KOTA KINABALU: Selepas 35 tahun dalam Jabatan Kerja Raya Sabah, Ir Ali Ahmad Hamid kini dilantik sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah baharu menggantikan Datuk Ir. Richard Jomiji Kinsil
Ali Ahmad sebelum ini adalah Timbalan Pengarah JKR Sektor Bangunan yang paling lama dalam JKR namun kini telah diberi peluang mengetuai jabatan itu selepas Datuk Seri Bung Moktar Radin menjadi Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah.
Ir Ali Ahmad Hamid
Berasal dari Menumbok Sabah, Ali Ahmad pernah bertugas di ibu pejabat JKR, JKR Tawau, Ranau dan Kota Belud di Sabah sejak mula berkhidmat di JKR tahun 1985. Sejak itu beliau melihat rakan juniornya silih berganti naik pangkat menjadi Pengarah JKR
Surat pelantikannya sebagai Pengarah JKR diserahkan oleh Datuk Safar Untung Setiausaha Kerajaan Negeri di pejabatnya minggu lalu.
Sebelum ini begitu banyak kontroversi salah laku rasuah di Kementerian Kerja Raya dan JKR Sabah di bawah kepimpinan Datuk Peter Anthony antara lain skandal JKR rundingan terus RM 1.5 bilion sejak Februari 2020 dan terdedahkah kekasih Peter Anthony seorang guru Gred DG44 diberi kenaikan pangkat Gred 48 sebagai Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) di Kementerian membelakangkan peluang kenaikan pangkat pegawai kementerian yang layak.
Di bawah kuasa Menteri, menteri mempunyai kuasa untuk melantik pegawai sesuai serta memberi penurunan kuasa kepada pegawai yang beliau merasakan boleh melaksanakan tugasnya bagi melancarkan kerja-kerja di kementerian.