[VIDEO] Terkini! Gadis 'Marslerose' dedah Syed Saddiq layan seperti ‘pelacur’, ditipu, diperdaya
01:04 Apr 11, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] Terkini! Gadis 'Marslerose' dedah Syed Saddiq layan seperti ‘pelacur’, ditipu, diperdaya

Selepas isu wang RM250k, kantoi pula gambar intim Gadis 'Marslerose' di atas katil yang tular. Kini gadis 'Marslerose' itu membuat pengakuan terbuka dia kecewa dengan Syed Saddiq layan dia seperti pelacur. Dia menyesal kerana ditipu, diperdaya oleh Saddiq

Sebelum ini telah didedahkan siapa wanita misteri yang tular gambar intim Syed Saddiq bernama  Raja Nur Marisa @marslerose bekas pelajar Kolej SEGI.

Gambar mesra di atas katil itu mencetuskan kontroversi kepada Syed Saddiq Ahli Parlimen Muar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Terbongkar Wanita misteri 'Marslerose' dalam pelukan Syed Saddiq! Ada kaitan RM250,000?

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar Wanita misteri 'Marslerose' dalam pelukan Syed Saddiq! Ada kaitan RM250,000? ]

Sejak itu Raja Nur Marisa @marslerose tidak pernah memberi respon mengenai gambar intim yang tular itu, malah followers @marslerose terus meningkat sehingga lebih 31 ribu pengikut berbanding kurang 25 ribu pengikut sebelum ini.

Namun semalam tular video gadis ‘marslerose’ itu di laman sosial facebook dan applikasi whatApps pengakuannya berhubung skandal seks dengan  Syed Saddiq itu.

Video Gadis ‘marslerose’  Raja Nur Marisa yang tular


Baju Gadis ‘marslerose’ dalam istagramnya adalah sama dengan video pengakuannya yang tular malam tadi

Gadis ‘marslerose’ melahirkan rasa kesal kerana tindakan Syed Saddiq yang di dakwa menipu untuk kepentingan peribadi.

‘Marslerose’ itu berkata dirinya telah diperlakukan seperti seorang pelacur oleh Syed Saddiq.

“Apa yang saya rasakan sekarang adalah menyesal, kerana membiarkan kamu mengunakan saya, menjejakkan kaki ke dalam bilik kamu, membiarkan kamu menipu saya seperti pelacur kerana kamu ada satu ‘karekter’ disebalik muka seorang yang baik.

“Kamu boleh berbangga kononnya ramai perempuan minat dekat kamu sampaikan mak mereka sanggup mencuri poster untuk bawa balik tapi mereka kenalkah siapa kamu yang sebenarnya seperti saya mengenali kamu?

“Saya masih terasa sampai sekarang, kerana kamu tuduh saya. Saya tak mahu lagi ada apa-apa kaitan dengan kamu.

“Kamu boleh berhenti untuk menelefon dan menghantar SMS serta jangan cuba untuk datang ke rumah kerana saya tidak mahu berjumpa dengan kamu, kerana buat masa ini saya hanya inginkan ketenangan.

“Buat masa ini, saya perlukan masa untuk diri sendiri kerana ini merupakan pertama kali benda macam ini berlaku sebab majoriti orang Malaysia dah tahu siapa saya kerana gambar tersebut” katanya dalam pengakuan video itu.


Mungkinkah misteri 'tidak berbaju' ini akan terjawab lagi nanti?

 “Kepada semua gadis di luar sana, jangan jadi seperti saya diperbodohkan oleh seorang lelaki (Syed Saddiq) yang bertopengkan sikap lelaki budiman berlagak baik

Kemunculan pengakuan gadis ‘marslerose’ ini dikhalayak pastinya bakal mengundang lebih banyak kontroversi dan terdedah kepada musuh politik Syed Saddiq yang akan menggunakan isu ini.

Berapa ratus ribukah usaha Syed Saddiq boleh menutup mulut gadis ‘marslerose’ ini?

Mungkinkah akan ada lagi pengakuan lain dari gadis ‘marslerose’  Raja Nur Marisa selepas ini?

 Syed Saddiq sehingga ke hari ini tidak menjelaskan isu ini malah tidak pernah bersumpah mengenali gadis ‘marslerose’ .

42 Comments