Projek OurFarm Junz Wong lulus pinjaman RM300 juta Bank Sabah selamatkan Air Asia?
23:10 Oct 24, 2020  |  By SabahKini2
Projek OurFarm Junz Wong lulus pinjaman RM300 juta Bank Sabah selamatkan Air Asia?

Licik projek 'komisen' Warisan! Projek digerakkan Junz Wong sejak Mei (sebelum PRN) bersama Air Asia rupanya menggunakan wang RM300 juta Sabah Development Bank Bhd (SDB). Tiada siapa mahu beri Air Asia pinjaman kerana hutang RM66B namun kini...

Sejak Mei hingga Julai lalu sebelum pembubaran DUN Sabah Datuk Junz Wong Bekas Menteri Pertanian Sabah sedang menjalankan urus niaga Projek OurFarm antara Kerajaan Warisan dengan Air Asia Group Berhad melalui anak syarikatnya Ourshop Air Asia


28 Mei: Projek untuk petani nelayan Sabah atau untuk diri sendiri?

Platform e-dagang OurFarm Air Asia ini yang dilancarkan Jun 2020 kononnya sebagai platform bakal menghubungkan secara langsung para petani, penternak dan nelayan dengan pasaran pembeli atau pengusaha-pengusaha tempat makan seperti restoran dan food truck. Semua alasannya atas nama pemasaran produk.


17 Jun dia mesyuarat dengan Tony Fernandes... Air Asia Group


MISI REMBAT RM300 JUTA DANA SABAH DEVELOPMENT BANK BERHAD
28 Jun 2020: Shafie, Junz Wong, Christina dan Air Asia. Nak buat duit melalui OurFarm rupanya kaut duit Bank Sabah
Mei perundingan, Jun Pelancaran dan Julai kelulusan RM300 juta. 


24 Jun 2020 4 hari lebih awal Dato' Seri Kalimullah, Kamaruddin Meranun dan Tony Fernandez sudah bertemu dengan kroni terbesar
Shafie Apdal Dato' Ambrose Lee di Restoran Jothy's Fish Head Curry di Kota Kinabalu. 
Beliaulah dalang RM300 juta wang SDB disedut keluar dari Sabah.
Datuk Janice Lim BOD Sabah Development Bank adalah ipar kepada Datuk Ambrose Lee

Benarkah Platform e-dagang OurFarm secara realiti membantu petani, nelayan di Sabah? Atau sekadar Junz Wong berusaha mengutip komisennya?

Semua tahu syarikat Air Asia  sedang nazak kerana kesan krisis pandemik COVID-19 ini sedang berusaha bangkit untuk melangsaikan hutangnya berjumlah RM63.5 bilion. Atau adakah ini usaha Junz Wong dan Shafie Apdal itu sebelum ini sebagai usaha untuk ‘bail out’ Air Asia?

Berapa agaknya komisen diterima Junz Wong Warisan untuk projek ini?

Julai lalu Junz Wong dalam facebooknya mengumumkan CEO Ourshop Air Asia Puan Latitha Sivanaser telah mendarat di Sabah memulakan operasi OurFarm di Sabah.

RM300 juta daripada Sabah!

Tiada suntikan modal tambahan pemegang saham atau pelabur selain tidak mendapat pinjaman institusi perbankan tiba-tiba AirAsia Group Bhd mengumumkan mendapat pinjaman kewangan sebanyak RM300 juta daripada Sabah Development Bank Bhd (SDB), Bank milik Kerajaan Negeri Sabah itu. Dalam banyak-banyak bank, bank milik Kerajaan Negeri Sabah punya wang yang banyak untuk memberi pinjaman. 

Di kala rakyat Sabah menghadapi kes COVID-19 hampir 900 kes sehari dengan kematian semakin meningkat serta keperluan dana ratusan juta apa perlunya Bank Sabah itu memberi pinjaman RM300 juta itu?

Rupanya projek Junz Wong dan Kerajaan Warisan, OurFarm dijadikan asas langkah pengumpulan dana kumpulan dan usahanya untuk meneroka perniagaan digital.


Bulan Jun Air Asia bergelut mencari dana pinjaman. Dalam bulan jun juga Junz Wong dan Air Asia
melancarkan Projek OurFarm bersama Ourshop Air Asia atas nama projek e-dagang.

Dana itu dilaporkan akan digunakan untuk projek pembangunan tertentu, termasuk menubuhkan rantaian bekalan makanan digital OurFarm (platform e-dagang pertaniannya) dan kemudahan rantaian sejuk beku di Sabah (peruntukan RM170 juta) selain membiayai sebahagian daripada projek untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai hab antarabangsa bagi AirAsia Bhd (RM110 juta).

Sejumlah RM10 juta akan digunakan bagi meningkatkan platform e-dagang dan kebolehpasaran produk dari Sabah dan RM10 juta lagi untuk mempromosikan lagi destinasi pelancongan Sabah di airasia.com.

