Kes Sabah mencatatkan penurunan jumlah kes baharu sebanyak 517 kes (55.8 peratus) iaitu daripada 927 kes kepada 410 kes. 44 kluster yang aktif di Sabah
Sukacita dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan penurunan jumlah kes baharu sebanyak 517 kes (55.8 peratus) iaitu daripada 927 kes kepada 410 kes. Walaupun terdapat penurunan jumlah kes pada hari ini, KKM masih terus giat menjalankan aktiviti saringan dan pengesanan kes secara aktif di seluruh negeri Sabah. Ini kerana, masih terdapat sebanyak 44 kluster yang aktif di Sabah dan peningkatan kes harian tempatan masih boleh berlaku.
Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 138 kes (16.5 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 138 kes baharu ini, 65 kes (47.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Terdapat penurunan sebanyak 485 kes (95.5 peratus) bagi kes-kes yang berkaitan kluster penjara pada hari ini, iaitu daripada 508 kes kepada 23 kes. Daripada jumlah ini, 15 kes adalah daripada Kluster Tembok; tujuh (7) kes daripada Kluster Penjara Kepayan; dan satu (1) kes daripada Kluster Penjara Reman. Ini adalah hasil usaha keras semua pihak dalam menjalankan kawalan dan pencegahan di samping pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi penjara dan kuarters yang yang terlibat iaitu bagi mengelak berlaku sebarang penularan ke komuniti.
Secara keseluruhannya, sehingga 27 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 835 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 28,640 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 9,903 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 835 kes baharu pada hari ini, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan empat (4) bukan warganegara yang tiba dari negara:
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
Sehingga kini, terdapat 89 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 238 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
Kes No. Kematian | Kes No. | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
237 | 27478 | Sabah | Lelaki (WN) | 82 | Hospital Tawau | Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), buah pinggang kronik dan aritmia jantung (AF) |
238 | 28215 | Sabah | Perempuan (BWN) | 53 | Hospital Tawau | – |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara