Dr Maszlee ‘merajuk’ tolak Pengerusi Penasihat Mara corp tak dapat Pengerusi MARA!
04:05 May 10, 2020  |  By SabahKini2
Dr Maszlee ‘merajuk’ tolak Pengerusi Penasihat Mara corp tak dapat Pengerusi MARA!

Kecoh Dr Maszlee tolak Pengerusi Penasihat Mara Corp. Sebenarnya Dr Maszlee minta Pengerusi MARA tetapi diberi kepada Datuk Azizah. Namun dilantik juga Pengerusi Penasihat Mara Corp tetapi U-turn selepas dipujuk Tun M. Dr Maszlee tahu tapi U-turn..

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad baru-baru ini mengumumkan pelantikan tujuh Ahli Majlis, Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkuat kuasa 15 Mei ini.

Mereka ialah Profesor Datuk Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha, Datuk Siti Zauyah Md Desa, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi, Datuk Jamelah Jamaluddin, Zainal Abidin Kidam, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad dan Datuk Nor Azri Zulfakar.

Selain itu, KPLB turut mengumumkan pelantikan Datuk Dr Syed Muhamad Syed Kadir sebagai Pengerusi Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp) bagi menerajui Mara Corp yang mula beroperasi pada 2016.

Datuk Abdul Halim Mansor Presiden MTUC pula dilantik sebagai Pengerusi GiatMara.

1 Mei lalu Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun dilantik sebagai pengerusi baharu Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Memandangkan semua jawatan sudah diisi maka Dr Maszlee Malik dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp.

Dr Maszlee  Malik minta jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Sebenarnya menurut sumber memang Dr Maszlee meminta jawatan Pengerusi MARA. Desas-desus sebelum itu dalam media sosial turut membincangkan Dr Maszlee bakal Pengerusi MARA. Tidak sedikit netizen memberi komen negatif.

Maka Menteri KPLB memilih Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun dilantik sebagai Pengerusi MARA. Dr Maszlee juga telah dimaklumkan akan pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Mara Corp itu dan beliau bersetuju.

Tiba-tiba Dr Maszle U-turn

Entah dimana silapnya tiba-tiba Dr Maszlee Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik menolak pelantikannya sebagai pengerusi jawatankuasa penasihat Mara Corp itu.

U-turn Dr Maszlee ini sangat memusykilkan disaat usul undi tidak percaya PH diterima sidang parlimen 18 Mei ini.

Rupanya Dr Maszlee dipujuk untuk menyertai kem Dr Mahathir dalam Bersatu.

Langkah ‘lalang’ Dr Maszlee tidak menghairankan kerana pada 29 Februari 2020 ketika menanti angkat sumpah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Dr Maszlee berada di rumah Tan Sri Muhyiddin sehinggalah beliau berpaling tadah ke kem Dr Mahathir beberapa jam selepas itu.

Apakah Dr Maszlee akan U-turn lagi menjelang 18 Mei? sama-sama kita akan lihat.

Dr Maszlee bukan suci

Dr Maszlee sama juga seperti pemimpin lain dalam politik bukanlah suci. Permulaan sebagai Menteri memanglah menunjukkan sedikit kebodohan dan sering menjadi bahan troll namun saban hari beliau semakin pandai juga untuk mencari wang  ‘pau’ kontraktor. Hendak bayar baju pun kontraktor bayarkan.

Ketika beliau menjadi Menteri sering dituduh sebagai tidak pandai menjaga orang-orang parti. Di tahun kedua yang juga penghujung kariernya dasar beliau lebih kepada ‘IKRAMISASI’ yang akhirnya meruntuhkannya.

Di awal tahun 2019 beliau sudah pandai membolot projek, batal tender KPM dan menukar perolehan di Sabah dikawal Putrajaya yang akhirnya menikam dirinya kembali

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri Pendidikan mahu ‘bolot’ projek tender KPM arah batal kuasa perolehan Sabah ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Sah! Tender KPM batal, Menteri bakal pindahkan KSU, SUB gagal bantu beri kontraktor kroni? ]

Sah! Tender KPM batal, Menteri bakal pindahkan KSU, SUB gagal bantu beri kontraktor kroni?

Beliau hanya mampu batal tender tapi tak sempat menukar KSU dan pegawainya

Pegawai Menteri termasuk Setiausaha Politiknya juga sudah mula kaya-raya selepas kawalan projek dilakukan. Beratus tender dibatalkan sehingga 3 kali semata-mata kontraktor mereka tidak dipilih dan yang dapat pula syarikat menggunakan alasan klasik ‘orang Umno’.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Setiausaha Politik Menteri Pendidikan lapor polis nafi terima kereta mewah ]

Malah Menteri sudah pandai bermewah-mewah sehingga mengarahkan agensinya membeli kereta mewah seperti Vellfire sedangkan secara rasmi KPM membekalkan sebuah kereta rasmi kepadanya.

EMGS adalah agensi lubuk rasuah KPM. Skandal EMGS dan Scicom (MSC) Berhad projek Visa pelajar sehingga sekarang belum selesai. Begitu juga kisah rasuah Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS), Datuk Abdul Rahman Mohamed yang ditahan SPRM januari lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Pengerusi EMGS belikan Dr Maszlee Vellfire VDC2828 didakwa SPRM, Dr Maszlee turut disiasat? ]

[VIDEO] Pengerusi EMGS belikan Dr Maszlee Vellfire VDC2828 didakwa SPRM, Dr Maszlee turut disiasat?
Skandal EMGS dan Scicom (MSC) Berhad menguntungkan Scicom sehingga RM400 juta namun tidak selesai.
Malah Pengerusi boleh beri Vellfire kepada Dr Maszlee


Salah guna kuasa Menteri 

Kesilapan terbesar mengundang kepada pembuangan dirinya sebagai Menteri ialah penamatan kontrak projek 1Bestari.Net milik Taikun Tun Dr Mahathir. Hanya kerana Dr Maszlee melihat urusan dengan YTL tidak menguntungkannya maka beliau menolak YTL. Berbilion pelaburan dibuang sudah tentu mendapat tekanan daripada taikun. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Tamatkan projek taikun YTL 1BestariNet isu utama Dr Maszlee diarah letak jawatan Menteri KPM]

Tamatkan projek taikun YTL 1BestariNet isu utama Dr Maszlee diarah letak jawatan Menteri KPM

Dengan segala kontroversi sebelum ini di KPM termasuk kes rasuah di EMGS melibatkan pengerusinya menjadi kemusykilan mengapa SPRM tidak menyiasat dan memanggil Dr Maszlee Malik sedangkan kes pembekalan di Kementerian Kesihatan hanya dengan desas-desus SPRM telah masuk membuat siasatan.

 

 

3 Comments