PH jual harapan palsu kepada Sabah- Aktivis dan pemimpin parti
21:12 Dec 26, 2017  |  By SabahKini2
PH jual harapan palsu kepada Sabah- Aktivis dan pemimpin parti

Bagaimana Pakatan Harapan Sabah terdiri dari pemimpin Sabah yang dulu anti Mahathir kini terpaksa berketuakan Mahathir sedangkan jelas terbukti sejak Mahathir sebagai Perdana Menteri Sabah diabaikan.

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) harus faham rakyat Sabah dan hak mereka bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebelum menyebarkan harapan palsu “Janji Baru”, seolah-olah rakyat mudah terpedaya, kata aktivis Zainnal Ajamain.

Zainnal, yang mengetuai NGO Sabah Firstborn Society, hairan PH merasakan perlu mengumumkan peruntukan RM15 bilion untuk dana pembangunan prasarana di Sabah dan Sarawak jika mereka menawan Putrajaya.

“Saya tidak nampak tujuan menetapkan jumlah itu atau mengumumkan mereka akan menyalurkan 30% daripada belanjawan pembangunan negara untuk Sabah.

“Sarawak pernah menyumbang tidak kurang daripada RM120 bilion kepada perbendaharaan persekutuan 2 tahun lalu, bermakna sumbangan Sabah juga lebih kurang jumlah itu.

“Jadi apabila PH menjanjikan RM15 bilion seperti satu tamparan buat rakyat Sabah kerana mudah terperdaya,” katanya.

Menurut Zainal, gabungan pembangkang tidak perlu mengumumkan perkara-perkara baharu seperti menetapkan peruntukan pembangunan prasarana.

Gabungan pembangkang sepatutnya memberi penekanan kpada membayar Sabah 40% daripada hasil bersih yang kerajaan persekutuan kutip daripada negeri itu, termasuk tunggakan dan faedah sejak 1964.

“Kadangkala ahli politik Tanah Melayu suka cakap benda untuk menyedapkan hati mereka, sedangkan ia bukanlah perkara baharu buat rakyat Sabah.

“Tanah Melayu mesti membayar 40% kepada Sabah agar kami dapat menjaga perkhidmatan pendidikan dan kesihatan negeri dengan lebih baik.

“Apa fungsi memulihkan (bidang kuasa ke atas) pendikan jika kamu tidak mahu memulihkan sumber pendapatan kami?” soalnya.

Zainnal berkata pemimpin PH ternyata tidak begitu peduli tentang hak yang digariskan bawah MA63 dan hanya berminat meraih undi.

Atas sebab itu pemimpin PH tidak faham slogan “Sabah untuk rakyat Sabah” kerana mereka menggunakan mantera itu untuk mengatakan hak Sabah ditentukan Putrajaya maka mereka perlu menukar kerajaan sedia ada, katanya.

Zainnal berkata ini bermakna PH akan menjanjikan bulan dan bintang semata-mata untuk meraih undi.

“Bagaimana rakyat Sabah mahu percaya kata-kata orang Tanah Melayu? Di Indonesia, mereka gelar orang-orang seperti itu ‘Belanda dapat tanah’. Mereka akan gali tanah kecil yang mereka ada dan tebarkan ke tempat lain dan di mana tanah itu tersebar, mereka akan tuntut sebagai tanah sendiri.”

Beliau berkata, “Janji Baru” sebenarnya tidak betul kerana Sabah tidak pernah dibayar royalti. Negeri itu hanya menerima bayaran tunai sejak 1974, bermakna gabungan pembangkang tidak dapat membezakan antara royalti dan bayaran tunai.

Beliau menekankan Sabah memiliki seluruh sektor gas dan minyak tetapi undang-undang tertentu yang diluluskan Parlimen mengambil hak minyak dan gas Sabah dan Sarawak.

“Adakah PH melawan ketidakadilan ini? Undang-undang itu digunakan untuk mewajarkan perampasan kekayaan Sabah. Jadi apa yang sedang PH lakukan? Seperti biasa apabila tersepit, mereka buat tidak peduli.

