Rupanya di Bangladesh sindiket penipuan ujian Saringan Covid-19 berleluasa. Begitu juga di Malaysia mereka terlibat dengan sindiket saringan palsu. Wajar beku pekerja Bangladesh di Malaysia
Seorang pemilik hospital di Bangladesh, yang dituduh mengeluarkan ribuan keputusan ujian Covid-19 palsu kepada pesakit di 2 kliniknya ditahan pada Rabu ketika cuba melarikan diri ke India.
Menurut polis, penahanan itu menamatkan operasi memburu Mohammad Shahed atas tuduhan memberi sijil palsu kepada pesakit yang mengesahkan mereka bebas Covid-19 tanpa menjalankan sebarang ujian.
Shahed, 42, antara salah seorang daripada 12 orang yang ditahan oleh pihak berkuasa sejak beberapa hari lalu, dikatakan ada kaitan dengan sindiket penipuan.
Pakar memberi amaran pengeluaran dokumen palsu itu akan memburukkan lagi situasi pandemik di negara berpopulasi 168 juta rakyat itu dengan mencetuskan keraguan terhadap ketulenan sijil yang dikeluarkan klinik.
“Suspek ditahan di tebing sempadan sungai ketika cuba melarikan diri ke India dan memakai purdah,” kata seorang jurucakap Batalion Tindakan Pantas (RAB), Kolonel Ashique Billah kepada AFP.
“Hospital miliknya menjalankan 10,500 ujian koronavirus, di mana 4,200 adalah asli dan selebihnya, 6,300 laporan ujiannya dikeluarkan tanpa melakukan ujian.”
Shahed juga dituduh kerana mengenakan caj bagi pengeluaran sijil dan rawatan virus itu walaupun mencapai persetujuan dengan kerajaan untuk memberikan rawatan percuma.
Seorang doktor terkenal dan suaminya juga ditahan atas pertuduhan mengeluarkan ribuan sijil ujian palsu di sebuah makmal di Dhaka.
Dakwaan penipuan itu dikhuatiri boleh menjejaskan pendatang asing yang mahu ke luar negara di mana pengiriman wang merupakan kunci ekonomi Bangladesh, menurut Shakirul Islam dari kumpulan hak pendatang asing OKUP.
Kerajaan Itali minggu lepas menangguhkan penerbangan ke Rom dari Bangladesh untuk mengekang penularan wabak dalam komuniti.
Penumpang Dhaka Positif
Ia susulan beberapa penumpang yang tiba dari Dhaka menunjukkan tanda positif Covid-19.
“Sebilangan warga Bangladesh yang diuji positif di Itali didakwa membawa sijil Covid-19 negatif dari Bangladesh,” dakwa Islam.
“Kerajaan perlu memastikan kualiti ujian Covid-19 di makmal tempatan demi pasaran kerja luar negara.”
Hampir AS$19 bilion dihantar pulang ke Bangladesh dengan anggaran 12 juta pekerja asing tahun lepas, menurut data bank pusat.
Bangladesh mencatatkan lebih 193,000 kes jangkitan Covid-19 dengan 2,457 kematian setakat ini.
Namun, pakar perubatan mendakwa angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi kerana jumlah ujian yang dilakukan amat sedikit.
Negara itu membuka semula kegiatan ekonomi selepas melaksanakan perintah berkurung pada hujung Mei walaupun kes baru ketika itu meningkat.
Sindiket palsu saringan COVID-19
Jun lalu polis Polis menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan COVID-19 yang negatif bagi warga asing selepas penahanan dua lelaki Bangladesh.
Tangkapan suspek dibuat sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di dua premis berasingan di Jalan Alor.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata hasil siasatan mendapati premis berkenaan beroperasi dengan menjual setiap dokumen palsu itu berharga RM50.
Sindiket Palsu saringan Covid-19 oleh bangla
Kerajaan Malaysia perlu beku pekerja Bangladesh
Semalam Kerajaan Malaysia mengumumkan pekerja asing yang mempunyai permit dan berada di Malaysia dibenarkan kembali bekerja apabila sektor mereka beroperasi semula, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, kebenaran itu tertakluk kepada syarat yang memerlukan mereka menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) sebelum kembali bekerja.
"Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini," katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen semalam
Malaysia antara negara yang menerima pekerja asing Bangladesh teramai. Netizen berharap jika sempadan dibuka pekerja asing daripada Bangladesh wajar disekat memandangkan insiden penipuan ujian saringan di hospital Bangladesh yang berlaku sekarang.
Pekerja Bangladesh Burukkan Malaysia guna media asing
Baru-baru ini seorang pekerja warga Bangladesh bernama MD Rayhan Kabir bersekongkol dengan pembangkang dan media asing memburukkan Malaysia dalam laporan palsu dokumentari Al Jezeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown”
[ARTIKEL BERKAITAN- Kantoi! Laporan Palsu Dokumentari Al Jazeera dirancang PH burukkan Malaysia ]
Setelah lama hidup di Malaysia malah senang lenang, mereka mula memburukkan Malaysia.