Selepas kantoi pemberian barangan makanan kurang RM100 kini Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Saripuddin Hatta dan adun menuduh Pengarah UPPM merosakkan bantuan. Rakyat menuntut hak RM100. Pembantu Menteri terpaksa tanggung RM87 ribu
Selepas netizen kecoh mengenai pemberian bantuan makanan bernilai RM100 yang dikatakan diseleweng oleh pegawai UPPM, hari ini Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Haji Abdullah Minun Hj Sahirun mula menafikan memo yang ditandatanganinya sebagai wajib dan perlu dipatuhi.
“Garis panduan senarai makanan yang telah dibincang dengan Panjang lebar hanyalah panduan semata-mata dan tiada arahan untuk mematuhi sepenuhnya.
Walaubagaimanapun beras, gula dan minyak masak seboleh-bolehnya dapat dibekalkan. Asalkan jangan melebihi jumlah yang telah diperuntukkan saudara saudari diberi kebenaran untuk menukar barangan dan nilai setiap barangan.” Katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Pengarah UPPM itu mengesahkan bahawa wujudnya penyelewengan dikalangan pegawai UPPM apabila membeli barangan bantuan makanan itu kurang daripada RM100 sebagaimana surat kelulusan Bahagian Pengurusan Kewangan Jabatan Ketua Menteri bertarikh 27 Mac 2020.
Portal Sabahkini2 sebelum ini mendedahkan netizen mengecam pemberian bantuan makanan RM100 tetapi nilai barangan hanyalah RM60.00.
[ARTIKEL BERKAITAN- Netizen kecam: Barangan bantuan makanan rakyat susah RM100, Pegawai UPPM 'Pau' RM40? ]
BKP JKM mengesahkan telah menyalurkan waran RM100,000 kepada semua Pejabat Daerah dan Daerah Kecil bagi setiap kawasan Adun bagi memudahkan semua pegawai UPPM mencari pembekal sesuai.
Surat pelantikan Pegawai UPPM menyelaras Pakej Rangsangan Stimulasi itu telah dikeluarkan pada 25 Mac 2020. Tiada arahan kepada UPPM agar berbincang dengan Adun bagi menyelaras bantuan ini.
SPRM kata nak pantau. Kalau nak pantau sila pantau semua Pegawai UPPM Sabah.
Mereka sedang kutip RM40 dari RM100.
Terlebih pandai Pengarah UPPM pun buat senarai. Sebab dia tahu Pegawai UPPM bukan boleh percaya.
Tak kena gaya kena beli biskut asin dan maggie sahaja.
Akhirnya senarai ini membunuh para YB di kawasan
Implikasi bantuan dengan bajet RM100, 1 pek (keluarga). Tuntutan bayaran juga adalah RM100
Terdapat desas-desus Pegawai UPPM dan juga wakil rakyat Adun tidak sehaluan oleh itu penyelarasan mengenai pemberian bantuan itu tidak berjalan dengan baik.
Malah ramai wakil rakyat Sabah tidak berpuas hati dengan memo dan senarai barangan yang dibocorkan oleh Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Haji Abdullah Minun Hj Sahirun.
Pembantu Menteri Kewangan YB Saripuddin Hatta yang juga Adun Merotai mempersoalkan memo Pengarah UPPM itu sebagai menyusahkan semua wakil rakyat.
“Memo Pengarah UPPM ini telah merosakkan segala gerak kerja memberi bantuan bungkusan makanan di kampung-kampung”
Luahan dan tidak puas hati ini sebagaimana dikongsikan oleh Pembantu Menteri Kewangan itu dalam aplikasi WhatsApp
Saripuddin turut bersedih dan merajuk dengan pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengannya. Cukuplah sehingga PRU14, beliau mahu bersara
Katanya RM100 juga tidak mencukupi kerana terlalu ramai yang perlu diberi di kawasannya sahaja ada lebih 5000 keluarga dan jika RM100 satu keluarga bermakna RM500 ribu perlu dibelanjakan.
“Kita agih-agihkan kuantiti yang sedikit dan perlu supaya lebih ramai yang dapat”
Menurut Saripuddin Hatta lagi beliau telah membelanjakan wang sendiri menambah peruntukan ini.
“Saya telah membelanjakan duit saya sendiri sebanyak RM87,000, saya bukanlah bertujuan mahu menunjuk-nunjuk derma saya”. Katanya.
Duit mana agaknya Pembantu Menteri ni guna? duit sendiri? Pau kontraktor?
bekas taukeh seludup dan ada kes saman tipu Bank Rakyat ni mana dia bodoh kan.
