SPRM mengesahkan sudah mendapat izin Peguam Negara mendakwa Lim Guan Eng pada 7, 10 dan 11 Ogos berhubung kes rasuah Terowong. Nampaknya ramai makan Super Ring esok!
KUALA LUMPUR: Akhirnya bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, Jalan Duta, di sini jam 9 pagi esok.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa Guan Eng akan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SRPM.
Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada jam 9 pagi, 10 Ogos ini kerana kesalahan mengikut Sekyen 23 Akta SPRM.
Setiausaha Agung DAP itu juga kemudiannya akan didakwa di mahkamah yang sama pada jam 9 pagi keesokan harinya (11 Ogos) bagi kes lain iaitu skandal Banglo Murah yang pernah didakwa sebelum ini.
Menurut kenyataan itu lagi, SPRM mendapat izin mendakwa Guan Eng daripada Peguam Negara,
Kedua-dua pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang itu adalah bersangkutan dengan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Seksyen 16 (a) (A) dan Seksyen 23 Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada hujung bulan lalu, Guan Eng sudah tiga kali dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung projek mega berkenaan yang membabitkan anggaran kos keseluruhan sebanyak RM6.3 bilion.
Pada 30 Jun lalu, SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan terhadap elemen rasuah dalam projek terowong itu, selain memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapan.
[ARTIKEL BERKAITAN - Kes Terowong: Jeffrey Chew DAP ditahan SPRM, kini Lim Guan Eng bakal ditahan? ]
Kes itu disiasat oleh SPRM sejak tahun 2017.
Di Zaman Dato’ Sri Shukri Abdul dan Lathefa Koya menjadi KP SPRM kes ini cuba ditutup namun kes ini didakwa semula dibawah kepimpinan Dato’ Sri Azam Baki.
Ini bermakna segala pendedahan sebelum ini oleh pelbagai pihak mempunyai asas untuk mendakwa Lim Guan Eng yang sebelum ini nafi keras oleh pemimpin DAP itu.