Pegawai Kanan Universiti Bergelar Datuk Skandal Dengan Isteri Pensyarah
03:06 Jun 10, 2020  |  By SabahKini2
Pegawai Kanan Universiti Bergelar Datuk Skandal Dengan Isteri Pensyarah

Sumber dari Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan seorang pegawai tertinggi salah sebuah universiti di utara tanahair telah dihadapkan ke domestic inquiry kerana terlibat skandal dengan isteri seorang pensyarah.

Sudah tersebar dalam edaran Whatsapp, wajah pegawai terbabit dan isteri pensyarah berkaitan beberapa hari lalu.

Sumber dari Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan seorang pegawai tertinggi salah sebuah universiti di utara tanahair telah dihadapkan ke domestic inquiry kerana terlibat skandal dengan isteri seorang pensyarah.

Pegawai kanan terbabit dengan isteri orang tersebut yang juga seorang pensyarah dikatakan telah menyalahgunakan wang universiti untuk ke Makassar, Indonesia.

Di Makassar, hubungan intim berlaku dan dihidu oleh suami pensyarah terbabit yang bertindak membuat laporan polis selepas itu.

Bukan setakat itu sahaja pegawai kanan bergelar Datuk itu juga dikatakan telah menyalahguna ratusan ribu wang universiti bagi tujuan lawatan ke Qatar, Turki dan Medan.

Malah pegawai dikatakan sudah beristeri tiga tetapi masih lagi hendak berskandal dengan isteri orang.

Skandal sebegini adalah sesuatu yang memalukan sama sekali. Khabarnya pegawai tinggi kerajaan yang baru mendapat gelaran Datuk itu sangat rapat dengan pentabiran kerajaan lepas.

Jika benar perkhabaran ini, pihak universiti dan KPT harus segera mengambil tindakan. Jangan biarkan IPT terpalit dengan aktiviti tidak bermaruah seperti ini.

Sudahlah menyalahgunakan wang universiti, berskandal pula dengan isteri orang. Malu sungguh.

Pihak KPT dan universiti yang berkaitan perlu segera tampil menafikan cerita ini sekiranya ia tidak benar. Bersihkanlah IPT dari orang-orang tidak amanah dan berperangai buruk macam ini.

15 Comments