Nampaknya apa sahaja strategi Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu pencalonan perdana menteri adalah demi menaikkan anaknya Mukhriz untuk jawatan TPM. Jasa Atok sebelum pergi..
Demi Mukhriz Mahathir
Cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai PM Pakatan Harapan mencetuskan ‘perang baru’ antara Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir dan pemimpin PH.
Siaran langsung di Facebook Dr Mahathir semalam hanya mengesahkan strategi sebenar Dr Mahathir untuk menamakan anaknya Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2 bersama Anwar Ibrahim.
Pengumuman Dr Mahathir itu dilihat sebagai strategi menekan Anwar Ibrahim dan dalam masa sama menyelamatkan polemik lompat parti di Sabah. Alasannya Shafie mangsa Najib dan boleh merapatkan Sabah Sarawak.
“Dia juga salah seorang pemimpin yang menjadi mangsa awal Kerajaan Najib dan telah disingkir dari jawatan Menteri serta Naib Presiden UMNO kerana tidak dapat menerima perbuatan rasuah dan pencurian wang rakyat menerusi skandal 1MDB yang begitu memualkan,” katanya.
Ujarnya lagi, jika langkah itu berjaya, mereka percaya ia akan merapatkan lagi hubungan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Shafie Apdal PM PH: Strategi Dr Mahathir tekan Anwar, selamatkan YB Warisan lompat parti ]
Warisan kata DEMI MALAYA tu UNTUK MAHATHIR
Bagaimanapun di Sarawak Timbalan Ketua Menterinya Tan Sri James Jemut Masing menganggap Shafie PM sebagai satu gurauan dan jenaka di negara ini.
Sejak semalam juga Mohamad Sabu Presiden Amanah dan beberapa pemimpin DAP melakukan percubaan U-turn menafikan kenyataan Tun Dr Mahathir sebagai suatu persetujuan ia hanya satu perbincangan tidak rasmi yang perlu dibawa dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Anwar kecam Tun M penuh tipu helah
Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam membuat hantaran terbarunya di media sosial menggesa orang ramai untuk menolak helah dan muslihat politik.
“tolak politik tipu helah."
"Politik tidak sekadar perebutan kuasa tetapi juga tentang bagaimana ia mahu diterjemahkan.
"Untuk membela rakyat atau sekadar meneruskan sistem lama yang lapuk dan usang," katanya yang mengulang soalan yang diutarakannya semalam mengenai tindakan terbaru Dr Mahathir itu.
Anwar turut berkongsi video yang mengandungi rakaman petikan daripada ucapan dalam talian yang disampaikan beliau semalam.
"Dalam keadaan sekarang ada yang menangguk di air keruh, ada yang sekonyong-konyong nak muncul jadi juara...
"Tetapi apa yang saya nak tegaskan balik pada landasan.
"Politik ini bukan sepak terajang politikus untukk sekadar mencari helah taktik untuk merebut kuasa. Politik adalah terkait dengan urus tadbir, persoalan rakyat.