Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang prihatin kepada rakyat
Istana Negara - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan orang ramai supaya bersabar dengan perkembangan semasa politik negara.
Seri Paduka juga meminta agar diberi ruang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua negara.
"Kita amat prihatin... bersabarlah, biar saya laksanakan tanggungjawab.
"Saya berharap dapat mencari jalan penyelesaian terbaik demi negara," katanya.
Terdahulu, baginda menyerahkan hidangan makan tengahari dari McDonald's kepada media yang bertugas di sini.