Siapakah yang akan menang Ketua Bahagian Putatan? Adakah Dato' Seri Haji Arsit Bin Haji Sedi yang kasar dan bengis?, Mohd Shariff Abdullah yang lebih diterima anak muda atau Datuk Hj. Tiyunin Jeman Pengerusi Lembaga Penasihat Arkib Negara jenis kedekut dan jarang di Putatan?
Mohd Shariff Abdullah turut dilihat calon pencabar utama Ketua Bahagian Putatan Dato' Seri Arsit. Sharif dilihat lebih berdaya saing mengubah kepimpinan politik Putatan kepada imej bersih tanpa sebarang palitan isu moral
Kes Tipu Umrah
Dato' Seri Haji Arsit Bin Haji Sedi pula dan isteri pada bulan ogos 2019 pernah kontroversi dengan Koperasi Pembangunan Usaha Sama Masyarakat Sabah Maju Berhad (Kop-Pusamaju) apabila didakwa menawarkan pakej umrah palsu bernilai RM2,990 setiap seorang terhadap 319 mangsa.
[ARTIKEL BERKAITAN- Koperasi diketuai isteri, Ketua Penaja Bahagian BERSATU Putatan didakwa tipu umrah ]
Bagaimanapun status kes itu tidak diketahui hingga kini.
Kini Dato' Seri Haji Arsit Haji Sedi jenis 'kaki maki' dan panas baran ini bakal menjadi Ketua Bahagian menggunakan pengaruh serta kekayaannya. Ahli-ahli Bersatu bakal memilih ketua mereka. Netizen Putatan berharap pemimpin yang lebih muda, boleh didampingi rakyat bakal menjadi Ketua Bahagian. Bukan jenis Gengster macam Dato' Seri Haji Arsit Haji Sedi.