Dato' Haji Mahfuz Omar bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia layak menerima RM1000 di bawah program Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Ini berdasarkan semakan Sabahkini2 di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), yang mengesahkan Mahfuz "lulus" menerima bantuan tunai itu.
Bukti jelas Mahfuz Omar terima BPN
Semakan dibuat selepas beberapa netizen membangkitkan isu ini dalam talian dengan menggunakan kad pengenalan pasangan itu yang didapatkan daripada media sosial.
Mahfuz Omar dalam facebooknya berkata dia bersyukur dengan pemberian PM itu walaupun tak minta dan akan membelanjakan Datuk Seri Najib di Parlimen nanti.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional pada 29 Mac sebagai pakej rangsangan ekonomi bagi menampan dampak negatif wabak Covud-19 terhadap ekonomi negara.
RM800 akan dibayar kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April dan baki RM300 pada bulan Mei.
Sementara itu, hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah akan menerima BPN RM1,6000. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April dan RM600 pada bulan Mei.
Untuk rekod, anggota parlimen mendapat gaji bulanan RM16,000 ditambah elaun lain dalam sekitar RM25,000.00
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan mengenai Rosmah Mansur sebagai berita utama yang mendapat Bantuan Prihatin Nasional, bagaimanapun semakan menunjukkan tiada maklumat Rosmah Mansur sebagaimana dilaporkan.
Setakat ini Malaysiakini juga tidak melaporkan mengenai Mahfuz Omar bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia layak mendapat BPN ini.