Pengarah JKNS, MKN Negeri dikecam ikut 'SOP' Shafie Apdal susahkan 10,000 pelajar IPT lepas tu U-Turn!
03:05 May 02, 2020  |  By SabahKini2
Pengarah JKNS, MKN Negeri dikecam ikut 'SOP' Shafie Apdal susahkan 10,000 pelajar IPT lepas tu U-Turn!

SOP MKN dan KKM Pusat nampaknya tidak pernah dituruti Kerajaan Warisan Sabah. Dr Christina Pengarah JKNS dan Pengarah MKN Negeri pula terlalu 'Shafie'. Bila menyusahkan 10 ribu pelajar, dikecam netizen, lepas tu U-Turn.

Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Warisan nampaknya tidak pernah serik dikecam oleh rakyat Sabah.

Sebelum ini isu kebenaran operasi kilang dan ladang sawit,  masa perniagaan, kelonggaran PKP berdua yang akhirnya kerajaan U-Turn dan terbaru isu kepulangan pelajar Sabah daripada Semenanjung dan Sarawak perlu menjalani kuarantin 14 hari lagi walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan Covid-19.

Pengarah Kesihatan Datuk Dr Chistina Rundi berkata para pelajar mahupun orang awam yang kembali ke Sabah perlu melengkapkan Borang Pengisytiharan Kesihatan Kemasukan Ke Negeri Sabah.

Entah apa dalam kepala Datuk Dr Chistina Rundi itu. Adalah tidak masuk akal kebenaran Kerajaan melaksanakan penghantaran mahasiswa balik ke negeri masing-masing yang melalui SOP ketat kerajaan melalui MKN dan Kementerian Kesihatan di Semenanjung perlu lagi melalui 14 hari kuarantin.

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menyuarakan agar kerajaan Sabah mempertimbangkan semula keperluan kuarantin tambahan 14 hari ke atas penuntut Universiti Malaysia Sabah yang sudah menjalani kuarantin di kampus lebih 44 hari.

Presidennya Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata ia akan menyebabkan pelajar terkandas lebih lama sedangkan tatacara operasi standard penghantaran pulang pelajar yang disediakan Kementerian Pengajian Tinggi sudah amat teliti dan diluluskan Majlis Keselamatan Negara.

“Terutamanya kepada pelajar dalam kampus kerana mereka telah menjalani kuarantin selama lebih sebulan,” katanya

Sementara itu Puteri UMNO Sabah pula berpendapat Kerajaan Malaysia melalui KKM giat melaksanakan saringan COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan memutuskan rantaian jangkitan. Para pelajar Universiti pula terus kekal di universiti masing-masing sejak 18 Mac lalu.

“Pelajar universiti sudah dikuarantin lebih dari 40 hari, mereka juga mengikuti prosedur ketat MKN dan KPT. Mereka sepatutnya di kuarantin di rumah atau  stay home notice oleh Jabatan Kesihatan Negeri

“Ada baiknya arahan MKN Pusat dan negeri diselaraskan agar tidak mengelirukan rakyat’. katanya

Ini menunjukkan Kerajaan negeri seolah-olah mempunyai SOP sendiri membelakangi apa yang sudah dilakukan MKN dan KKM pusat seperti negara ini punya dua undang-undang yang menyusahkan rakyat.

Tindakan dibuat oleh kerajaan Warisan Sabah ni bukan sekali dua. Kerajaan perlu sensitif dengan rakyat dan bukan masa menunjukkan keegoan siapa lebih berkuasa dalam negara ketika krisis COVID-19 ini.

Jika rakyat mahu menyalahkan SOP kerajaan maka salahkan Kerajaan Negeri Sabah yang merumitkan lagi keadaan.

Pergerakan pulang ke daerah dalam negeri sepatutnya sudah boleh dijalankan kerana menurut statistik terkini negeri Sabah, terdapat 3 buah daerah sahaja yang menghadapi zon  merah (merbahaya). Namun begitu di daerah lain telah pun mengalami pemulihan. Walaupun masih berada di dalam zon kuning namun statistik kes positif yang berlaku bukanlah kes yang terbaharu.

