Menteri Alam Sekitar dan Air singkir Charles Santiago DAP Pengerusi SPAN!
05:04 Apr 18, 2020  |  By SabahKini2
Menteri Alam Sekitar dan Air singkir Charles Santiago DAP Pengerusi SPAN!

Seperti MP PH lain yang disingkir, Charles Santiago sedar dia akan dipecat sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN). Menteri PN perlu segera membersihkan kementerian dari anasir pengkhianat PH.

Menteri Perikatan Nasional sekarang tak perlu sibuk menjawab isu-isu yang dilontar oleh Pakatan Harapan.

Tiga perkara Menteri PN perlu fokus sekarang

  1. Menjalankan tugas Fungsi Menteri sejajar dengan Akta Fungsi Menteri 1969. Jalankan tugas dan ‘jalan terus’ demi kementerian dan rakyat. Menteri tak perlu memenatkan diri menjawab isu, troll dan persoalan dilontar PH

  2. Membuang, menyingkir semua pegawai khianat dalam kementerian, rombak sumber manusia di Kementerian dengan cepat dan pantas. Cepatkan surat penamatan Pengerusi agensi, badan berkanun atau GLC yang boleh memudaratkan kementerian.

  3. Mendedahkan salahlaku rasuah Menteri PH yang lama. Mustahil tiada salah laku. Buka semua fail projek, pemberian tender, minit sokongan projek dan lain-lain. Mesti ada. Beri kepada pihak sesuai untuk dedah jangan Menteri yang dedah. Lalaikan bekas Menteri PH menjawab isu-isu salahlaku mereka dalam media massa. Biarkan rakyat membuat pengadilan dalam laman sosial 

Oleh itu penamatan para MP PH seperti DAP, PKR dan PAN sebagai pengerusi agensi, badan berkanun dan GLC adalah sangat tepat. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Sumber Manusia (MOHR), Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPI) sudah melakukan pembersihan.

Giliran Menteri Alam Sekitar dan Air bertindak

Terbaru Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri Alam Sekitar dan Air menyahkan MP DAP Charles Santiago sebagai pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN).

Sudah banyak isyarat dibuat terhadap semua pemimpin PH selepas penamatan mereka di pelbagai agensi dan badan berkanun namun pemimpin PH memang sengaja tidak mahu meletak jawatan. Oleh itu penamatan mereka adalah sangat tepat.

 

Penamatan Charles Santiago berkuatkuasa pada 10 April lalu bagaimanapun surat rasmi mengenainya telah diberi pada 17 April ditandatangani oleh Menteri Alam Sekitar dan Air Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kejayaan terbesar Dr Xavier Jayakumar Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dan Charles Santiago Pengerusi SPAN ialah pengumuman kenaikan tarif air negara penghujung tahun 2019. Selepas 20 tahun tidak pernah disemak jadi PH mencadangkan kenaikan tarif air yang perlu dibayar rakyat.

“Saya boleh katakan semua (negeri) setuju, kita akan bentangkan kepada setiap negeri kewajaran tarif air dinaikkan.

“Dalam masa sama kerajaan memberi jaminan kenaikan tarif air yang dijangka dilaksanakan tahun depan.

“Kenaikan kos utiliti tidak akan melebihi dua peratus daripada pendapatan isi rumah dan kadar ini munasabah,” katanya ketika itu

Belum termasuk pemberian projek pasir eksport ke luar negara secara rundingan terus kepada kroni Dr Xavier Jayakumar termasuk rundingan terus kepada syarikat bernilai RM2.00.

[ARTIKEL BERKAITAN- BACA Menteri luluskan AP eksport pasir secara 'rundingan terus' kepada 4 syarikat kroni? ]

Menteri luluskan AP eksport pasir secara 'rundingan terus' kepada 4 syarikat kroni?

 

[ARTIKEL BERKAITAN- BACA Lagi Menteri luluskan AP Eksport pasir secara ‘rundingan terus’ kepada syarikat RM2.00! ]

Lagi Menteri luluskan AP Eksport pasir secara ‘rundingan terus’ kepada syarikat RM2.00!

Jika fail Charles Santiago sebagai Pengerusi SPAN dibuka sudah tentu boleh ditemui salahguna kuasa.

Jadi mohon para Menteri PN cepat untuk membongkar salah guna kuasa dan rasuah pemimpin PH seperti DAP ini. Buat ini dahulu sambil Menteri PN bekerja untuk rakyat.

Cuma nak tanya bila SPRM Datuk Seri Azam Baki nak siasat  Dr Xavier Jayakumar bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu. Kalau syarikat RM2.00 boleh dapat permit pasir sudah tentu lebih banyak lagi kes di dalam kementerian itu?

1 Comment