Syed Saddiq tipu, dulu RM250K tidak pasti kini RM90K miliknya, RM50K ibu, RM70K ayah
03:04 Apr 01, 2020  |  By SabahKini2
Syed Saddiq tipu, dulu RM250K tidak pasti kini RM90K miliknya, RM50K ibu, RM70K ayah

Selepas berdrama mengenai siapa pemilik wang RM250,000 yang hilang kini Syed Saddiq berkata wang itu miliknya, Ibu dan ayahnya. Sebelum ini Syed Saddiq dalam twitternya berkata tidak pasti jumlah yang hilang. Apa motif heret ibu dan bapa?

Hanya sehari Syed Saddiq U-Turn lagi selepas kantoi kehilangan wang RM250,000. Diam-diam membuat laporan polis terhadap pencuri wangnya beliau tidak menyangka laporan polis itu dibocorkan kepada pihak media sehingga terpaksa dibantu oleh Firdaus Abdullah TV3 (Orang Mahathir di Media Prima) sebagai wang PPBM.

Bagaimanapun  Syed Saddiq terpaksa mengarahkan TV3 meminta maaf  berhubung laporan itu menyedari persepsi buruk mengenainya kerana Perlembagaan PPBM hanya bendahari boleh memegang wang tunai runcit tidak melebihi RM50,000 dalam satu-satu masa dan disimpan di pejabat berdaftar bukan di rumah Ketua Armada PPBM.

Maka naratif Syed Saddiq pada 30 Mac 2020 ialah wang RM250,000 bukan milik PPBM dan jumlah anggaran sebenar masih belum dapat disahkan. Beliau sendiri menulisnya dalam twitter dan ditularkan.

Ia bercanggah dengan isi laporan polis yang tular iaitu “Pada 28 Mac 2020 jam lebih kurang 1900HRS dapati wang tunai yang disimpan dalam peti besi telah dicuri/hilang/berkurangan anggaran wang tunai yang hilang berjumlah RM250,000/-“

Andaian netizen daripada laporan Syed Saddiq itu bermakna wang dalam peti besi mungkin jumlahnya banyak lagi dan hanya yang dicuri serta berkurangan RM250,000.

Diharap SPRM menggunakan Seksyen 49 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan hasil daripada Aktiviti Haram 2001 untuk memeriksa harta Syed Saddiq.

Naratif duit Mak dan ayah

Kini Syed Saddiq menggunakan alasan baru pada 31 Mac 2020 iaitu wang anggaran berjumlah RM250,000 yang hilang merupakan duit peribadi beliau, ayah dan ibunya.

Jelas Syed Saddiq, daripada jumlah tersebut RM90 ribu adalah milik beliau, RM50 ribu milik ibunya dan RM70 ribu lagi milik ayah beliau. Jumlah RM210,000.00

 

“Saya dan keluarga tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Malahan kami sendiri yang membuat laporan polis berkenaan kehilangan wang.

“Sekiranya benar duit itu duit haram, why should we report it?,” kata Syed Saddiq.

Tambah Syed Saddiq, sebahagian besar wang tersebut bagi tujuan renovasi rumah yang dimiliki secara bersama oleh beliau dan ibu bapanya dan sebahagiannya lagi adalah untuk tujuan kegunaan peribadi.

[BACA ARTIKEL- Syed Saddiq lapor polis, wang dalam peti besi terkurang RM250,000, nafi wang dicuri milik PPBM ]

Katanya, sehingga kini beliau tidak mempunyai rumah miliknya sendiri. 

“Dengan itu saya, abuyah dan mama mengambil ketetapan untuk membeli rumah bersama. Dan saya berhasrat ingin pindah ke rumah tersebut selepas siap renovasi.

“Rumah belum siap renovasi, peralatan elektronik dan perabot semua belum dibeli lagi,” jelas Syed Saddiq.

Semakan diportal SPRM Syed Saddiq mengisytiharkan hartanya berjumlah RM722,312.57. Apakah aset ini?


Netizen persoal anggaran wang Syed Saddiq

‘Jika tidak tahu anggaran wang yang hilang bagaimana pula Syed Saddiq boleh menentukan wang yang hilang RM90 ribu adalah milik beliau, RM50 ribu milik ibunya dan RM70 ribu lagi milik ayah beliau

Jelas sangat Syed Saddiq putar belit dan menipu” kata Zemmer seorang pengguna facebook.

Seorang lagi Salahuddin berkata “dah kerja sebagai Menteri Belia dan Sukan kalau beli rumah atau barangan lain takkan minta duit mak ayah pula, Menteri bergaji besar lah beri wang kepada mak ayah”.

“Buat laporan polis diam-diam bila kantoi media terpaksalah jawab dan nak halalkan duit konon milik mak bapak maka mintalah pula mak bapak buat laporan polis”. Kata Yusman

Komen-komen lain turut mengecam Syed Saddiq.



Kes SPRM dibuka

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan telah membuka siasatan berhubung pemilikan wang RM250,000 Syed Saddiq itu selepas  menerima aduan seperti yang dilaporkan media.

Syed Saddiq akur dengan siasatan SPRM itu

 “Saya ambil maklum akan laporan SPRM yang dibuat dan faham akan tugas SPRM dalam menyiasat segala tuduhan dan laporan. Saya akan berikan kerjasama penuh dalam membantu siasatan SPRM,” kata Syed Saddiq.

 [BACA ARTIKEL- SPRM buka siasatan Syed Saddiq miliki wang lebih RM250 ribu ]

SPRM buka siasatan Syed Saddiq miliki wang lebih RM250 ribu

Dalam pada itu Ahli Perlimen Muar itu juga telah mengarahkan pegawainya membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat fitnah terhadap dirinya dan keluarga.

“Saya sudah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan kepada mereka yang memfitnah saya dan keluarga,

Dengan cubaan untuk mengaitkan kes ini dengan duit haram atau wanita yang dikatakan bersama saya,” kata Syed Saddiq.

Yusaini seorang pengguna laman sosial berkata “kesian mak bapak terpaksa diheret sama dalam penipuan Syed Saddiq untuk menghalalkan pemilikan wang RM250,000 itu. Menjadi satu masalah pula kedua ibu bapanya untuk mengesahkan wang RM50 ribu dan RM70 itu.

Transaksi wang dikeluarkan dari bank mana, punca wang serta siasatan berasingan ibu bapa oleh SPRM sudah tentu bakal bercanggah antara satu sama lain jika menipu laporan”. Katanya

Menurut Syed Saddiq kali terakhir beliau membuka peti besi tersebut adalah pada 13 atau 14 Mac. Jelas beliau tiada kesan sebarang umpilan pada peti besi tersebut dan keadaan dalam rumah dan biliknya adalah kemas.

Menurut beliau, kedudukan peti besi dan kod rahsia peti besi itu hanya diketahui oleh beliau dan orang-orang tertentu sahaja.

Siapakah orang-orang tertentu itu? 6 orang disiasat. Apakah Wanita misteri ‘Marslerose’ juga terlibat?

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar Wanita misteri 'Marslerose' dalam pelukan Syed Saddiq! Ada kaitan RM250,000? ]

 

2 Comments