432 Kes Hari Ini, Kluster 'Penjara' 224 kes kekal tertinggi
11:10 Oct 05, 2020  |  By SabahKini2
432 Kes Hari Ini, Kluster 'Penjara' 224 kes kekal tertinggi

Melonjak 432 kes! 224 les dari penjara. Hanya 205 kes menular di kalangan komuniti. Perlu terus berjaga-jaga.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 432 kes positif termasuk 429 kes tempatan (409 warganegara dan 20 bukan warganegara) dan 3 kes import yang dilaporkan di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, jumlah kumulatif terus meningkat kepada 12,813 kes dengan mencatatkan jumlah aktif sebanyak 2336.

Perkara ini dilaporkan melalui laman Facebook dan Twitter rasmi KKM sebentar tadi. Setakat hari ini 5 Oktober 2020 terdapat 57 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 10340 kes.

Bagaimanapun jumlah 224 kes adalah daripada kluster penjara (Tembok dan Benteng) yang terus meningkat sebagaimana dinyataka Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan TTan Sri Dato' Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Status terkini COVID-19 setakat 5 Oktober 2020

  • Jumlah discaj baru: 57
  • Jumlah kumulatif discaj: 10340 (80.7%)
  • Jumlah kes baru; 432
  • Jumlah kumulatif: 12813
  • Jumlah kes aktif: 2336
  • Kes tempatan:429 (409 WN, 20 BWN)
  • Kes import: 3 (2 WN, 1 BWN)
  • Jumlah kematian: 0
  • Jumlah kumulatif kematian: 137 (1.07%)
  • Jumlah kes di ICU: 32
  • Pesakit intubated: 8

 

1 Comment