Tiada medium lain hanya di Portal Sabahkini2.com!
11:06 Jun 14, 2020  |  By SabahKini2
Tiada medium lain hanya di Portal Sabahkini2.com!

Editor Sabahkini2.com memaklumkan sehingga kini Portal Sabahkini2 tidak mempunyai 'facebook page' rasmi, twitter, instagram atau blog lain. Semua artikel hanya di Portal Sabahkini2.com. Harap cukup untuk nafi kewujudan blog sampah gunakan nama Sabahkini2.

Daripada Ketua Editor tahun 2020

Seperti tahun 2018 dan 2019

Pihak editor portal Sabahkini2 memaklumkan sejak portal Sabahkini2 ini ditubuhkan pada penghujung 2017 dengan nafas baru dari Sabahkini sebelum ini, pembaca Sabahkini2 yang kini ‘jutaan pembaca’ sebagai pencapaian luar biasa.

Begitu juga laporan terhadap pihak berkuasa berhubung laporan portal ini yang mungkin tidak menyenangkan pelbagai pihak.  Ada yang suka dan ada yang tak suka. Walau apapun pandangan anda Sabahkini2 adalah satu dari alternatif yang berbeza dari apa yang disampaikan oleh media pro kerajaan atau pro pembangkang.

19 Mac 2020 kami berhadapan dengan pelbagai usaha pihak tertentu melakukan DDoS Attack (Distributed-Denial-of-Service attack) yang menyebabkan para pembaca tidak dapat mengakses portal Sabahkini2.com. Bagaimanapun kami dapat menghadapinya dengan ‘lemah lembut’. Kita anggap sajalah ia lumrah dan lawatan kasih sayang dari teman-teman yang rindukan Sabahkini2.com. Sekali lagi terima kasih.

SKMM

Kami juga berhadapan dengan laporan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi pemadaman artikel tertentu melibatkan bekas Menteri Pakatan Harapan dan pemimpin PH. Kami akur dan menghormati arahan SKMM. Tindakan paling drastik di zaman PH ialah menyekat URL Sabahkini2.com pada bulan Jun 2019Apapun kami ucap terima kasih kepada SKMM membuka semula atas nama demokrasi. Jika portal Sarawak Report boleh diakses semula di zaman PH kami juga portal Sabahkini2 layak mendapat layanan yang sama. Cuma syarikat telekomunikasi seperti Maxis masih menyekat Sabahkini2. Oleh itu pengguna talian Maxis akan bermasalah melayari Sabahkini2.

Kami berharap Kerajaan Perikatan Nasional dibawah Menteri KKMM yang baharu Dato’ Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN) dapat juga melihat perkara ini. Tolong Sabahkini2. 'tak kan kawan sendiri di zaman Kerajaan PN nak block'.

Dulu PH Kerajaan dan kini mereka menjadi pembangkang maka perlulah  diambil tindakan kepada mereka pula. 

Sabahkini2.com tiada medium lain

Pihak editor Sabahkini2.com memaklumkan sekali lagi setakat hingga hari ini Portal Sabahkini2 tidak mempunyai 'facebook page' rasmi, twitter atau instagram. Semua berita dan artikel hanya disiarkan dalam Portal Sabahkini2.com. Sebarang portal / medium yang wujud atas nama selain sabahkini2.com bukanlah milik kami. Hari ini kami mengesan ada satu lagi BLOG SAMPAH baru [Malas nak sebut] menggunakan nama Sabahkini2. Motifnya jelas melagakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Jika ada pihak tertentu yang menyediakan pelbagai platform laman sosial demikian maka 'kita anggap saja sebagai promosi' atau terdesak mahu menumpang populariti Sabahkini2.com bagaimanapun kami yakin pembaca setia Sabahkini2 tahu cara penyampaian kami. Sabahkini2 yang tulen sudah tentu berbeza dengan tiruan. Ada banyak FB, blog palsu cuba meniru Sabahkini2 namun mereka tak mungkin dapat menyamai Sabahkini2. 

Apa yang penting jika anda terima maklumat dari Sabahkini2.com yang tulen jangan lengah lagi  "Yang Penting Sebar dan Kongsikan". Yang PALSU nyahkan. 

Kami mengucapkan terima kasih kepada warga pembaca yang setia bersama kami termasuk warga 'pembenci' dan 'marah-marah sayang' kepada Sabahkini2. Tanpa anda, tiadalah tular dan tersebarnya informasi kepada rakyat serta maklumat yang sampai kepada pihak kerajaan.

Terima kasih kepada SPRM /pihak berkuasa

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada SPRM yang berani bertindak mengambil tindakan terhadap Datuk Peter Anthony dan Michael Ubu. Kami sudah mendedahkan rasuah Peter Anthony dan Shafie Apdal sejak 2017 sempena kelahiran portal ini tahun 2017. Mereka diselamatkan oleh Pakatan Harapan selepas Datuk VK Liew menjadi Menteri undang-undang Mei 2018. 

Kini kes RISDA dibuka semula. Anda boleh membaca dan mencari artikel diruang carian Sabahkini2. Semua fakta kes itu ada didedahkan. Begitu juga kes RM1.5 bilion JKR oleh Peter Anthony yang mungkin akan didakwa kemudian. 

Datuk Peter Anthony didakwa lagi esok

Kepada parti Warisan, penyokong dan pemimpinnya  sehingga sanggup membawanya dalam perbahasan Dewan Rakyat, aduan pihak berkuasa, laporan berita TV anggaplah Sabahkini2 sebagai "Check and balance” anda. Begitu juga rakan-rakan yang mempertahankan Sabahkini2.com. Anda sahabat kami selamanya. 

Tiada yang sempurna di dunia ini. Jika ada berita yang baik mengenai usaha Pakatan Harapan dan Warisan kami tiada halangan berkongsi mengenainya. Pemimpin BN, ahli korporat syarikat senarai awam, GLC juga tidak pernah terlepas dari pandangan Sabahkini2.com.

Di zaman rakyat akses maklumat setiap dari mereka adalah 'wartawan' yang akan melaporkan apa yang mereka suka atau tidak. Ini zaman media terbuka. Anda kena bersiap menghadapinya. Dengan keberanian dan tanpa takut anda akan mendapat berita 'benar-benar' berani dalam Sabahkini2. 

Atas sebab-sebab keselamatan kami hanya memudahkan rakyat memberi laporan atau aduan Sabahkini2 melalui satu emel khas anda iaitu [email protected]

Kepada rakyat yang merasa ditindas oleh pemimpin, wakil rakyat, ahli korporat atau sesiapa saja kami menyediakan platform untuk anda secara percuma. Bagaimanapun semua maklumat yang diberi perlulah lengkap termasuk dokumen berkaitan sebagai bukti.

Mari Sabahkini2.com adalah tempat anda. Percayalah Kami sentiasa bersama anda.

Terima kasih atas sokongan anda. Kami kekal bertahan kerana anda!

Ketua Editor Sabahkini2.com
14 Jun 2020

 

 

12 Comments