CITRA BAHARU KABINET, MEMENUHI ASPIRASI RAKYAT
KUALA LUMPUR: Berikut ialah ucapan penuh pengumuman senarai Kabinet oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, pada Isnin.
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya hormati sekalian,
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, Wa bihi Nasta’in. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW, Rasul junjungan dan ikutan sepanjang zaman.
Saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana sepanjang minggu yang lalu saya telah berpeluang untuk berbincang dengan rakan-rakan pimpinan daripada parti BERSATU, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan PAS untuk membentuk kabinet baharu kerajaan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pemimpin parti yang telah mengemukakan pandangan serta memberikan kepercayaan kepada saya untuk menamakan anggota Jemaah Menteri baharu yang akan saya umumkan pada hari ini.
CITRA BAHARU KABINET, MEMENUHI ASPIRASI RAKYAT
Sepertimana yang saudara dan saudari ketahui, ekonomi global masa kini berada dalam situasi tidak menentu. Perang perdagangan dan percaturan politik melibatkan kuasa-kuasa besar terus mewarnai lanskap sejagat. Dunia juga terkesan dengan wabak Coronavirus 2019 (COVID-19) yang impaknya turut dirasai oleh negara kita.
Saya sedar bahawa dalam keadaan yang tidak menentu ini, saudara dan saudari amat berharap kepada kerajaan untuk membantu mencari jalan penyelesaian terhadap apa jua masalah yang saudara dan saudari dihadapi. Maka, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri untuk membentuk sebuah kabinet yang mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dan membawa negara kita ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.
Justeru, saya akan membentuk sebuah kabinet yang memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintegriti dengan struktur yang lebih mantap. Barisan kabinet saya akan dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.
Untuk memastikan kabinet yang akan terbentuk adalah kabinet yang berintegriti, semua anggota kabinet yang akan saya umumkan sebentar lagi telah melepasi tapisan oleh pihak SPRM dan PDRM.
Saya juga akan memastikan kabinet saya adalah sebuah kabinet yang berfungsi (functional cabinet) serta dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus.
Untuk itu, saya akan melantik empat (4) orang Menteri Kanan (Senior Ministers) yang akan membantu saya menyelaras hal ehwal kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.
Pelantikan Menteri-Menteri Kanan ini akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan.
Ringkasnya, saya ingin membentuk sebuah kabinet yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat – a cabinet that delivers.
Menteri-Menteri Kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara.
Dengan adanya Menteri-Menteri Kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik.
Selain itu, bagi memenuhi keperluan semasa, beberapa kementerian akan distruktur semula.
Antaranya ialah Kementerian Pendidikan. Kementerian ini dalam struktur yang sedia ada dibebani dengan bidang tugas yang amat besar serta mencabar kerana ianya meliputi pendidikan dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke pengajian tinggi.
Oleh yang demikian saya telah memutuskan untuk mewujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di 5 samping mengekal dan memperkasakan Kementerian Pendidikan.
Dengan ini, KPT akan dapat memberikan fokus kepada sektor pengajian tinggi dengan Kementerian Pendidikan memberikan tumpuan kepada pendidikan pra-sekolah, rendah dan menengah.
Malaysia dikenali di serata dunia sebagai sebuah negara yang memiliki komposisi penduduk pelbagai kaum, budaya dan agama. Perpaduan yang utuh antara pelbagai kaum merupakan penentu kelangsungan atau survival negara kita. Menyedari hakikat ini, sebuah kementerian khusus yang dinamakan Kementerian Perpaduan Negara akan ditubuhkan.
Aspek kelestarian alam sekitar juga penting dalam mewujudkan kehidupan yang lebih sejahtera buat kita semua, anak-anak kita dan generasi akan datang. Sumber-sumber semula jadi di negara kita mesti dipelihara dengan baik. Justeru, sebuah kementerian khusus yang dinamakan Kementerian Alam Sekitar akan diwujudkan.
Kerajaan juga serius untuk menangani isu-isu pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak. Kabinet saya akan memastikan semangat 6 Perjanjian Malaysia 1963 atau MA 63 akan diterjemah dalam bentuk dasar dan program yang memberi manfaat secara langsung kepada penduduk di negeri Sabah dan Sarawak. Justeru, saya akan mewujudkan satu portfolio khusus mengenai Hal Ehwal Sabah dan Sarawak yang akan diketuai oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Dengan bertawakkal kepada Allah, mengharapkan bantuanNYA, saya dengan ini akan mengumumkan senarai nama anggota kabinet yang saya pilih dengan satu ijtihad saya untuk kemaslahatan negara. Sedaya mungkin saya dalam pemilihan ini berusaha memenuhi maksud firman Allah dalam Surah al-Qasas ayat 26:
ن ِمي ۡۡلَ ى ٱ ُّ َق ِو ۡ َجۡر َت ٱل ۡ ن َخۡيَر َم ِن ٱ ۡسَتـ َّ ِ إ
Yang bermaksud: "Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja itu ialah yang KUAT (berkemampuan) dan AMANAH"
Sekali lagi pada Allah saya berserah atas ijtihad saya, maka dengan sukacitanya saya ingin mengumumkan senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong:
Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Kanan - Menteri Pertahanan: YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz
Menteri Kewangan: YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah
Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya: YB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh
Menteri Kanan - Menteri Pendidikan: YB Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi): YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas): YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang): YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan
Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): YB Dato' Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak): YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan: YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah
Menteri Alam Sekitar: YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)
Menteri Sumber Manusia: YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan: YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar
Menteri Wanita dan Keluarga: YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi: YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman
Menteri Tenaga dan Sumber Asli: YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri: YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan: YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan: YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi
Menteri Pembangunan Luar Bandar: YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong
Menteri Luar Negeri: YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid
Menteri Komunikasi dan Multimedia: YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: YB Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan: YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan
Menteri Perpaduan Negara: YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing
Menteri Belia dan Sukan: YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)
Saya mengucapkan tahniah kepada semua anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri yang saya telah umumkan. Jalankanlah tugas anda dengan cemerlang demi rakyat dan negara.
Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ketua-ketua parti yang telah memberikan panduan dan mandat kepada saya untuk menentukan barisan kabinet.
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada hari Selasa, 10 Mac 2020, jam 3 petang di Istana Melawati, Putrajaya.
Saya berdoa semoga Allah s.w.t. memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada semua anggota kabinet saya untuk menjalankan tugas dengan penuh beramanah dan berintegriti.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.