Jika Aliff Syukri tidak tahu mana mungkin kenderaan mewah Ferrarinya nombor pendaftaran WCX 133 yang dijadikan kereta sewa turut diisytiharkan didaftar di Sarawak dengan bayaran LKM hanya RM 3045 setahun.
KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik Dato’Sri Aliff Syukri tidak senang dengan perkataan - sita, yang merujuk kereta jenama Rolls Royce milik syarikatnya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) beberapa hari lalu ketika disewa oleh warga asing.
“Saya beli Rolls Royce itu secara tunai (cash), dan tiada hutang lagi. Saya lebih mampu untuk membelinya,” katanya ketika dilaporkan oleh Astro AWANI
Merujuk kepada kereta milik syarikatnya didaftarkan dan memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) Sarawak, katanya beliau tidak mengetahui mengenai perkara berkenaan kerana memiliki banyak kenderaan.
"Secara jujur, saya tidak tahu menahu mengenai kereta itu apatah lagi saya kini berada di luar negara," katanya.
Semalam Sabahkini2 mendedahkan Dato’ Sri Aliff bukan sahaja lari cukai jalan kereta mewah menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan Sarawak kepada Roll Royce yang dia beli secara tunai itu dengan hanya membayar RM 5873.20 setahun tetapi juga kenderaan mewah lain miliknya
Jika Aliff Syukri tidak tahu mana mungkin kenderaan mewah Ferrarinya nombor pendaftaran WCX 133 yang dijadikan kereta sewa turut diisytiharkan didaftar di Sarawak dengan bayaran LKM hanya RM 3045 setahun.
Sumber memaklumkan kenderaan mewah milik Aliff Syukri yang disewa diuruskan pembantunya abang Joe ditalian 01114388886 seperti Panamera, Bentley dan beberapa kenderaan lain kemungkinan besar didaftarkan di Sarawak bagi mengelak membayar LKM yang mencecah ribuan ringgit.
Komen-komen netizen dalam media sosial menyelar Aliff Syukri yang sombong dengan kekayaannya kononnya membayar secara tunai tetapi bab membayar cukai jalan Aliff menipu sehingga sanggup membuat perisytiharan penipuan lokasi.
“Kalau dia kaya dan berlagak membayar semua perkara secara tunai mengapa Cukai LKM dalam RM10,000 hingga RM20,000 dia mahu elak membayarnya sehingga menipu lokasi pengisytiharan penggunaan LKM?” antara komen-komen netizen dalam media sosial
Menurut Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) kesalahan Datuk Aliff dikategorikan sebagai penipuan lokasi pengisytiharan penggunaan LKM dan ia melanggar Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Datuk Aliff perlu membayar baki cukai LKM itu.
Trend orang kaya tidak membayar cukai LKM di lokasi sebenar sehingga mengupah sindiket untuk mengisytiharkan kenderaan mewah di Sabah, Sarawak dan Langkawi memang berleluasa kini. Buktinya ialah jutawan kosmetik Aliff Syukri ini.
Lagipun perniagaan kereta sewa Datuk Aliff tidak mendapat lesen dari SPAD di bawah AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN 1987. Ia urusniaga haram secara persendirian menggunakan kenderaan mewah yang menipu cukai jalan. Panduan SPAD lesen kenderaan perdagangan sila klik