[VIDEO] Sejak Akjan mengaku Sultan Sulu malah hingga ke hari ini Akjan terus kebal. Bebas lakukan jenayah rusuhan dan kes pukul di KKIA. Terbaru video Akjan menghina kaum KDM sebagai kelas kedua berbanding 'Suluk'.
Akjan celupar: "Penduduk kelas pertama Suluk diikuti Bajau Ubian, Sibutu, Simunul, Kagayan
Tidak ada satu pun nama Dusun, Kadazan,.”
Nampaknya Dr Datu Akjan Datu Ali Muhammad yang pernah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu bergelar Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif ul-Hashim II, Dr Sharif Mohammad Akjan Mu’izzuddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun, Sultan Shariful-Hashim II tidak pernah serik mengundang kontroversi.
Akjan keturunan Sultan Sulu- Tidak pernah serik
Sekalipun beliau ditahan polis pada tahun 2011, beliau dibebaskan dan nampaknya beliau cuba mengulangi perangai buruknya pada bulan Januari 2020 dan juga menyebarkan video ‘Sulu’ perkauman menghina kaum ‘orang asal’ di Sabah.
Kes Ugut, merusuh di KKIA dan cubaan mencederakan
Sebelum rusuhan memalukan Akjan, anak-anaknya dan geng sulu di KKIA, Datu Akjan telah mengadakan sidang video mengugut untuk menyerang Papagomo.
Keesokkan harinya Video KKIA yang tular jelas menunjukkan rusuhan dibuat oleh Datu Akjan, anak-anak dan pengikut. Malah Video memaparkan cubaan Akjan dan anak-anaknya mencederakan Papagomo di KKIA.
[ARTIKEL BERKAITAN - [VIDEO] ‘Sultan Sulu’ Datu Akjan bersama pengikut Sulu serang Papagomo di KKIA demi Shafie, Warisan, PSS! ]
Terang-terang dalam video merusuh- Tapi tidak mengaku
Sekalipun Akjan dan 3 perusuh telah dipanggil memberi keterangan, bakinya seperti budak Sulu bernama Rizal Pawaki masih diburu. Dilaporkan Rizal Pawaki tidak mempunyai My Kad berasal dari Sulu Filipina dan sering mengikuti Pertubuhan Perkida Datu Akjan serta hadir di beberapa program Bersatu.
[ARTIKEL BERKAITAN- 3 Geng 'Sulu' beri keterangan polis, siasatan akan dihantar ke pejabat Peguam Negara ]
Rizal Pawaki keturunan Sulu dilapor pemegang IMM13 pengikut Datu Akjan dalam Perkida tidak dapat dikesan.
Akjan menafikannya sebagai pengikutnya. Nampak tak wayang Akjan?
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan kemungkinan cubaan mencederakan. Namun sehingga kini tiada tanda-tanda pendakwaan daripada pejabat Peguam Negara dilakukan sebagaimana sudah dua tahun kes ‘skodeng’ bawah skirt pegawai khas Timbalan Menteri tidak didakwa.
Datu Akjan mengaku Ahli Parti Pribumi Bersatu
Sekalipun rusuhan di KKIA adalah sangat memalukan warga Sabah namun Datu Akjan berbangga dengan jenayah yang dilakukan oleh diri dan anak-anaknya. Beliau menggelarkannya sebagai membela maruah mempertahankan Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan.
Akjan mengaku Sebagai Ahli Bersatu- Ini jelas Bersatu wajar memecat ahlinya yang terlibat dengan jenayah
Apakah Bersatu setuju dengan tindakan jenayah Akjan Sultan Sulu? Sebelum beliau terus merosakkan Bersatu.
Beliau perlu dipecat segera
Beliau menafikan sebagai penyokong Warisan malah menunjukkan beliau adalah pendokong kuat Parti Pribumi Bersatu (Bersatu).
Oleh yang demikian dengan perlakuan jenayah merusuh dan cubaan mencederakan individu Bersatu Sabah tidak wajar lagi mempertahankan Datu Akjan. Beliau memalukan Bersatu Sabah.
