Saya sudah menjelajah ke seluruh dunia dan saya mempunyai rakan-rakan yang juga pekerja migran, dan ada beberapa tempat yang saya jumpai dimana masyarakatnya sangat rasis terhadap pekerja migran.
Dustin Pfundheller dalam Other Side of The Truth tampil sekali lagi dalam videonya kali ini membidas Al-Jazeera mengenai dokumentari palsu bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ yang disiarkan 3 Julai lalu.
Pfundheller memberikan 15 sebab mengapa laporan stesyen televisyen antarabangsa berkenaan tidak tepat dan banyak kesalahan fakta.
Pfundheller juga membangkitkan isu rasis yang bagaimanapun disebut beberapa kali oleh wartawan Al-Jazeera, Drew Ambrose.
“Saya sudah menjelajah ke seluruh dunia dan saya mempunyai rakan-rakan yang juga pekerja migran, dan ada beberapa tempat yang saya jumpai dimana masyarakatnya sangat rasis terhadap pekerja migran.
“Namun sebenarnya di Malaysia, pekerja migran ini dilayan dengan sangat baik berbanding banyak tempat di dunia,” ujar Pfundheller sambil memberikan beberapa contoh negara yang memberi layanan buruk terhadap pekerja warga asing.
Malah doktor gigi warganegara Amerika Syarikat itu juga turut memperbetulkan tanggapan berkenaan isu warga asing yang masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah, menyebabkan kerajaan terpaksa melakukan prosedur ketat terhadap mereka untuk membendung penyebaran Covid-19.