Selain itu kerajaan telah mempersetujui dan menyusun perjalanan pulang akan di lakukan secara berperingkat

Adalah lebih wajar untuk mahasiswa dikuarantin sewaktu selepas sampai ke kampung halaman masing-masing mengikut SOP kuarantin yang ditetapkan.

Sama seperti kes kontroversi Dato’ Dr. Muhamad Sade bin Mohamad Amin Pengarah Jabatan Imigresen Sabah yang mengamuk baru-baru ini penerbangan sampai dari Semenanjung tetapi hanya diberi stay home notice dan tidak pula perlu di kuarantin di pusat kuarantin. Kenapa double standard? Pengarah Imigresen tu sepatutnya di kuarantin di pusat kuarantin.

Kenyataan media Pengarah Kesihatan Datuk Dr Chistina Rundi 30 April lalu mendapat kecaman teruk daripada netizen. Dengan hanya memetik 12 peratus dari kes COVID-19 pelajar dan membanding mahasiswa yang kembali dari luar negara serta kes sporadik 60 orang adalah kes berbeza dengan mahasiswa Malaysia yang sudah di Kuarantin lebih 44 hari ini selain sudah menjalani saring COVID-19 serta mematuhi SOP MKN dan KKM.

Dr Chistina Rundi  sedar beliau dikecam selain banyak persoalan dan rasa tidak puas hati ibu bapa berhubung keputusan kerajaan untuk mengkuarantin anak-anak mereka yang balik ke Sabah dari kampus masing-masing sebelum dibenarkan kembali ke pangkuan keluarga namun dia merasa berkuasa dan mempertahankan SOPnya atas nama keegoan Sabah. Dr Chistina Rundi boleh baca sendiri komen-komen rakyat yang pedih itu.

Ini belum masuk isu penyelarasan antara MKN, KPT dan JKNS di Sabah sekembali sampainya pelajar itu di Sabah. Betapa teruknya SOP Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Dg Sarinah Mohd Yassin salah seorang keluarganya terlibat mempersoalkan apabila anak saudaranya sejak jam 2 petang tersekat di KKIA sehinggalah jam 10 malam. KKM negeri hanya dimaklumkan jam 3 petang untuk melaksanakan arahan Kerajaan Negeri.

“Barulah sibuk mencari pengangkutan dan penempatan kuarantin. Ramai ibu bapa yang datang marah kerana makanan untuk anak-anak berbuka tidak disediakan hanya sebotol air mineral dan kuih sahaja.

Mohd Idris Salleh turut berkongsi dalam facebooknya tentang caca marba pengurusan Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Anak saudaranya tersekat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dari jam 5 petang hingga 10 malam hanya kerana menunggu Saringan COVID-19 JKNS. Akhirnya tiada saringan dibuat. Masa terbuang. Mereka sampai di pusat kuarantin jam 1 pagi.

Belum lagi double standard JKNS apabila ada penerbangan sampai tidak pula di Kuarantin dan ada yang dikuarantin. Ini benar-benar memburukkan keadaan. Bayangkan hampir 10,000 pelajar universiti terlibat. Betapa kelam kabutnya Dr Chistina Rundi dan pasukannya.

 

Jika ini diselaraskan kerajaan negeri memaklumkan lebih awal tentulah pengurusan MKN, KKM dan KPT tidak ‘serabut’.

Salah siapa jika bukan Dr Chistina Rundi yang hanya mengampu Shafie Apdal!


Terlebih pandai dan mengampu Ketua Menteri

Jadi apa perlunya Datuk Dr Chistina Rundi terlebih pandai dan berkuasa dari Datuk Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Kalau Ketua Pengarah dia sampahkan pasti Menterinya Datuk Dr Adham dia tak pernah peduli. Beliau sepatutnya bekerja dan melaporkan untuk Kerajaan Pusat, Menteri Kesihatan Malaysia bukan kepada Datuk Seri Shafie Apdal Ketua Menteri yang suka bertindak membelakangi MKN Pusat itu.


