PKP: Aktiviti pertanian, perikanan dibenarkan beri kelegaan kepada petani, nelayan, pengusaha
14:04 Apr 05, 2020  |  By SabahKini2
PKP: Aktiviti pertanian, perikanan dibenarkan beri kelegaan kepada petani, nelayan, pengusaha

Bekalan makanan perlu terus mencukupi. Ekonomi rakyat perlu segera dipertingkatkan. Kebenaran sektor pertanian, perikanan semasa PKP akan meningkatkan pendapatan rakyat.

Sektor pertanian dan perikanan termasuk keseluruhan rantaian perniagaan seperti perkilangan, logistik serta pemasaran dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Merungkai kekeliruan segelintir pihak, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan langkah itu dibuat bagi memastikan rakyat yang bergantung kepada sektor berkenaan berupaya mendapat bekalan mencukupi.

Sehubungan itu, katanya, operasi seperti penanaman padi, penangkapan ikan dan pergerakan kenderaan yang mengangkut hasil pertanian tidak akan disekat oleh pihak berkuasa.

“Setiap aktiviti dan operasi berkaitan sektor pertanian dibenarkan, justeru ada yang tanya, boleh ke nak tanam padi, tabur benih padi, tangkap ikan oleh nelayan?

“Kita nak jelaskan, bukan sekadar pengeluaran sahaja, tetapi apa juga berkaitan pertanian dibenarkan, termasuk kenderaan pengangkutan pertanian yang tidak akan dikenakan sekatan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.

Jaminan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

22 Mac lalu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Ronald Kiandee memberi jaminan bekalan makanan mencukup ketika krisis Covid-19 termasuk stok beras serta bekalan dan pengeluaran bahan makanan import seperti daging, susu, beberapa jenis sayuran dan buahan di negara pengeksport masih konsisten.

Dalam masa sama kerajaa juga membenarkan aktiviti rantaian bekalan dan pemasaran makanan diteruskan tiada sekatan.


“Aktiviti pertanian, penternakan, perikanan dan akuakultur dibenarkan terus beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi memastikan bekalan daging, sayur-sayuran, buah-buahan serta hasil perikanan mencukupi untuk kegunaan rakyat Malaysia’ katanya.

Kebenaran itu juga diberikan kepada perkhidmatan logistik dan pengangkutan yang menyokong rantaian bekalan dan pemasaran makanan termasuk input-input pertanian dan makanan ternakan.

"Bagaimanapun mereka perlu mematuhi langkah-langkah sanitasi yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,"

[ARTIKEL BERKAITAN- Tambah bekalan beras krisis Covid-19, lindungi petani segerakan RM1B dana jaminan makanan ]

 

Kebenaran sejak pelaksanaan PKP

 

Pelbagai Aduan Rakyat

Rakyat mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sekali lagi tentang kebenaran dan pengecualian itu.

Walaubagaimanapun terdapat  pelbagai aduan sekalipun Sektor pertanian dan perikanan diberikan kebenaran operasi.

Di Cameroon Highland misalnya Pengerusi Pertubuhan Pengusaha Pertanian Cameron Highlands Chai Yee Meng memberitahu bahawa berlaku pembuangan sayur oleh petani dan bimbang keadaan akan bertambah teruk.

“Isu ini belum menyeluruh lagi... kerana sekatan pergerakan itu menjadikan permintaan sayur kurang, sebab orang sudah kurang keluar rumah.

Sayuran dibuang

“Lori nak hantar barang pun susah... bawa satu orang dengan barang banyak, lepas itu ada sekatan jalan raya lagi, susah,” tambahnya.

Belum termasuk isu peraturan yang menghadkan bilangan pekerja di pasar borong di Kuala Lumpur menyebabkan keadaan barang bertimbun tersadai kerana tidak cukup pekerja untuk memunggah sayuran.

Penghantar sayur di Cameron mengadu beratus-ratus tan sayur terpaksa dibuang disebabkan gerai pasar tutup. Dilaporkan sebanyak 448 gerai dan merupakan pusat pengedaran sayur utama di ibu kota.

Melaka

Di Melaka nelayan yang bergantung rezeki kepada hasil tangkapan mereka kepada pengilang bebola ikan terpaksa menempuh detik sukar ketika ini susulan pemberhentian operasi kilang itu di kawasan itu rabu lalu.

Ini kerana ikan malong yang khusus untuk diproses menjadi bebola ikan, tidak dapat dijual kepada pengilang berikutan penutupan kilang itu di Cheng di bandar raya Melaka akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan hingga 14 April ini.

