Sebelum ini Shafie menafikan dia melantik 'Orang Semporna' dan Keluarga dalam jabatan dan GLC. Namun dalam satu video yang tular Shafie membuat pengakuan sejak 2 tahun ini dia melantik 'Orang Semporna' dan keluarga.
Isu Datuk Seri Mohd Shafie Afdal Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan melantik orang Semporna dan keluarga suku sakatnya dalam jabatan kerajaan dan GLC negeri bukanlah baru.
Senarai nama yang tular dikaitkan dengan keluarga Shafie dan orang Semporna sejak januari lalu mungkin tidak semuanya tepat tetapi secara umumnya lebih 85 peratus maklumatnya hampir tepat. Apa sekalipun situasi itu wujud berlaku kini di Sabah.
Apakah Orang Asal dan KDMR tidak tahu perkara ini? 26 bulan Shafie Apdal dan Warisan berkuasa mereka sedar kerana Shafie bijak memberi habuan kepada pemimpin-pemimpin KDM dan Cina yang bersama seperti Darell Leaking, Terence Siambon, Loretto Padua, pemimpin DAP dan PKR.
Perhatikan senarai yang tular...
Dari jawatan kanan negeri seperti Setiausaha Tetap Kementerian, Pengarah, CEO, pengerusi GLC, Ketua Hakim Syarie, Pegawai Daerah, jawatan pegawai persekutuan (syor Ketua Menteri) dan lain-lain lagi.
Februari lalu Shafie Apdal tampil menafikan beliau telah melantik individu dari Semporna dan keluarganya. Katanya hanya lapan daripada 120 jawatan kanan dalam kerajaan negeri diisi oleh individu dari Semporna, SUT pun hanya satu manakala selebihnya dari daerah lain. Benarkah?
“Kita di peringkat perkhidmatan awam kita rombak mesti berdasarkan merit yang ada walaupun mereka cerita tular semua jawatan orang Semporna yang pegang, mana ada orang Semporna yang pegang, saya sudah bagi laporan ketika mesyuarat Kabinet.
“Daripada 120 jawatan yang tinggi termasuk jawatan DO (pegawai daerah), SS (Setiausaha Kerajaan Negeri), Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan dan juga pegawai kanan kepada setiausaha tetap, orang Semporna daripada 120, cuma lapan sahaja, satu orang sahaja Setiausaha Tetap, satu sahaja bukan semua dari Semporna,” katanya
Bagaimanapun baru-baru ini tular video ucapan Shafie Apdal di PDM Semporna dalam Bahasa Bajau Suluk membuat pengakuan selama 2 tahun menjadi Ketua Menteri melalui kuasanya telah melantik ‘orang kita’ erti kata lain bangsa sendiri dan keluarganya.
Dalam pertemuannya bersama Lim Kit Siang, Guan Eng DAP dan Anwar Ibrahim beliau berkata keutamaan untuk terus terus mengekalkan kuasa.
“Saya mahu ambil balik kuasa saya, tiada gunanya kamu bertanding di Senalang kalau kamu kalah. Tujuan kita berpolitik ni mahu berkuasa, kalau kau tidak berkuasa mati kita.
Apabila saya berkuasa kita boleh jaga naikkan bangsa kita (Bajau Suluk), Dalam 2 tahun apa saya buat?
Saya letak si Omar Mammah jadi Ketua Polis di Sabah. Saya boleh minta si Saadilah jadi Ketua Pengarah, ada lagi keluarga yang dulu di SAFMA saya akan letak di SLDB
Saya boleh lantik juga si Omar Mammah itu jadi Presiden Majlis Perbandaran Tawau, bukan kita tidak buat, saya buat dan saya lantik,siapa lagi mahu dilantik? Pengarah Unit Pembangunan Masyarakat (UPPM) siapa Ketua dia? Si Abdullah Minun.
Penjelasan: Tonton video di atas. Atas arahan Shafie Apdal
Ketika Azis Jamman Timbalan Menteri KDN dia menggunakan segala cara memasukkan
orang Semporna atau saudara mara
Siapa Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, anak guru Hasan si Bahari Hasan (Datuk Bahari Hassan) Sekarang ini, siapa Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur si Jasmin (Mohd Jasmin Bin Julpin) siapa lagi?” katanya
Belum masuk lagi lantikan Pengarah, Pegawai Daerah, Setiausaha Politik, Timbalan dan lain-lain lagi
Pengakuan Shafie Apdal dalam video itu jelas beliau lakukan untuk keluarga dan demi orang Semporna. Pelantikan bangsa lain seperti KDM hanyalah pada jawatan yang tidak penting sahaja.
Ketika PH memerintah 22 bulan Shafie dan Azis Jamman berusaha untuk menempatkan keluarganya. Norlinah Jamman adik Azis Jamman kini sebagai Timbalan Pengarah Akademi SPR di Putrajaya. Segala urusan maklumat disalurkan kepada pakciknya Shafie Apdal dan abangnya Azis Jamman. Malah terbaru Norlinah terlibat Pusat Penamaan Calon di Semporna. Ini sepatutnya tidak berlaku. SPR sepatutnya tidak membenarkan Norlinah kerana beliau jelas mempunyai hubungai saudara. Segala gerakan SPR di Semporna pastinya dibocorkan oleh Norlinah.
Norlinah Jamman Timbalan Pengarah Akademi Pilihanraya Malaysia antara pegawai yang dikaitkan
dengan kemenangan Azis Jamman di Sepanggar
Shafie Apdal juga turut mengarahkan Mohamaddin Ketapi melantik adiknya Hj Zul @Yamen Hj Apdal dilantik Timbalan Pengerusi Lembaga Pelancongan Malaysia, Hj Hasan Basri (Pakcik) dilantik CEO Kekal Mewah Sdn Bhd dan Hj Jamil Datuk Hamzah (anak saudara) di Kementerian kewangan Sabah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan.
Skandal Hj Zul @Yamen BACA
Di Yayasan Sabah bagi mengawal projek balak Shafie melantik sepupunya Datuk Hj Mohd Salleh Haji Abbas sebagai Pengurus Besar Bahagian Perhutanan dan Haji Miskon Simin orang Semporna di Yayasan Sabah sebagai Monitoring & Compliance Manager Bahagian Perhutanan
[ARTIKEL BERKAITAN- Hipokrasi 1: 26 bulan Warisan, Shafie gagal bertindak tapi berkuasa lantik sepupu sebagai pengurus balak Yayasan Sabah! ]
Warisan dalam manifestonya berjanji tidak akan melantik orang politik sebagai Pengerusi GLC. Namun selepas Azis Jamman kehilangan jawatan Timbalan Menteri KDN, Azis diberikan jawatan Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn Bhd. Sayangnya Shafie Apdal kepada anak saudaranya Azis Jamman.
Ada banyak lagi jika dihuraikan. Namun pengakuan Shafie Apdal melantik Sempornarian dan saudara maranya membuktikan jika Shafie berkuasa lagi 2 tahun pasti lebih ramai lagi. Orang asal dan KDMR tak mungkin akan dapat apa-apa. Jika ada pun jawatan kecil untuk mengaburi rakyat.
Itulah hipokrasi Shafie. Oleh itu Rakyat Sabah perlu tolak warisan jika tidak mahu Shafie dan keluarganya saja yang kaya raya.