ADUN Warisan, PKR, UPKO, DAP tumbangkan Shafie Apdal mengapa salahkan PN, UMNO-BN?
02:08 Aug 01, 2020  |  By SabahKini2
ADUN Warisan, PKR, UPKO, DAP tumbangkan Shafie Apdal mengapa salahkan PN, UMNO-BN?

Cerita Kifarah politik Sabah berlaku lagi. Selepas Warisan mencuri Adun BN pada 11 Mei 2018, sekali lagi Adun Warisan yang sama dengan kerjasama PKR, DAP dan UPKO menumbangkan kerajaan Warisan dan Shafie Apdal. Hanya 22 bulan bertahan Shafie bubar DUN

Fakta yang perlu ditegaskan. Warisan tidak pernah menang dalam Pilihanraya Umum ke 14 lalu. Hakikatnya pada 9 Mei BN menang 29 kerusi dan 2 kerusi Parti Solidariti Rakyat Sabah (STAR) membentuk kerajaan baharu.

10 Mei 2018 Tan Sri Musa Aman memperoleh majoriti mudah dengan 31 undi yang membolehkan BN membentuk kerajaan.Malamnya Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah.  Mesyuarat kabinet kali pertama telah diadakan bermakna dari segi perlembagaan negeri Kerajaan Negeri adalah sah dan tidak wajar digulingkan. 

11 Mei 2018 bermula era pembelian Shafie terhadap adun BN selain ugutan menggunakan SPRM dan kerajaan pusat pimpinan Mahathir. Enam ADUN BN keluar daripada BN dan menyertai Warisan dan menyokong Shafie sebagai ketua menteri. Berapa agaknya ADUN BN ini dibayar?

Ketika menculik ADUN BN 11 dan 12 Mei 2018

Pada 12 Mei 2018, Shafie mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah menafikan angkat sumpah Musa Aman. Shafie menggunakan pemimpin pusat menekan Sabah.

Lebih zalim pada 13 Mei 2018 Istana Negeri menyampaikan surat pemecatan Musa beliau bukan lagi ketua menteri Sabah.

16 Mei 2018 habuan tambahan bermula apabila pengumuman kabinet Sabah melantik dua ADUN dilantik iaitu Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau (UPKO) dan bekas Ahli Parlimen Sandakan mendiang Datuk Stephen Wong DAP.


Selepas 22 bulan Warisan mahu tumbang!

Desas-desus Kerajaan Warisan tumbang sudah bermula sejak Mac lalu. Apabila beberapa negeri dibawah PH bertukar kepada Kerajaan PN. Sejak Johor, Melaka, Kedah dan Perak diambil alih oleh PN. Shafie dan sekutu PH tidak senang dengan berita itu.

Pada 15 Mei 2020 Madius Tangau dan Christina terpaksa membawa Adun Sabah untuk menyatakan sokongan terhadap Shafie Apdal kerana berita Warisan PH UPKO tumbang sudah meresap dalam fikiran rakyat. Katanya sudah lebih 30 SD terkumpul.

PH Kedah tumbang, Kerajaan Warisan UPKO PH Sabah bergoyang takut hilang kuasa!Ketakutan melanda Warisan PH UPKO

Pada 11 Jun 2020 sekali lagi Shafie mengadakan perjumpaan dengan ADUN dan Ahli Parlimen Warisan, PH dan UPKO mengatakan kerajaan Warisan masih kukuh.

Bagaimanapun Shafie, Warisan, PH dan UPKO dikejutkan pada 15 Jun apabila Datuk Limus Jury dan Datuk James Ratib daripada UPKO mengumumkan keluar parti menyokong PN.

Susulan daripada insiden keluar parti itu Shafie Apdal didesak DAP agar membubarkan DUN. Namun 18 Jun lalu Shafie bertegas berkata tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Sabah kerana kerajaan Warisan mempunyai jumlah kerusi mencukupi selain faktor Covid-19.

 

Tekanan Julai

Bulan Julai memberi tekanan hebat buat Shafie Apdal dan sekutunya apabila semakin ramai ADUN terutama daripada Warisan mula menyebarang ke Perikatan Nasional.

