Dr Maszlee menggila lagi dulu 'Menteri Troll Kaki Pau' kini jilat Anwar jadi PM tinggalkan Tun M
06:10 Oct 22, 2020  |  By SabahKini2
Dr Maszlee menggila lagi dulu 'Menteri Troll Kaki Pau' kini jilat Anwar jadi PM tinggalkan Tun M

Ketika jadi Menteri Pendidikan apa lawak dia tak buat? Kolam renang, kasut hitam, warna stokin dan lain-lain lagi. Bab tender batal ulang kali bila kroni tak dapat. Tun M arah letak jawatan. Kini dia Dr Maszlee membalas sokong Anwar jadi PM.

Siapa tidak kenal  Dr Maszlee Malik Bekas Menteri Pendidikan ‘kartun’ di Malaysia. Banyak kontroversi dan seterusnya diminta meletak jawatan dalam kabinet. Sikap lalangnya luar biasa. Ketika peralihan Perdana Menteri Dr Mahathir kepada Tan Sri Muhyiddin beliau kelihatan berada di rumah Muhyiddin namun petangnya kembali kepada Dr Mahathir.

Terbaru Dr Maszlee Malik terkantoi akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tular dalam laman sosial. Jelas Dr Maszlee menikam Dr Mahathir dari belakang. Umum mengetahui Dr Mahathir tidak pernah mahu Anwar sebagai PM.

Tindakan Dr Maszlee Malik yang dikatakan memberi sokongan kepada ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan dibuat di luar pengetahuan Tun Dr Mahathir Mohamad.Pemimpin Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sendiri menganggap sesuatu yang mengejutkan.

“Saya dengan ini menyatakan sejujurnya dan rela hati tanpa apa-apa janji, ancaman atau darongan bahawa, saya seikhlasnya memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dicksan (P132), untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan sehingga sidang Parlimen keempat belas ke-14) dibubar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tulis di dalam SD itu.

Selepas kantoi Dr Maszlee menyibukkan dirinya dengan permohonan Usul Undi Tidak Percaya kepada Tan Sri Muhyiddin dan mahu ia dilakukan segera di Dewan Rakyat. 

Kata Dr Maszlee, sokongan saya kepada Anwar itu bukan soal yang penting. Yang penting dan membimbangkan bagi saya ialah negara kita sekarang bukan saja berada dalam krisis ekonomi dan krisis kesihatan, bahkan krisis kemanusiaan dan krisis kepimpinan di bawah kepimpinan kerajaan yang diragui kestabilannya, dan dianggotai oleh barisan kabinet yang tidak efisien.

Apakah Dr Maszlee dulu sebagai Menteri Pendidikan yang efisien ketika berkuasa? Beliau adalah menteri lawak yang sentiasa menjadi bahan 'troll' netizen di laman sosial. Malah jenis kaki pau kontraktor. Dia lupa?

Kita ingatkan semula Dr Maszlee. Apa dia lakukan ketika menjadi Menteri Pendidikan? 7 Bulan selepas PRU 14 beliau melakukan rombakan penurunan kuasa kontrak kepada pegawai KPM apabila pada 18 November 2018 mengarahkan pembatalan perwakilan kuasa pengawal KPM kepada Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah dan Sarawak bagi projek perolehan Bekalan dan Perkhidmatan. Kenapa? Kerana Dr Maszlee mahu memonopoli perolehan tender bekalan perkhidmatan seperti bekalan makanan bermasak. Kantin sekolah, pengawal keselamatan, tender kerja lain-lain lagi. Semua tender diputuskan oleh PUTRAJAYA bukanlah lagi pegawai di Sabah dan Sarawak. Tindakannya itu dikecam oleh Ketua Menteri Sabah dan Sarawak. Akhirnya dia U-Turn.

[BACA ARTIKEL - Menteri Pendidikan mahu ‘bolot’ projek tender KPM arah batal kuasa perolehan Sabah ]

Apakah ia tindakan efisien untuk hak Sabah dan Sarawak? Malah tender perolehan dibatal beberapa kali semata-mata tidak kontraktornya terpilih oleh bahagian teknikal tender kementerian. Akhirnya tender makan, kawalan keselamatan dan pembersihan tertangguh. 

[BACA ARTIKEL : Sah! Tender KPM batal, Menteri bakal pindahkan KSU, SUB gagal bantu beri kontraktor kroni?]


Dr Maszlee dah lupa ke semua tindakannya? semua troll memalukan mengenainya

Sah! Tender KPM batal, Menteri bakal pindahkan KSU, SUB gagal bantu beri kontraktor kroni?

Begitu juga dakwaan Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Mahmood Kassim yang hidup mewah menerima kereta Toyota Vellfire dari kontraktor seperti yang didakwa oleh blog sebelum ini. Bukankah Setiausaha Politik ketika itu mengawal semua projek tender?

Skandal Pengerusi Education Malaysia Global Services, Datuk Abdul Rahman Mohamed Shariff didakwa rasuah

Sekitar januari 2020 Datuk Abdul Rahman Mohamed Shariff Pengerusi Education Malaysia Global Services rakan kesayangan Dr Maszlee didakwa di mahkamah kerana rasuah. Ada banyak kes namun hanya 3 pertuduhan mengaitkan Datuk Abdul Rahman.  Education Malaysia Global Services merupakan anak syarikat Kementerian Pendidikan. 

Dilaporkan Dr Maszlee mengarahkan pembelian Vellfire untuk kegunaan Menteri bagi tugas-tugas rasmi sekalipun mempunyai kenderaan rasmi Perdana. Ia satu salah guna kuasa.

SPRM sepatutnya menyiasat salah laku rasuah Dr Maszlee termasuk urusan tender KPM yang dibatal beberapa kali. Tidak mungkin tiada salah laku. 

[BACA ARTIKEL : [VIDEO] Pengerusi EMGS belikan Dr Maszlee Vellfire VDC2828 didakwa SPRM, Dr Maszlee turut disiasat? ]


Menteri berlagak mewah- maka arah anak syarikat/GLC beli kenderaan mewah guna dana syarikat

Kenderaan Vellfire VDC2828 atas nama syarikat Education Malaysia Global Services.

 

Percaturan terbesar Dr Maszlee yang salah ialah menamatkan kroni terbesar Dr Mahathir Mohamad kontrak YTL yang sebelum ini dilaporkan memberi dana untuk Pakatan Harapan (PH). Bekas Menteri Kartun ni mengatakan orang tidak efisien tetapi dia sendiri dibuang oleh Perdana Menterinya. 

[BACA ARTIKEL - Tamatkan projek taikun YTL 1BestariNet isu utama Dr Maszlee diarah letak jawatan Menteri KPM ]

Tamatkan projek taikun YTL 1BestariNet isu utama Dr Maszlee diarah letak jawatan Menteri KPM

 

5 Comments