Selepas berbulan dikecam kerana kes saman RM557 juta sehingga terpaksa dibantu oleh Ketua Menteri Sabah akhirnya Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar, Christina Liew tampil menjawab tetapi salahkan pekebun kecil
KOTA KINABALU: Selepas berbulan dikecam kerana kes saman RM557 juta sehingga terpaksa dibantu oleh Ketua Menteri Sabah akhirnya Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew tampil menjawab secara teknikal bahawa Mahkamah Tinggi di Tawau tidak memerintahkan ganti rugi RM557 terhadapnya dalam keputusannya pada 2014 dalam satu kes yang dimulakan oleh BSSB (Borneo Samudera Sdn Bhd) terhadapnya.
“Mahkamah Tinggi sekadar memerintahkan tuntutan ganti rugi BSSB dinilai oleh Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Tawau.
“Laporan muka depan mengenai penghakiman Mahkamah Tinggi itu dengan tajuk ‘Liew To Pay Record RM557 Million’ di akhbar Daily Express (bertarikh 26 Oktober, 2014), adalah salah dan mengelirukan,” katanya.
Christina Liew kecam Leksun
Datuk Christina Liew menyalahkan Leksun Bin Injil (bekas pekebun kecil) sebagai dalang memfitnahnya dengan menerbitkan atau menyebabkan ia diterbitkan atau menyumbang kepada penerbitan kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu rakaman video dirinya yang menjadi tular di media sosial melalui WhatsApp dan Facebook.
Ahli Parlimen Tawau dan Adun Api-Api itu menafikan dakwaan yang dibuat terhadapnya dalam saman fitnah yang beliau failkan terhadap bekas pekebun kecil Skim Bagahak di Lahad Datu itu, di Mahkamah Tinggi di sini, Isnin.
Menurutnya, rakaman video itu berlaku pada Mei 2018, dua hingga empat hari sebelum hari mengundi pada 9 Mei, ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Beliau memberitahu mahkamah bahawa video itu mengandungi laporan yang diterbitkan dalam Daily Express dan artikel sama dalam Bahasa Malaysia bertajuk “Liew, Dua Lagi Disaman RM557 juta”.
Liew juga mahu satu injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbitkan atau menyebabkan penerbitan atau menyumbang kepada penerbitan video itu.
Dalam video itu, Leksun mendakwa bahawa Liew seorang penipu, tidak jujur dan suka menipu yang tidak sesuai untuk menjadi calon bagi Kawasan Negeri Api-Api (N15) dan Kawasan Parlimen Tawau (P190) pada PRU15; dia telah menipu pekebun-pekebun kecil, termasuk defendan mengenai lot-lot mereka di Skim Bagahak dengan mempengaruhi pekebun-pekebun kecil itu untuk menjual lot-lot mereka; dan defendan akan membuat aduan terhadap plaintif kepada Lembaga Disiplin Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) supaya lesen pengamalan plaintif dibatalkan.
“Saya menyaman defendan kerana libel atau ganti rugi kerana memfitnah berhubung sebuah video yang diedarkan secara meluas melalui WhatsApp. Perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh defendan dalam video itu adalah berniat jahat dan salah yang mana ia memfitnah saya.
“Ia adalah satu cubaan untuk merosakkan reputasi saya dalam bekas profesion saya sebagai peguam bela dan mengelirukan orang ramai untuk tidak mengundi saya sebagai calon bagi kawasan DUN Api-Api dan Kawasan Parlimen Tawau pada PRU14.
Plaintif menegaskan bahawa, disebabkan video itu, peribadi, reputasi, kredibiliti dan integritinya sebagai seorang individu, seorang bekas peguam pada waktu material, seorang ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen, tercemar dan/atau rosak dalam pandangan mata awam, khususnya rakan, kenalan, komuniti perniagaan dan lain-lain.
“Selain itu, saya mengalami keaiban teruk dan kebimbangan mendalam kerana video yang disebarluaskan di platform media sosial,” katanya.
Dia berkata, satu artikel Sabah Kita dengan tangkap layar rakaman video itu, juga dikongsikan di Facebook Sabah Kita. “Ini amat mencemar reputasi saya.”
Datuk Alex Decena yang dibantu oleh Jordan Kong adalah peguam mewakili Liew. Chong Kian Ming adalah peguam bagi defendan. Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Hakim Leonard Shim diteruskan hari ini
Gagal kemuka bukti baru
Februari lalu Christina Liew dan Siti Rahfizah Mihaldin tidak dibenarkan mengemukakan bukti baru dalam permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi sejumlah RM557.6 juta.
Keputusan yang dibuat oleh lima panel hakim Mahkamah Persekutuan di Kota Kinabalu mengatakan bahawa pemohon gagal memenuhi keperluan undang-undang untuk mengemukakan bukti baru.
Liew dan Samsuri Baharuddin juga diperintahkan untuk membayar kos RM30,000.
[ARTIKEL BERKAITAN- Kes saman RM557.6j: Mahkamah tidak benarkan Christina Liew TKM Sabah, kemuka bukti baru ]
Isu sebenar: Campurtangan Ketua Menteri Sabah selamatkan Christina Liew dan siasatan SPRM
Soal mahkamah membuat keputusan untuk Christina membayar pampasan adalah satu isu kerana apapun berlaku pampasan perlu dibayar berapa pun jumlahnya namun yang dipersolakan pelbagai pihak ialah sekarang Christina adalah Timbalan ketua Menteri dan menggunakan kuasanya untuk berunding dengan GLC Borneo Samudera Sdn Bhd agar menarik balik saman RM557 juta itu. Ia jelas salah guna kuasa.
Dakwaan campurtangan dan ‘kawtim’ itulah yang menyebabkan SPRM menyiasat jika terdapat salahguna kuasa dan salahlaku rasuah.
[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM siasat Timbalan Ketua Menteri, Borneo Samudera ‘kawtim’ kes saman RM557.7 juta rampas tanah rakyat ]
[ARTIKEL BERKAITAN- Batal kes RM557 juta bukti salah guna kuasa Christina Liew, SPRM wajar siasat kata Najib ]
Najib dalam hantaran facebooknya baru-baru ini turut memperincikan kes ini bagaimana campurtangan kes ini melibatkan salah guna kuasa Timbalan Ketua Menteri dan Ketua Menteri. Borneo Samudera di Pengerusikan oleh Shafie Apdal sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat mengambil keputusan tidak berminat untuk terima duit ganti-rugi RM557 juta daripada Christina.
[ARTIKEL BERKAITAN- Najib persoal Shafie Pengerusi GLC seperti tidak mahu terima ganti rugi RM558 juta dibayar Christina ]
Christina selaku Timbalan Ketua Menteri sekarang sepatutnya membayar saja saman itu bukan berunding sebagai Timbalan Ketua Menteri untuk melepaskan kes mahkamah.