Akjan menggunakan segala hubungannya dengan Pemimpin Bersatu untuk
terlepas daripada Jenayah. Hari ini pemimpin PKR dan individu mula
menyerang kenyataan rasisnya. Ini pasti merosakkan imej Bersatu
Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor wajar memaklumkan Pusat mengenai jenayah dan sikap Akjan yang bakal merosakkan Parti Pribumi Bersatu di Sabah.
Tular video Akjan ‘Suluk’ bangsa Kelas Pertama di Sabah
Terbaru tular video kurang ajar Datu Akjan mengenai dakwaan bangsa Suluk sebagai kelas pertama dan penghinaan terhadap Kadazan Dusun.
Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Kenny Chua meminta pihak berkuasa menyiasat berkaitan kenyataan Datu Mohd Akjan Ali Muhammad yang mendakwa kaum Suluk ialah orang asal kelas pertama dalam Perlembagaan Malaysia.
Kenyataan Akjan menjadi krisis perkauman di Sabah
Kenny Chua mempersoalkan kenyataan rasis Akjan. Siapa Akjan yang pernah mengaku Sultan Sulu mengkhianati Yang Dipertuan Agung dan kini membuat kenyataan rasis.
Kata-kata Akjan dipetik sebagai “Persepsi orang-orang disini asal nama Suluk Bajau terus di dalam otak kepala durang ini pilak, Pati. Dalam definisi dan intepretasi hak-hak anak negeri Sabah, ini perlembagaan negeri Sabah, mengatakan penduduk kelas pertama Suluk diikuti Bajau Ubian, Sibutu, Simunul, Kagayan. Tidak ada satu pun nama Dusun, Kadazan, minta maaf.”
Sementara itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata tidak pernah wujud peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia menyatakan orang Suluk adalah orang asal kelas pertama
“Tidak wujud peruntukan perlembagaan bahawa orang Suluk adalah orang asal kelas pertama dalam perlembagaan Malaysia kerana setahu saya Kesultanan Sulu sudah lama dimansuhkan sejak tahun 1930 apabila Filipina menjadi negara republik.
“Begitu juga dengan China, apabila ia menjadi negara komunis, semua empayarnya dimansuhkan, sama juga halnya dengan Melaka di mana kesultanan Melaka tidak lagi wujud.
“Di Malaysia kini hanya ada sembilan negeri di Semenanjung yang masih bersultan sementara empat yang lain iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak mempunyai Tuan Yang Terutama.
Sejak tular kenyataan rasis Datu Akjan itu pelbagai pihak telah membuat laporan polis malah begitu banyak kenyataan video lain mengecam Datu Akjan.
Apakah Bersatu Sabah mahu menunggu beratus laporan lagi baru mahu pecat Akjan 'Sultan Sulu'?
Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) merangkap mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee dalam kenyataannya meminta supaya pihak tertentu berhenti daripada membuat sebarang tuntutan mengejutkan.
Katanya, segala tuntutan sejarah di antara Sabah dan Filipina sudah lama diselesaikan secara konsisten yang memihak kepada Malaysia melalui pengiktirafan PBB sejak 1963 dan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Kesultanan Sulu tidak mempunyai apa-apa hak lagi terhadap Wilayah Sabah. Sekalipun Kerajaan Warisan dilihat mesra kepada PTI sejak 20 bulan lalu pemerintahannya sehingga cubaan memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PSS) namun rakyat ‘Sulu’ yang kini sudah memiliki MyKad serta mereka yang mahu menetap di Sabah tidak wajar memperalatkan sokongan Kerajaan Warisan itu. PSS juga telah dibatalkan atas suara rakyat menolaknya dalam PRK Kimanis.
Lebih penting ialah Orang Suluk 'Original' Sabah pun tidak berperangai seperti Datu Akjan ini. Orang Suluk Original Sabah tidak akan menyokong keturunan Tausug atau Sulu yang melanggar undang-undang. Negara ini mempunyai undang-undang dari perbuatan jenayah dan kenyataan rasis yang mencetuskan perbalahan antara kaum wajar diambil tindakan segera.
Sekali lagi Bersatu Sabah wajar memecat keahlian Datu Akjan dan pihak berkuasa polis mengambil tindakan ganas merusuh di KKIA, cubaan mencederakan serta kenyataan rasis menggugat perpaduan kaum.