 

Nelayan, Mohd Ali Abu Bakar, 50, berkata beliau dan beberapa nelayan lain yang menjadikan ikan malong sebagai sumber tangkapan utama, buntu memikirkan bagaimana untuk memasarkan ikan itu selepas pengilang bertindak demikian.

“Ikan malong tidak sama dengan ikan lain kerana ia tidak dibeli pelanggan seperti ikan biasa yang lain, sebaliknya ia hanya boleh dijual untuk diproses menjadi bebola ikan.

“Bagi ikan malong gred A yang beratnya melebihi dua kilogram (kg) seekor, saya boleh jual pada harga RM15 sekilogram manakala yang gred B tidak lebih daripada RM6 sekilogram kerana isinya kurang berbanding yang gred A,” katanya ketika ditemui di pangkalan nelayan Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah.

Mohd Ali berkata, beliau terpaksa berusaha mendapatkan pengusaha bebola ikan di Muar, Johor untuk memastikan kira-kira 100kg ikan malong yang tersimpan dalam tong ikannya sejak tiga hari lalu mampu dipasarkan.

Perak

Di Perak Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak Covid-19, memberi kesan langsung kepada pekebun yang menjalankan penanaman kecil-kecilan.

Ishak Othman, 52, yang merupakan petani di Kampung Banjar, Ayer Tawar, Perak berkata, beliau terpaksa bergelut dengan situasi semasa negara sehingga perlu mencari jalan penyelesaian sendiri bagi menjual hasil tanamannya.


Ishak Othman di samping tanamannya di di Kampung Banjar, Ayer Tawar, Perak

“Dahulu tidak ada masalah dari sudut pasaran. Sekarang ini dalam tempoh 2 minggu ini, disebabkan wabak Covid-19, memang ada sedikit masalah dengan pasaran.

Terung merupakan antara sayuran yang ditanam di kebun seluas 3 ekar milik Ishak.

“Hasil tanaman tidak boleh dihantar ke Pasar Selayang,” katanya.

 “Pemborong tidak lagi membeli dengan kadar biasa. Hal ini kerana, mereka juga bimbang tidak dapat menjualnya dan terpaksa mengagih-agihkan tanaman di kedai-kedai runcit sayur berhampiran dengan Setiawan, Perak.

Masalah Petani

Ramai juga petani yang berhadapan masalah sejak ppelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana beranggapan aktiviti pertanian, perikanan terhenti sedangkan mereka dibenarkan.

Bagaimanapun ramai petani menggunakan alasan sekalipun dibenarkan beroperasi rantaian kedai-kedai lain seperti kedai baja, racun, kilang kotak dan plastik ditutup.

"Ramai petani menghadapi masalah mendapatkan input pertanian seperti benih, baja, racun serangga kerana kedai diperintah tutup. Ini akan menjejaskan musim penanaman yang baru.

"Petani juga menghadapi kekurangan kotak dan bahan pembungkusan pertanian kerana kilang diperintah tutup. Apabila kekurangan kotak, hasil pertanian tidak dapat dihantar ke pasaran," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MoA) harus mengkaji seluruh rantaian pertanian, memudahcarakan rantaian supaya musim penanaman tidak terjejas dan hasil pertanian boleh dipasarkan

Ladang milik agensi /GLC kerajaan

Ladang padi milik agensi seperti KADA, MADA, IADA, Felcra pula mengalami masalah pekerja, kenaikan kos operasi malah pengurusannya yang bekerja dari rumah hanyalah retorik. Mereka seakan bercuti penuh dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Satu aspek yang tertinggal ialah bayaran kontraktor bekalan dan pembangunan daripada agensi atau GLC milik kerajaan. Pekeliling kerajaan seperti arahan kerajaan pembayaran 14 hari kepada kontraktor ketika krisis Covid-19 tidak dibuat kerana ketiadaan CEO atau pegawai-pegawai tinggi jabatan, agensi atau GLC. Akhirnya tertangguh tidak dibayar. Ia menyebabkan kesukaran kepada syarikat untuk menampung kos operasi serta pembayaran gaji.

Oleh itu rakyat, peniaga dan pengusaha dalam sektor pertanian dan perikanan termasuk keseluruhan rantaian perniagaan seperti perkilangan, logistik serta pemasaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersyukur serta berusaha membantu mencukupkan bekalan makanan di negara ini.

Paling penting disaat pelbagai industri banyak ditutup, pertanian dan industri asas tani dapat membantu menaikkan ekonomi negara.

 

 

15 Comments