Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara menolak surat peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi parti.
Menurut Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya, MPT juga akan terus menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat parti pada malam Isnin.
“Di antara intipati kita bincangkan tadi, kita sebulat suara menolak surat peletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai pengerusi parti. Ini jelas, bahawa kita ambil keputusan tolak peletakan jawatan beliau sebagai pengerusi.
“Perkara paling jelas, Bersatu buat keputusan termasuk ahli Parlimen dari Bersatu, akan terus menyokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ini keputusan jelas,” katanya.
Ketibaan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti malam ini. Ketibaan beliau disambut dengan laungan - “Hidup Tun, Hidup Tun”. @501Awani #Malaysia2020 pic.twitter.com/je8v1xXPlE
— Initial: FA (@FirdausAzil) February 24, 2020