Tugas nombor 1 adalah mengampu dahulu. Penilaian MKN dan KKM pusat dia buat sampah. Dia kerja untuk siapa? Pengarah JKNS sepatutnya menasihati Ketua Menteri
atau Pusat COVID-19  Sabah. 

Begitu juga Pengarah Keselamatan Negeri Puan Sharifah Sitti Saleha Binti Habib Yussof di bawah Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sabah yang nampak terlalu berkiblatkan pada Ketua Menteri. Mereka kakitangan kerajaan pusat bukan negeri maka ikutlah apa yang diputuskan Kerajaan Pusat. Pusat Arahan Covid-19 Sabah dah jadi macam Pusat Arahan Shafie Apdal.



Boss dia siapa? Ketua Menteri kah? SOP MKN dan KKM Pusat pun dia sampahkan

Kita berharap Perdana Menteri tukarlah Pengarah MKN Negeri yang disyor Shafie Apdal dan bekas Timbalan Menteri KDN Datuk Azis Jamman. Buruk sangat perangai bekerja untuk Ketua Menteri Pembangkang yang terang-terang membelakangi Kerajaan Persekutuan.

Tindak tanduk Shafie Apdal Ketua Menteri Warisan ini menjengkelkan. Semua keputusan MKN, KKM pusat telah ditetapkan ketika MCO tetapi Shafie menggunakan keegoannya menunjukkan kuasa.

Begitu juga di UMS, sepatutnya Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Dr Raman Noordin berkhidmat kepada Datuk Dr Noraini Ahmad Menteri Pengajian Tinggi, beri maklumat dan nasihat sebaiknya kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah tentang pelajar yang sudah dikuarantin lebih 44 hari dengan 4 PKP. Dia menjaga dan dia yang beri makan kemudian kuarantin lagi 14 hari. Sepatutnya lawan bukan akur kepada sesuatu yang  salah demi pangkat kedudukan.

Pengarah JKNS sanggup tak dikuarantin 58 hari atau kira-kira dua bulan di kampus atau, mana-mana pusat kuarantin?  Jadi semua penjawat awam perlu bekerja lebih cepat bertindak. Jangan seksa rakyat dengan SOP yang pelik. Jika ini berterusan mahasiswa bukan mati kerana COVID-19 tetapi tekanan perasaan.

Menteri KPT pula sejak semalam terpaksa berhubung dengan Shafie Apdal merayu meminta pelepasan atau kelonggaran.

Selepas dikecam balun kiri kanan, SOP Datuk Dr Chistina Rundi Pengarah JKNS yang 'ke laut' itu hari ini jam 7 pagi seperti biasa Datuk Seri Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah itu akan U-Turn. Jika tidak hampir 10,000 pergerakan mahasiswa sehingga 10 Mei ini pasti akan lebih parah. Ini jelas arahan Shafie Apdal dan nasihat salah Dr Chistina Rundi Pengarah JKNS!


Ini sepatutnya telah difikirkan lebih awal. Pengarah MKN dan JKNS Sabah telah maklum awal. 

 

Kepada Shafie Apdal Ketua Menteri, Datuk Dr Chistina Rundi JKNS, Puan Sharifah Sitti Saleha Binti Habib Yussof (MKN Negeri) dan  Datuk Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Sabah COVID-19 Command Centre perlu menghentikan sikap mempersoalkan Majlis Keselamatan Negara Pusat yang berkuasa terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Terlalu banyak 'Command' hanya mengelirukan rakyat. Bermula 4 Mei kali ini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kita tengok pula apa dalam kepala Kerajaan Warisan Sabah.

Kepada Datuk Dr Chistina Rundi JKNS dan Puan Sharifah Sitti Saleha Binti Habib Yussof (MKN Negeri) nasihatkanlah Ketua Menteri. Kamu bukan bekerja untuk dia. Kesetiaaan kamu kepada Kerajaan Persekutuan. Isu pelajar IPT kembali ke Sabah ini adalah satu pengajaran besar tentang lemahnya persediaan kerajaan negeri. Kalau kamu tak mampu ramai lagi mampu. Sekarang bila malu U-Turn!

 

51 Comments