Rakyat terpedaya hasutan fitnah propaganda pembangkang ketika itu. Sekarang cukup 22 bulan, apa yang telah terjadi? Tidak payah rakyat yang jatuhkan kerajaan PH, pemimpin tertinggi PH sendiri yang menjatuhkan kerajaan gagalkrasi kerana terpalit isu.
1. Kerajaan Negeri Sabah terbentuk bukan dengan majoriti mudah kerusi DUN Sabah dengan memenangi kerusi pada PRU-14. Rakyat Sabah tidak lupa dengan pengkhianatan yang dimulakan oleh pemimpin dari Parti BN dan Parti UPKO yang MELOMPAT.
2. Siapakah yang memulakan fitnah dan memburukkan pemimpin kerajaan BN dahulu? Rakyat dimomokkan dengan cerita rasuah, penyamun, penjual negara, pembunuh, negara bangkrap dan banyak lagi di bawah kerajaan BN.
Siapa tak ingat muka Madius, Hamisa Samat, Jamawi, Muis semasa melompat?
Mei 2018 Shafie Apdal menggunakan kuasa Pusat untuk memberi tekanan kepada TYT Sabah
3. Akhirnya rakyat terpedaya termakan hasutan fitnah propaganda pembangkang ketika itu dengan serangan cybertrooper upahan di media-media sosial PH dan mengundi Pakatan Harapan yang kononnya akan membela nasib rakyat dan negara.
4. Cukup 22 bulan, apa yang telah terjadi? Tidak payah rakyat yang jatuhkan kerajaan PH, pemimpin tertinggi PH sendiri yang menjatuhkan kerajaan gagalkrasi kerana terpalit dengan banyak isu dan krisis politik sesama mereka yang mengancam ekonomi, kedudukan raja-raja, kebajikan rakyat, nasib bumiputera, keselamatan negara dan banyak lagi.
5. Rakyat perlu tahu Perikatan Nasional sebagai kerajaan hari ini tidak sama dengan Barisan Nasional. Perikatan Nasional adalah gabungan Ahli-Ahli Parlimen yang mewakili Parti masing-masing di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin.
6. Mengapa ada kalangan mereka kerajaan Parti Warisan mengatakan 'pembangkang nak jadikan Sabah seperti menjatuhkan PH melalui pembelotan pemimpin, dan sekarang kerajaan Persekutuan berjaya digulingkan kerajaan (PH).?
Apakah motif dakwaan ini?
"Sekarang pembangkang Sabah nak gunakan parti dari Malaya (UMNO dan PPBM) dan parti nyamuk tempatan, mereka minta bantuan orang luar untuk tolong mereka jatuhkan kerajaan Warisan, tak kiralah menggunakan fitnah sebagai senjata sekalipun asalkan matlamat mereka akan tercapai.?
7. Daun pokok tak akan bergoyang jika tidak ada angin. Apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Sabah di bawah Parti Warisan untuk membela rakyat tempatan Sabah? Rakyat Sabah sendiri tahu apa yang dialami selama 2 tahun lebih kerajaan negeri Parti Warisan mentadbir negeri Sabah.
8. Apa telah terjadi dengan manifesto mereka pada PRU-14 yang lalu? Tidak mungkin rakyat Sabah lupa.Lain yang diharapkan lain pula yang mereka lakukan. Apa jadi dengan masalah ancaman PATI di Sabah yang hampir diberikan Pas Sementara Sabah? Bagaimana pula dengan Perjanjian Malaysia 1963? Mana peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah? Rakyat telah hukum mereka pada PRK Kimanis yang lalu.
9. Banyak lagi isu yang rakyat Sabah sendiri sering persoalkan. Isu bantuan Covid-19 dan bagaimana kerajaan negeri mengurus pelajar Sabah kembali ke Sabah.
10. Hak-hak Sabah tetap akan dipertahankan dan bukan menjadi jajahan ditakluk oleh sesiapa pun. Kepimpinan yang gagal harus ditukar dan rakyat berhak untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.
11. Tohmahan dan hasutan kalangan Parti Warisan terhadap pemimpin UMNO dan PPBM akan memakan diri sendiri kerana kelemahan mereka dalam menjaga rakyat dan mentadbir negeri selain kelemahan dalam menangani krisis wabak Covid-19 di Sabah.
YBHG DATUK HAJI RAIME UNGGI
KETUA PENERANGAN UMNO SABAH
MERANGKAP
KETUA UMNO BAHAGIAN TENOM
[ARTIKEL BERKAITAN- Perikatan Nasional Sasar Rampas 5 Negeri ]