1,168 kes baharu pada hari ini, tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes yang dilaporkan merupakan kes penularan COVID-19 dalam negara.
Secara keseluruhannya, sehingga 7 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,168 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 39,357 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,666 kes.
Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 616 kes (52.7 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 275 kes (23.5 peratus) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan mencatatkan sebanyak 104 kes positif (8.9 peratus) pada hari ini. Kelima-lima negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan menyumbang sebanyak 995 kes (85.2 peratus) daripada keseluruhan kes positif COVID-19 pada hari ini.
Sebanyak 229 kes (19.6 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster PTS Tawau (121 kes), Kluster Penjara Sandakan (91 kes), Kluster Penjara Kepayan (8 kes), Kluster Tembok (6 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes).
Ingin dimaklumkan daripada 1,168 kes baharu pada hari ini, tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes yang dilaporkan merupakan kes penularan COVID-19 dalam negara.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
Sehingga kini, terdapat 87 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 282 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
Kes No. Kematian | Kes No. | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
280 | 19812 | Sabah | Perempuan (WN) | 51 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit darah tinggi, obesiti dan dislipidemia |
281 | 37625 | Sabah | Perempuan (WN) | 62 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia |
282 | 37626 | Sabah | Lelaki (WN) | 55 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Sementara itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 1,029 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 27,409 kes (69.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Pecahan kes sembuh mengikut negeri adalah seperti berikut;