“Kemudian, mereka berani menjanjikan 50% perkongsian hasil. Tahukah mereka tidak mampu tonjolkan tentang 40% itu di Parlimen sejak Malaysia ditubuhkan dan kini mereka bercakap tentang menaikkan kepada 50%?

“PH bukan sahaja menghina kecerdikan rakyat Sabah, tetapi mereka jelas memberikan harapan palsu.

“Saya, mungkin dapat mempertimbangkan cadangan PH jika mereka bertekad untuk membenarkan kerajaan Sabah mengutip semua cukai, Sabah ambil 50% dan 50% lagi dihantar kepada Putrajaya.

“Tetapi jika Putrajaya yang kutip dan memberikan 50% kepada kami, tidak apalah, minta maaf tetapi kami bukan ‘paloi’ (bodoh).”

Sementara itu Setiausaha Agung PBS, Datuk Johnny Mositun berkata, manifesto “fasa ke-2” memfokuskan kawasan pedalaman yang dilancarkan Pengerusi PH Sabah, Christina Liew di Keningau bau-baru ini hanyalah satu gimik politik.  

Parti Bersatu Sabah (PBS) menggesa pengundi di pedalaman Sabah menolak manifesto terbaru Pakatan Harapan (PH) untuk negeri Sabah dengan mendakwa ia hanya dipenuhi janji pilihan raya bagi penduduk luar bandar menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Katanya, kelakar untuk PH fikir mereka perlu tampil dengan satu lagi manifesto untuk meyakinkan pengundi di Sabah menyokong calon mereka.

“Mereka melancarkan manifesto mereka tidak lama dahulu. Kini, mereka tampil dengan satu lagi manifesto,” katanya

“Ia seolah-olah mereka menyedari sesuatu tidak kena dengan versi pertama dan memutuskan untuk mengubahnya dan menggelarnya ‘fasa 2’.”

Liew Pengerusi PH Sabah membentangkan manifesto “Fasa 2” pada majlis rumah terbuka Krismas PH yang turut dihadiri wakil parti pembangkang tempatan lain, termasuk Parti Warisan Sabah, Parti Cinta Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star).

Liew dilaporkan berkata, manifesto itu menekankan pendidikan, kesihatan, kemudahan asas berkualiti, hak tanah dan pembangunan mampan yang akan menjamin peluang pekerjaan untuk belia luar bandar.

PH melancarkan manifesto Sabah pertama di Kota Kinabalu, September lalu, di mana ia berjanji mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri baru khas untuk Sabah dan Sarawak.

PH turut berjanji mengembalikan 50% pendapatan persekutuan yang dikutip dari Sabah kepada negeri itu, mengkaji dan bertindak melalui Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah, membersihkan daftar pemilih dan memperbaiki pendidikan.

Digelar “Janji Baru PH untuk Sabah dan Sarawak”, manifesto pertama itu sebahagian daripada manifesto gabungan pembangkang di peringkat pusat.

Janie Lasimbang AJK Pusat DAP yang dilantik Ketua Wanita Pakatan Harapan pula berjanji membawa wanita Sabah ke era baru.

Sementara itu tinjauan beberapa pengguna facebook mendapati Manifesto Pakatan Harapan adalah hanya satu umpan sedangkan masalah utama dalam Gabungan Pakatan harapan belum selesai hingga ke hari ini.Ini termasuk masalah dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang di Pengerusikan Tun Dr Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Haram yang belum selesai.

Netizen turut mempersoalkan bagaimana Pakatan Harapan Sabah terdiri dari pemimpin Sabah yang dulu anti Mahathir kini terpaksa berketuakan Mahathir sedangkan jelas terbukti sejak Mahathir sebagai Perdana Menteri Sabah diabaikan.

Berapa kali beliau ke Sabah? Berapa banyak pembangunan yang dibuat oleh Mahathir di Sabah? Begitu banyak projek IC dibuat untuk warganegara Pendatang Asing yang akhirnya mengancam rakyat Sabah. Tidak malukah pemimpin Pakatan Harapan dari PKR dan DAP?

Namun di Zaman Najib semua menjadi reaiti. Sabah terus maju malah projek Pan Borneo memakan belanja berbilion ringgit dan tanpa tol benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Sabah

5 Comments