Umum sedia maklum bahawa Seri Paduka Baginda YDPA dijadualkan bertemu dengan Raja-Raja Melayu untuk membincang perkara ini.
KUALA LUMPUR – Mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) malam ini berpendapat tidak wajar Tun Dr. Mahathir Mohamad mendahului titah Yang Di-pertuan Agong.
“Malah pengumuman Perdana Menteri interim (sementara) memanggil sidang Parlimen untuk memilih Perdana Menteri adalah mencabar hak dan kuasa Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan.
Majlis Presiden PH berpendirian bahawa hak dan kuasa melantik seseorang Perdana Menteri terletak di tangan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, seperti yang termaktub di bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
“Umum sedia maklum bahawa Seri Paduka Baginda YDPA dijadualkan bertemu dengan Raja-Raja Melayu untuk membincang perkara ini.