SHANGHAI/BEIJING: Angka korban wabak koronavirus di China meningkat kepada 490 orang dengan 65 kematian baru, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional hari ini.
Semua kematian itu dicatatkan di wilayah Hubei, dengan 49 orang meninggal dunia di ibu wilayahnya, Wuhan.
Terdapat 3,887 kes positif koronavirus direkodkan semalam, menjadikan keseluruhan 24,324 kes yang disahkan setakat ini.