Mengapa bank milik Kerajaan Negeri Sabah itu berani memberi pinjaman? Siapa meluluskannya? Apakah Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah sedar usaha meluluskan RM300 juta ini kepada kroni Junz Wong dan Shafie Apdal?

Bekas Ketua Menteri kecam pemberian pinjaman RM300 juta

Presiden SAPP Yong Teck Lee yang juga Bekas Ketua Menteri Sabah sebagaimana dilaporkan portal Free Malaysia Today menggesa Kerajaan Negeri menghentikan pelan pinjaman RM300 juta yang diluluskan Sabah Development Bank Bhd (SDB) kepada Air Asia.

Yong Teck Lee berkata, bank milik kerajaan negeri itu diberi mandat untuk menyediakan pembiayaan pembangunan untuk projek di Sabah dan bukan untuk pelan berisiko.

Katanya, ia bukan manfaat terbaik bagi kerajaan Sabah dan SDB menanggung risiko dengan memperuntukkan dana yang terhad untuk memastikan AirAsia bertahan.

“Kalau sebarang bantuan diperlukan untuk memastikan Air Asia dan Malaysia Airlines bertahan, ia terletak kepada kerajaan persekutuan untuk menggalas tugas itu,” katanya.

“Berbanding dengan hutang RM66 bilion yang ditanggung Air Asia, bagaimana dana SDB yang sedikit, iaitu RM300 juta, akan membantu memastikan Air Asia bertahan?

“RM300 juta hanya 4.5% hutang yang ditanggung Air Asia. Sebaliknya, RM300 juta dapat membantu memulihkan semula ekonomi Sabah dengan meminjamkannya kepada sektor perumahan, pertanian atau pembinaan di Sabah,” katanya.

Mampukah Air Asia membayar hutangnya? Malaysia Airports Holdings Berhad antara syarikat kerajaan yang menuntut RM78.16 juta daripada  Air Asia dan masih tidak mampu membayarnya hingga kini. 

Pinjaman RM300 juta diluluskan Kerajaan Warisan

Tidak mungkin proses kelulusan bank ini hanya kurang sebulan dari 26 September 2020 selepas keputusan PRN Sabah!. 

Jika kita melihat gerak kerja Junz Wong sejak Mei lalu ia sudah disusun kemas walaupun DUN Sabah bubar penghujung julai lalu. Junz Wong dan Kerajaan Warisan merahsiakan pembiaya projek ini. Ia seolah-olah dibiayai oleh Air Asia sepenuhnya. Hakikatnya wangnya adalah wang rakyat Sabah.

Tidak ada sesiapa yang mencurigainya malah mempersoalkannya sehinggalah media melaporkan Sabah Development Bank Bhd (SDB) memberi wang kepada Air Asia. Shafie Apdal, Junz Wong dan Lembaga Pengarah SDB telah menyusunnya kemas sehingga Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah juga tidak menyedari kelicikan Junz Wong Tony Fernandes Air Asia dan Datuk Ambrose Lee.

Siapa di Sabah Development Bank Bhd merangka kertas kerja kelulusan pembiayaan ini? Apakah orang dalam Warisan yang bersekongkol?

Bolehkah Sabah Development Bank Bhd  secara tunggal beri pinjaman RM300 juta kepada projek OurFarm Junz Wong dan Air Asia ini?

Apakah pula tindakan Datuk Dr Jeffrey Kitingan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah kerana kementerian ini adalah pencetus platform e-dagang OurFarm ini?

Kerajaan Negeri perlu menyiasat perkara ini. 

 
Pemimpin Warisan adalah Lembaga Pengarah SDB. Mereka sejak Kerajaan Warisan kalah
masih tidak mahu meletak jawatan. Mereka nilah dalang-dalang memberi memberi kelulusan.
Datuk Janice Lim adalah ipar Ambrose Lee kroni Shafie. Baca mengenai Datuk Ambrose Lee

Apa yang berlaku sekarang masih ramai pemimpin pembangkang atau penyokong pembangkang menjadi lembaga pengarah di GLC atau agensi. Jadi Penasihat MA63 bagai. Malah jika kita melihat anggota Ahli Mesyuarat Pasca Kabinet Sabah pegawai-pegawai pro Warisan Plus masih tidak meletak jawatan. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mesti segera menyusun Kerajaan Negeri bagi mengelak 'Musang Berbulu Ayam' dan Gunting dalam lipatan.

Sebelum dipecat atau tamat kontrak merekalah akan meluluskan apa saja projek arahan Shafie Apdal di GLC.

ARTIKEL BERKAITAN- Pinjaman RM300 juta Air Asia didalangi kroni Shafie, Ambrose Lee, Janice Lim, CEO SDB wajar dihentikan! ]

ARTIKEL BERKAITAN-  Shafie mengaku selamatkan AirAsia cuma pinjaman RM300 juta SDB rakyat Sabah tidak perlu tahu! ]

 

13 Comments