Kemuncaknya pada 29 Julai 2020 Musa mengadakan sidang media membawa 33 ADUN untuk membentuk kerajaan negeri baharu. Senarai ADUN itu seperti berikut;


WARISAN

1. Musbah Jamli (Tempasuk)

2. Hamisa Samat (Tanjong Batu)

3. Abd Muis Picho (Sebatik)

4. Osman Jamal (Balung)

5. Bolkiah Ismail (Pitas)

6. Saddi Abdu Rahman (Sukau)

7. Masiung Banah (Kuamut)

8. Anita Baranting (Tandek)

9. Abd Rahman Kongkawang (Labuk)

10. Jamawi Jaafar (Kemabong)

 10 Adun Warisan berpaling tadah dengan Shafie Apdal. Pada 12 Mei 2018 dan selepasnya mereka juga
menghancurkan kerajaan BN

BEBAS

11. Juri Limus (Kuala Penyu) -UPKO

12. James Ratib (Sugut)-UPKO

13. Jaffari Waliam (Adun Lantikan -PKR)

 

DAP

14. Ronnie Loh Ee Eng (Adun Lantikan)


UPKO

15. Abidin Madingkir (Paginatan)


PKR

16. Kenny Chua Teck Ho (Inanam)

 

BERSATU

17. Hajiji Mohd Noor (Sulaman)

18. Ghulam Haidar Khan Bahadar (Kawang)

19. Mohd. Arifin Mohd Arif (Membakut)

20. Isnin Aliasnih (Kilas)

21. Matbali Musah (Lumadan)

22. Masidi Manjun (Karanaan)

23. Japlin Akim (Usukan)

24. Nizam Abu Bakar Titingan (Apas)

25. Bobbey Ah Fang Suan (Nabawan)


PARTI BERSATU SABAH (PBS)

26. Julita Majunki (Matunggong)

27. Jahid Jahim (Tamparuli)

28. Joniston Lumai @ Bangkuai (Kiulu)

29. Joachim Gunsalam (Kundasang)


PARTI SOLIDARITI TANAH AIRKU RAKYAT SABAH (STAR)

30. Jeffrey Kitingan (Tambunan)

31. Robert Nordin (Bingkor)

32. Ellron Alfred Angin (Sook)

 

UMNO/BN

31. Musa Aman (Sungai Sibuga) [setakat ini masih UMNO/BN]

Pada malam 29 Julai Shafie menghantar surat kepada TYT mencadangkan pembubaran DUN atas alasan Kerajaan Negeri tidak stabil dan Warisan terancam.  Shafie sudah merancang pada malamnya. Jadi tidak hairan pintu masuk Istana Negeri TYT disekat dari kehadiran Tan Sri Musa dan adun-adun yang membentuk kerajaan baharu. 

Hanya pada 30 Julai, jam 11 pagi Shafie mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

 

 

Kerajaan singkat

Walau apapun alasan Shafie dan pendokong Warisan asasnya Kerajaan Warisan sudah tumbang tidak sampai 3 tahun. Disebalik kenyataan kukuh rupanya sebuah kerajaan yang rapuh. Yang gigit jari ialah Adun Warisan.

Menang semula belum tentu kerana rakyat Sabah sudah muak dengan kepimpinan Kerajaan Warisan.

Siapa tumbangkan Shafie dan Kerajaan Warisan?

Bukankah selama ini Shafie sentiasa yakin? Jadi mengapa beliau pada 29 Julai tumbang? Salah siapa? UMNO/BN? Hanya Musa sebagai bekas Ketua Menteri dapat mengumpul ADUN tidak bermakna ia diurus UMNO/BN. Jadi mengapa menyalahkan UMNO/BN?

Bung Moktar Pengerusi Perhubungan UMNO sendiri menafikan UMNO/BN terlibat.

Yang pasti usaha itu bukan digerakkan oleh UMNO/BN!. Ya UMNO/BN boleh menyokongnya dari belakang tetapi bukan sebagai 'dalang' kehancuran kerajaan Warisan. Jika kita melihat nama ADUN yang menyokong Tan Sri Musa separuh daripadanya ialah yang pernah membentuk Kerajaan Warisan selepas 12 Mei 2018. Adun Warisan, PKR, UPKO, DAP dan BEBAS.

Persoalannya mengapa mereka melompat? Pasti ada sebab rasa benci mereka terhadap Shafie Apdal sehingga mereka keluar daripada parti Warisan, UPKO, PKR dan DAP.

Kepada Shafie Apdal, Warisan, UPKO, DAP, PKR jangan lupa bagaimana kerajaan Warisan ini dibina pada 12 Mei 2018. Jika kerajaan ini dibina dari 'Lompat' bermakna kepada 'Lompat'lah ia kembali. 

Walau apapun berlaku tindakan Musa Aman adalah satu 'alat' penting Kerajaan Warisan tumbang dan Pilihanraya Negeri diadakan. Ramai mahu melihat Warisan ditumbangkan segera.

34 Comments