UPPM dan Wakil rakyat tidak selaras
Komen-komen netizen dalam laman sosial mempersoalkan nilai barangan yang dibekalkan kepada rakyat bukanlah panduan barangan yang dibuat oleh UPPM. Jika surat BKP JKM telah menetapkan RM100 1 keluarga bermakna semua tuntutan bayaran pembekal adalah berasaskan nilai itu.
Waran RM100,000 sudah dibayar kepada pejabat Daerah jadi rakyat berhak mendapat nilai itu.
“Apapun barangan diberi kepada rakyat pastikan mencukupi dan mengikut anggaran ditetapkan BKP JKM. Itu wang rakyat. Berapa ribu orang yang layak itu bukan isu, jika kekurangan peruntukan maka wakil rakyat dan UPPM perlu meminta peruntukan tambahan untuk mencukupkan bukan memotong nilai RM100.00 itu”. Kata Junaidi seorang pengguna facebook.
Tinjauan juga menunjukkan wakil rakyat dan pegawai UPPM tidak selaras, tiada database senarai yang mahu diberi mengikut kelayakan, jika cadangan asal memberi 1000 orang penduduk yang layak namun bila masa penganggihan seluruh penduduk diberi. Akhirnya wang rakyat miskin RM100 itu dipecah-pecahkan lagi. Cara ini sangat tidak betul.
Begitu banyak wang bakal diberi dalam Pakej Rangsangan Covid-19 Sabah ini tetapi seolah-olah hanya bantuan makanan UPPM ini sahaja yang ada. Akhirnya bantuan diberi tidak mencapai sasaran.
Penjelasan Saripuddin Hatta secara peribadi dalam facebooknya berhubung pemberian bantuan makanan RM100 membuktikan lagi betapa celaru dan tidak selaras antara peruntukan BKP JKM, UPPM dan Adun. Peruntukan RM100 untuk satu keluarga dibahagi lagi kepada ramai. Jelas tidak amanah.
Semua mahu tunjuk buat kerja, adun pun mahu tunjuk buat kerja. Apakah ini jawapan rasmi Kementerian Kewangan Sabah? Kerana ia hanya dari jawapan facebook peribadi.
“Ada pun yang tular bahan-bahan yang harus di bekalkan RM 100 satu keluarga adalah cadangan Asal. Kalau RM100 dengan peruntukan RM 100ribu. Keluarga yang dapat hanya 1000 rumah sahaja.
Jadi atas perbincangan semua pihak dan YB-YB kita agih-agihkan ikut keadaan dan situasi kawasan masing-masing. Ada kawasan yang mempunyai penduduk ramai dan ramai miskin” kata Saripuddin
Rakyat tidak perlu tahu hal-hal teknikal pemberian di kawasan. 1000 orang atau 5000 itu masalah kerajaan nak beri. Peruntukan ada maka sila beri. Yang rakyat tahu kerajaan umum RM670 juta dalam Pakej Rangsangan Covid-19 Sabah. Rakyat diberi bermacam bantuan. Kini RM100 untuk bantuan makanan untuk satu keluarga. Jika kurang kerajaan sepatutnya tambah bukan mengecilkan lagi pemberian. Ini sangat memalukan.
Yusof Karim seorang pengguna facebook berkata isu-isu teknikal sepatutnya diselesaikan sebelum bantuan diberi.
“Kenapa mahu susah-susah salur waran ke pejabat daerah diselia UPPM dengan senarai panduan barangan, lebih baik beri saja pada Adun dan biar Adun menyelesaikan apa barangan yang mahu diberi kepada rakyat.
“Sekarang rakyat tahu nilai bantuan RM100, jika kurang pasti mereka mempersoalkannya, ini bukan soal tidak bersyukur mahu diberi sikit seorang dapat ini hak rakyat”. katanya
Nur Alysha Zulaikha dalam facebook berkata "Betul ni, di kampung saya nenek hanya dapat beras sahaja. Mohon dipertimbangkan. Bukan tidak bersyukur, akan tetapi pihak yang diamanahkan untuk mengagihkan bantuan kena la jujur dan amanah. Jgn ambil kesempatan. Kesian la orang-orang kampung yang tidak punya pendapatan bekerja apalagi org-orang tua yang tidak mampu bekerja".
Oleh itu pengumuman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan khas untuk memantau pengagihan peruntukan RM250 bilion yang diumumkan kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat perlu juga diperluaskan kepada Pakej Rangsangan Covid-19 Negeri Sabah itu. Pengarah SPRM Sabah jangan tidur. Siasat bagi memastikan tidak berlaku ketirisan terhadap dana yang diperuntukkan.